4 Nov 2015

Al-fatihah


Salam semua readers!

Lately dah tak kerap sangat update blog. walaupun macam2 cerita yang jadik, tapi macam angin sepoi2 bahasa, semua itu berlalu pergi dengan masa yang serba pantas. Yang tinggal hanya kenangan yang diulang2 tayang di pelusuk ruang memori. Kenangan yang tidak dapat diulang kan kembali semula walaupun apa galang gantinya. Masa dan ruang adalah ubat bagi segalanya...maka blog pun sunyi sepi. Sehabis bisa mau je aku coretkan nya di sini agar boleh dikenang bila2, Namun, hati ni tak segagah mana bila diuji. Hati ini seperti lemah. Segala-galanya lemah.

Tahun ni kehilangan insan2 tersayang, nenek, makcik, kazen. Allah lebih mengetahui sebaik2 kejadian. Milik Nya jua lah segala2 nya. Pemergian mereka yang dikasihi sangat memeritkan bila mana kita sedar yang kita tidak lagi berjumpa mereka di dunia ini. Namun mati itu sesuatu yang pasti, InsyaAllah kita semua akan berjumpa semula di akhirat. Sungguh Allah itu Maha pengasih lagi Maha penyayang. Kasih sayang Allah tiada batasan nya kepada hamba2Nya.





No comments: