18 Mar 2015

Bercuti di Bali 2014: Day 2

Assalamualaikum semuaa! 

Meh kita sambung cerita Bali!!

Sambungan cerita hari kedua tour kami (26 Sept 2014) =)


Nak selit kan sikit pasal hotel tempat penginapan kiteorang iaitu di Wina Kuta Holiday Villa. 

Yang best nya, hotel ni di tengah2 pekan Kuta, dekat dengan Legian. depan hotel je pantai. memang cantik la permandangan pantai dekat Kuta ni. Pagi2 jalan sepanjang jalan memang rasa nyaman je. Yang best lagi, makanan di cafe hotel memang ada sijil halal. Jadi tak ragu2 laa breakfast kat hotel. harga makanan hotel memang murah tau...bukan harga hotel langsung. lagipun kami ambil pakej sekali breakfast. memang berbaloi2 =p
Ni permandangan pantai Kuta, depan hotel je - memang berbondong2 manusia kat sini.

Ok, berbalik kepada cerita tour plak yer.. pagi2 lagi Robbie dah tunggu depan lobi hotel. Memang tabik dekat Robbie ni..die memang punctual. on the dot! Die janji mau jemput pukul 8.30am. Memang pukul 8.30pagi die dah ada tau. Memang kelass kau jahh. Kereta sewa Pak Yanto memang selesa, Alhamdulillah. 


Lokasi first yang kami tuju adalah Bali Dolpin Water Sport di Tanjong Benoa Beach. Hubby eksited untuk water sports  (yeah, he ask me to cancel our plan to go shopping that morning -_-" sighhh). Ada macam2 pakej untuk water sports. Harga bergantung kepada jenis water sport yang dipilih. Untuk yang pakej biasa, harga lebih kurang 600rupiah sorang:

Pakej ni termasuk flying fish, Turtle Island Tour, Glass Bottom Boat, Jet Skiing.

Kalau nak pakej up sikit (mahal tau..boleh sampai Satu Juta Rupiah ++ per person - tiga ratus ringgit) kalau termasuk parasailing and sea walking.

Macam ni laa list yang dieorang tunjuk... harga boleh bincang dengan orang tu:


gmbar dari mr google (time ni korang tak boleh bawak apa2 barang termasuk camera untuk tujuan keselamatan)

gambar Flying fish boat
Gambar atas ni lah ropanya flying fish...kau baring atas floater tu lepas tu, BRooooMMMMM BrOOOmmm bot start laju...sedar tak sedar, floater tu akan terbang di udara macam dalam gambar.. Terkezut maakk... memandangkan aku jenis gayat, aku takde laa nak parasailing, ingat kan flying fish ni  sesuai la untuk tahap kanak2 rebina mcm aku ni ok la kan... rupa2 nya gayat sampai rasa macam nak terhenti jantung.. kalau angin kuat, floater ni akan naik sampai 3 kaki!
Gambar selepas aksi Flying fish - nampak tak muka fake happy di situ? urat jantung rasa nak terputus dah tau ;P

yang cuaknya tak ada tali pinggang keselamatan. Ada sorang guard akan jaga korang dekat floater.. Yer, dia pun akan melayang jugak dengan korang. tengok dalam gambar tu..orang yang baju biru atas floater tu safe guard relax je kan? dieorang yang kawal floater tu masa "terbang" supaya tak terbalik.

Ok, lepas tu kami naik Glass Bottom Boat kiteorang duduk dalam bot pastu dia akan bawak ke tempat banyak ikan... korang boleh nampak clear dekat bawah kaki korang melalui cermin bawah boat. banyak ikan macam nemo je..kaler biru strip kuning tu...sampai tengah2 laut bagi makan dekat ikan... tu aje laa... short je trip die... macam tak puas pun ada...tapi ikan memang banyak laa situ... korang boleh tengok die berenang2 dari atas boat...


lepas bagi anak cucu ikan makan, terus die bawak ke Turtle Island Tour. 
kena sediakan:
entrance fee= 5000 rupiah (seringgit plus camtu)
Kat pulau ni macam zoo dah aku tengok...sorry la gambar ada dekat computer aku satu lagi.. malas nak upload..hehe. tapi kat pulau ni ada PENYU...dari PENYU KECIK sampai ATUK PENYU tau...kat sini ada burung helang, ulang, biawak iguana..semua dalam cage tapi korang boleh masuk dalam tu dan amik gambar. binatang2 kat situ macam tourist friendly sebab "nampak" macam jinak taaapi agak cuak jugak la bila nak amik gambar denga iguana si biawak tu...die tido je pastu tiba2 bukak mata...ngeri tau.. hehe...Lepas puas meround kat pulau tu (actually kawasan yang menempatkan binatang2 tu kecik jer), satu round je dah habis. guard tu tunggu dalam bot and bawak balik ke daratan.
Bot2 perlancong di Turtle Island
Part yang paling best (pada aku lar) adalah...Jet Skiing
 la best tau die bagi bawak sendiri jet skii taapi ada orang la kat belakang korang jaga.
Lama jugak laa meround satu pusingan tu

Gambar ni di amik dari bawah jer...ni la parasailing....kalau korang hati kental dan waja, sila la try yer...aku benda2 macam ni tak berapa nak berhati waja sangat ;p

parasailing - gambar dari bawah jer. iols gayat!

Lebih kurang pukul 12 tgh hari, kiteorang dah selesai water sports aktiviti.... ada tempat salin baju situ... 
Perut pun dah lapar... destinasi seterusnya tempat makan2.

On the way ke tempat makan, kami singgah di Pusat Peribadatan Puja Mandala.
Kat sini ada sederet bangunan peribadatan termasuklah Masjid Ibnu Batutah, gereja protestan & katolik, temple/pura, gereja Buddha... Menurut Robbie, tempat ni dibangunkan untuk menguatkan perpaduan penduduk Bali yang terdiri daripada pelbagai agama dan kebudayaan.

Sampai kat sini, kami singgah solat di Masjid Ibnu Batutah. Ramai jugak penduduk Bali dan pelancong singgah kat masjid nih. Mungkin location die strategik and berhampiran laluan utama di Bali.

Kami singgah kejap jer kat sini..sambil ambil2 gambar. Yang menariknya, senibina setiap tempat ibadat ni memang mengkagumkan. Seni yang sangat halus dan reka bentuk pun unik. 





Destinasi seterusnya ialah di Uluwantu (kira nama daerah kat sini)
Di Uluwantu ni ada sebuah temple atau pun orang kat sini panggil tempat Pura. banyak ukiran and patung2 ada kat sini. Market pun ada. tapi tak pergi market sebab masa pun suntuk.

Di Uluwantu ni banyak monyet2 berkeliaran. Temple dia macam open space gitu. siap ada swimming pool lagi.. tapi nampaknya swimming pool/kolam -kolam ni dikhaskan untuk monyet2 kat sini. Tak sure laa kepercayaan penduduk kat sini mungkin anggap monyet tu suci kot? tu sebab monyet2 tu banyak je membiak kat temple ni.
Oh yaa... nak masuk ke kawasan temple ni entrance fee dia kalau tak silap 100 k Rp. tak ingat laa sebab dah peram entri ni dah 2-3 bulan...hihi..ampun ya pak...

Bergambar di salah satu pintu di temple. reka bentuk pintu di Bali kebanyakkan tinggi dan sempit.

lagi satu, supir kami pesan, kalau pakai 'blink2' brooch/kerongsang, elok lah di sembunyikan sebab monyet tu mudah tertarik dengan 'lip lap-blink2' ni. Kamera/cermin pun monyet suka. Yang takut nya monyet2 nih cuba rampas. so far, kalau kita buat biasa2 aje, monyet2 tu tak kacau. Jangan usik2 dia dah.

Sepanjang jalan masuk ke temple ni, memang bertangga-tangga. Sampai je di puncak, Subahanallah! Terpaku sangat dengan permandangan kat Tebing Cerun Uluwantu ni. Cantikk sangat!!! Kalau korang rajin jalan sepanjang bukit ni, boleh jer. panjang jugak kena jalan. Tapi kiteorang nih ambil short cut. Lepas sampai puncak cliff tu, terus terus balik...hihi... macam ala-ala tembok China pun ada jugak. Kalau nak sambung jalan, panjang laa perjalanan die.


From the cliff scenery


Next, kita ke Pantai Pendawa!!! Pantai yang sangat cantik
Series lawaaa kau.....tapi tak berani pulak bermandi mandian kat situ.
Situ pun orang tak banyak surfing...mungkin laut tak berombak sangat kot?

Feast your eyes....tadaaaa....

Google images link to beautiful scenery of Pantai Pendawa



Tiga sekawan tepi pantai. pepandai amik gambar dieorang ni tapi gambar dieorang bertiga ni memang photogenic lah...tiga sekawan bersuka ria gitu:


Cantikkan??

gambar2 sekitar pekan bali:






Memang scenery cantik dan merelax kan...

Next entri..... Bercuti di Bali 2014: Day 3







No comments: