26 Oct 2015

Mee telur ikan mayung, satu! YeZZzzaa


Dek kerana kawan ofis husben rekemen, memang teringin betul nak try. Tak pernah dengar pun telur ikan mayung rasa macam mana. Tengok Google nampak macam sedap.

Balik ofis je, walaupun beredah jem bagai, gagah2 jugak carik tempat ni. Tak jauh pun, setengah jam je dari rumah. Guna Waze je, tak de sesat2 sebab tempat die senang je nak cari.

Mula-mula ingat tempat ni macam restoran, rupa2 nya kedai makan ni terletak di Food Court MMA Santai Corner. Memang penuh dengan orang ramai (masa tu).. ada gerai2, burger abang burn ada, western, berjenis2 sup ada... for first timer macam aku dan husben, memang juling mata dibuatnya. Dah la baru balik dari opis, memang perut pon lapar sangat2. hoho... sampai2 je cari gerai D'Laila. Tak susah pun nak cari sebab gerai die ada banner besar gitu.


D’LAILA  ni ada macam2 menu. kebanyakkan menu die seafood lah. orang kata mee udang die terbaik. Tapi sebab kami ni carik mee telur ikan mayong, tak de la order udang haritu. Kepah pun ada cuma tak rasa macam nak makan kepah. Kat MMA santai corner ni, semua self service. Kita kena order sendiri kat gerai yang berkenaan pastu tinggalkan no. meja. 


Lepas tunggu beberapa minit, ninnndiaaa mee telut ikan mayung. Telur dia bulat2 pastu kaler kuning2 berkilat. Satu mangkuk RM14.00. Telur ikan memang banyak laa.. 

Rasa dia macam kuah mee bandung. Tapi before korang makan, make sure tiup2 skit bagi elakkan lidah melecur. Yerp, sebab telur tu die macam bebola kecil yang menyimpan haba. Kawan ofis husben yang rekemen kat kiteorang tu memang penggemar mee ni. Untuk aku dan husben yang baru first time rasa mee ikan mayong ni, apa yang boleh kami kongsikan, rasa mee ni macam tradisional skit. Rasa mee bandung tapi ada telur ikan. Mr Husben tak berapa nak into it sangat. For me, rasa dia boleh tahan laa, lain dari yang lain. 

Mee Telur Ikan Mayung
Lain kali nak try mee kepah dia pulak laa...tak pun mee udang....tak pun mee ketam...aih....banyak menu lagi nak try!!!

Ok, kalau korang sekitar kawasan Sepang, Nilai or cyberjaya, boleh carik kedai ni. Mana nak dapat telur ikan mayung dah sekarang ni. Memang rare! er...boleh masuk Fear factor ke? hehe ;p

Address:
D’LAILA MEE UDANG @ MMA SANTAI CORNER
Jalan BBN 1/1F, 
Bandar Baru Nilai, 
71800 Nilai, Negeri Sembilan