22 Jan 2016

Deco Idea series: Ruang tamu idaman



Hello!! 
Mari kita jalan2 carik idea untuk deko ruang tamu!

Selalunya perabot2 ni kami survey merata2.

Tapi yang paling favorite place di Kedai Perabot Bahagia di Sg Buloh. 
Sebab? Kat sini kualiti perabot dia memang ok dan cara pembayarannya kita boleh lock harga.
Terpulang lah kan nak bayar berapa untuk tempoh masa tertentu.
Kata kan kita nak perabot tu dihantar ke rumah pd bulan mei, kalau ada promosi bulan januari, kita boleh lock harga, bayar deposit dan tiap2 bulan bayar sampai lah bulan Mei. Berapa nak bayar tak kesah asalkan bayor.

Macam kami ni, mula2 tu bayar sikit2 sebelum pindah. Bila nak pindah, bawak badan je.. dah settle bayar dia akan deliver ke rumah... untuk perabot bahagia ni dia tak ada delivery charge kalau dekat dengan dia punya branch.. 

yang ni gambar tahun lepas okeh (nampak sangat dah lama tak blog ;P
Lokasi: Kedai Perabot Bahagia sec. 9

Cermin nih unik tapi tengok la harga dia (terngangaaaa ngangaaaaa) ;p
Tengok jer laaa 



Yang ni pulak gambar2 set sofa.... sofa jenis leather banyak choice kat sini:

 
 
Sofa kat bawah ni pulak, sesuai untuk ruang besar:







Sofa fabrik pun ada... macam2 fabrik boleh pilih.



Yang kat bawah ni set bilik tidur. Yang best nya almari baju dia besar giler2...8x8 kaki kalau tak silap.. memang best. Set ni sama dengan bilik pengantin haritu.
Memang yang paling win tu almari baju la sebab spacious sangat dan selesa.





Survey2 punya survey, kami tak beli apa pun.. hehe cuci mata je best ;p


Last2 ada sale kat Fella design Sg Buloh haritu. Ingatkan nk survey2 sofa lagi.. 
tak letakkan harapan tinggi pun sebab Fella design punya perabot kalau sofa dia memang semua corak2. Mula2 tu planning nak sofa yang plain dan tak de corak...
tup2 berkenan pulak sofa yang ada dekat showroom fella design dekat sungai buloh ni:


 


Lepas bincang2 pasal budget akhirnya sofa yang bercorak jugak ni yang kami berkenan dan pilih. Kaler sofa ni sebenarnya silver and gold. Tengok lighting juga sebab kaler kat showroom macam boru2 skit sebab lighting kat showroom tak berapa nak terang sangat. Kaler gold nampak lebih menonjol dari silver masa di showroom.

Ni la rupanya, pertama kali sofa tu sampai. kaler sofa tu lebih kepada silver. Gold tu tak nampak sangat sebab pasang lampu putih. tapi kalau pasang lampu kuning samar2 kaler dia lebih kepada gold. *sila abaikan husben yang kepenatan punggah barang2 ke rumah baru.

Masa survey tu, kiteorang tanya salesman tu bleh waived kan kos penghantaran ke? sebab fella design selalu akan charge kos penghantaran...Alhamdulillah, haritu mood orang tu baik plak (bos dia mood baik kot) sebab kos penghantaran dari sungai buloh ke sepang di waived kan..

Ok selesai bab sofa. Bleh baring kuak lentang sebab seat dia lebar. =)

Tips nak survey/memilih sofa:
1) ukur bahagian ruang tamu. bawa pita pengukur ke showroom untuk pastikan saiz perabot sesuai
2) Material untuk sofa - leather kalis air dan senang cuci tapi kena tengok leather yang berkualiti. Harga pun bleh tahan! Sesetengah leather campuran sintetik, dan tak berkualiti (senang mengelupas). Mula2 kami nak rembat yang leather tapi tgk2 kat fella design, fabrik dia jenis kalis air dan tebal. Lagipun berkenan corak sofa tu. Ikut taste masing2 nak pilih material macam mana. Cuma kena consider jugak kita nak pakai sofa tu lama mana. Kalau beli yang tak tahan, memang tak berbaloi. so, kualiti kena amik kira.
3) corak atau tak corak? itu pilihan masing2. I prefer takde corak masa awal2 survey sebab senang nak matching dengan karpet. tapi..tapiiii dah terberkenan dengan yang bercorak plak nak buat macam mana kan...haha... tapi ok juga sebab langsir kiteorang plain. jadi elok lah sofa ceria sikit. 

 Owh satu lagi nak kongsi dengan korang, I berkenan design kat fella design showroom untuk rak tv ni:





Next projek!!!


byee peeps!





No comments: