24 Mar 2015

Bercuti di Bali 2014: Day 3


Breakfast di hotel - makanan nya banyak - bubur, omellet, coco crunch dan lain2...kira boleh laa tekak ni telan. sedap makan kat sini. 

Macam biasa, Robbie datang jemput kami di hotel tepat jam 8.30pagi 

  1. "Barong Dance" (nak skip pun boleh)


Tempat pertama yang kami singgah adalah "Barong Dance". Ada beberapa tempat yang buat show Barong dance ni. Kami ikut je  tempat yang Robbie rekemen.

Barong Dance ni merupakan persembahan live atas pentas terbuka.. Kisah tentang kuasa baik lawan kuasa jahat (gitu la yang diberitau Robbie kepada kami)
Sejujurnya aku tak berapa paham kisah penceritaan die
walaupun aku fokus dari awal sampai akhir. Boleh la tangkap sikit2 apa dia cakap. tapi tak paham..LOL! ;p

entrance fee= 100,000 rupiah/person

*kalau korang berminat tentang persembahan kebudayaan Bali, memang direkemen la tonton Barong dance...tapi for me, I feel quite boring, I will just skip this part.... mungkin sebab tak faham jalan cerita maka kurang la menghayati -_-" hihihi


2.  "Batik"(skip pun boleh but nice for cuci2 mata)

Lepas tu kami berkunjung pulak di tempat pembuatan Batik (nama kedai tak ingat) 

Kami disambut oleh salah sorang pekerja di situ. Dia explain cara pembuatan batik dari A sampai Z siap ada demo by pekerja2 die

Kat butik Batik ni ada pelbagai jenis barangan dibuat dari batik. Of course mahal2 uolls... kami cuci mata aje... Bila weols cakap mahal, memang MAHAL...rasanya batik di terengganu lagi murah dan pattern lagi halus dan lembut pembuatan nya (this is just my personal opinion)


Demo cara pembuatan batik, Bali

Bergambar dalam kedai (which is not allowed actually ;p)


3. "Kebun Kopi dan tanaman herba" MUST VISIT ~

Sampai di kebun ni (kecik je tempatnya) kami di bawak melihat kawasan kat situ. tak ada bayaran dikenakan ;) kat situ banyak pokok2 herba macam cili, kopi, etc. (kat Malaysia pun ada kebanyakkannya). 

Kat sini spesialnya adalah tempat di mana ada menjual KOPI LUWAK -  Secara kasarnya  adalah, biji kopi yang dimakan oleh musang tu akan keluar bersama2 najis nya dalam keadaan fisikalnya masih tidak terhadam. Senang cerita, biji kopi tu dah "diproses secara semulajadi/ alami" dalam perut musang tu dan menghasilkan biji kopi yang di katakan lebih wangi aroma nya dan sedap

Ni lah rupanya gambar musang tu atas pokok kopi
Selain Kopi LUWAK, ada kakak kat situ nama nya Sarah, explain pasal produk2 tea/kopi kat situ.
Kak Sarah akan bancuh dalam gelas segala jenis teh dan kopi untuk kami testing. Teh bunga roselle, teh tongkat ali, teh manggis, kopi vanila,kopi cappucino, ice lemon tea. Kat kebun tu ada kedai yang jual serbuk teh dan kopi. Kami beli teh manggis dan rosselle. Masa testing tu sedap sangat tapi napa tah bila bancuh kat Malaysia, rasa dan berlain...dah tak sesedap macam minum di Bali...hahahaha,,,ngengada tak? ;p tapi memang rasa lain je teh yang beli dengan testing. sepatutnya rasa sama la kan? tapi tak pe laa lagipun buat souvenir pun sesuai cuma aku rasa macam mahal skit la bila compare dengan teh lipton.. ;p

Tak lama pun kami kat sini. Lepas tu kami visit tempat galeri lukisan (tak silap nama galeri tu - pande art gallery). Seperti biasa tempat yang direkemen oleh supir kami. Gambar tak ambik sebab malas -_-" hehe

Banyak lukisan2 kat galeri ni. ada jenis permandangan, bunga, abstrack, ritual keagamaan, Paling banyak tu lukisan2 yang abstrak dan lukisan gambar orang. Dekat sini tak de la kami membeli sebab -->MAHAL dan tak de yang berkenan dengan kalbu..cewah 
owh lupa plak...ada beli satu lukisan kecik permandangan padi (600k rupiah) sekali frame. Lukisan tu dilukis dengan pengcungkil gigi je. bila pikir2 balik memang mahal pun tapi dah terbeli kan..kira rezeki orang tu la tu. niat sedekah je sebab orang kat sana nak cari makan pun susah..upah pun sikit je. Kalau pergi sana, seelok-eloknya kita bukan shopping/berjimba sakan je tapi dalam pada yang sama, kalau boleh tolong dorang sikit2 pun jadi la kan. Lagipun orang Bali baik-baik dan friendly. Setakat ni takde lagi yang amik kesempatan.

Myfriend yang pernah pergi kat Bali pesan kat Tanah Lot lukisan cantik dan harga boleh tawar. 

4. "Gunung KintamaniMUST VISIT ~ seriously a MUST VISIT PLACE


Kintamani ...Yang special sini adalah permandangan Gunung Batur yang merupakan volcano yang masih lagi aktif sampai sekarang...Permandangan die memang lawa! Kami singgah makan tengah hari di restoran atas Gunung tu. Walaupun cahaya matahari terik memancar tapi tak rasa bahang pun. Cuaca atas ni sejuk aje...
Di restoran ni, boleh order buffet atau pun boleh order Ala Carte. Kami pilih buffet aje (100,000 rupiah/person- dalam RM30 camtu). Makanan dia so-so aja laa... tapi permandangan kat sini SUPERB!! makanan yang so-so pun jadik marvelous gitu. :D

Gambar kat bawah ni tak edit langsung k:

Gunung Batur, Kintamani 2014: Yang kawasan hitam tu adalah kesan larva volcano

Gunung Batur, Kintamani 2014: Subahanallah
Destinasi seterusnya adalah Ubud. Yang paling fames kat sini adalah kawasan Padi Tegalalang. Ia merupakan kawasan padi bukit. So, korang boleh nampak padi ditanam bertingkat2 gitew. Permandangan kat sini memang cantik. Kalau rajin boleh jalan2 sepanjang laluan pejalan kaki padi bukit kat sini. Tapi sebab kami ni tak banyak masa kat Ubud ni, tengok permandangan dari atas saje.

Tegalalang padi bukit, Ubud


model tak berbayar ;p
Gambar2 permandangan dalam keretaa:


Kedai runcit bali

Ukiran-ukiran banyakk sangat sini

gambar sebuah restoran di tepi kawasan padi

Permandangan padi macam kat Kedah ;) cantik kan awan die?

5. "Jimbaran~ seriously a MUST VISIT PLACE

Lepas pusing2 area situ, untuk makan malam, Robbie bawa kami ke tempat seafood di area Jimbaran. Sepanjang kawasan pantai tu memang sederat tempat makan seafood. 

Robbie drop kami kat situ pastu die beredar. Memang Robbie ni, die akan drop kami ke tempat yang dituju pastu die akan tunggu kami tempat yang dah janji awal2. Sepanjang kami kat situ takde laa dia buat hal. orangnya sangat berdisiplin. 

Kami ke situ lebih kurang pukul 5 petang sebab pukul 6 petang matahari dah terbenam. Yang special kat sini permandangan matahari sunset tuu... sangat lawaa...


permandangan sepanjang pantai...semua menantikan sunset time
Permandangan sunset....subahanallah....

candle light dinner kauu ;p

 Gambar makanan tak ambil sebab tak sempat nak ambik dan Ngap dulu...haha....Dinner set ni kami ambil yang paling murah sekali tau....dalam 700k rupiah (pakej no lobster) ...hehe...simpan duit nak beli lukisan bunga! Tapi kenyang laaa...die punya set memang superbb...yang suka seafood je hokey...set yang kami pilih tu ada udang, ikan, sotong, nasi goreng, air jus, dessert agar2... compare dengan harga Malaysia jauh lagi murah la for seafood set.


Ok, Bersambung NEXT Entri.....




1 comment:

Nor Marshaliza Shaidan said...

Seronoknya baca dari part 1 smpi entry ni.
Tq sharing sy dah take note segala tips.
Bali dalam list....jemput ke blog sy ye

http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com/