6 Jan 2015

Bercuti di Bali 2014: Day 1

Salam peeps!

Tiba di KLIA 2 pukul 12 tengah hari. Flight kami dijadualkan berlepas jam 5 petang dan touch down jam 7.45 malam

Menarik di KLIA 2:

Day 1: Arrival at 8.00pm
1. Kaunter kastam. 
Jika dari Europe ada tertulis kaunter "FOREIGNER", beratur kat kaunter ni memang panjang sebab ramai tourist dari sana. Walaupun banyak kaunter "FOREIGNER", tapi memang berbaris panjang. Kami ke kaunter "ASEAN", tak de la panjang sangat beratur jika nak banding dengan kaunter pelancong dari europe. ehem... terasa seperti VIP gitew ;p

*Important note:

  • Sebelum beratur di kaunter kastam, pastikan anda ke meja yang disediakan untuk mengisi borang kastam A. sila isi butiran2 peribadi dan tempat menginap serta nombor flight. 
  • Oh yaa...dekat kastam area pastikan NO handphones/camera ya...aku nyaris2 ditangkap kastam sebab amik gambar selfie kat situ (blame me for being too exited sampai tak baca signage -_-" . nasib baik laa pegawai kastam tu tak carik hal. Ada sorang tourist lelaki pun kena yang sama bila die ambil gambar kat area kastam tu...tapi pegawai yang jaga tu kecoh sampai kan lelaki tu kena di bawa ke bilik penyiasatan. Nasib baik laa pegawai kastam yang tangkap aku tu suruh aku delete je gambar2 tu pastu explain elok2...aku daa nak nanges dah takut kena jail/penalti ke..naye kan? SO moral of the story, kat airport bali banyak signage, sila baca yer. nanti boleh kecoh jadi nya.
  • Sampai di kaunter, tunjukkan passport, borang kastam A dan boarding pass (diisi dalam flight). DONE! Tahniah, anda telah sampai ke BALI!!
Ok lepas collect luggage (masa tu kaunter 1 untuk airasia) terus ke ruang balai ketibaan. Sampai2 sana memang terkejut. Rasa macam selebriti pun ada sebab ramai orang yang tunggu di  luar dengan signage nama masing2. Berpeluh juga nak carik nama kiteorang. 

Kena kecik kan mata korang...pastu fokus kan satu2 papan tanda tu....

Akhirnya nampak papan tanda nama aku dan suami... rupa2 nya supir yang menjemput kami namanya Robbie. Katanya Pak Yanto tidak sihat. tapi tak per laa, bagi kami asalkan ada orang yang nak bawak kami tour dah kira satu rahmat. Kalau nak tau, Robbie ni sangat peramah dan fasih cakap malaysia. Macam2 laa dia borak2 dan cerita tempat2 menarik.

Sampai Bali pun dah malam (lebih kurang 8 malam), perut dah memang lapar setibanya di Bali. Maklum la 3 jam kat atas flight.  Walaupun order makan online kat atas flight tapi still rasa lapar bila sampai sananasib baik Robbie ni sangat punctual. Dia sampai airport sebelum kami sampai lagi. Terus Robbie bawak kami makan di Ayam Penyet Wong Solo. Apa lagi..perkena nasik ayam penyet laa! Yum!!

@ Ayam Penyet Wong Solo
Restoran ayam penyet ni Halal dan harganya pun berpatutan. Tak ada laa murah atau mahal sangat.

Kami order ayam penyet + ayam bakar + tomyam+ air alpukat (jus avocado)+ teh botol (teh tapi dalam botol). Rasa ayam penyet ni lain sikit di Malaysia. Mungkin sebab lebih original dan mungkin juga rempah yang dieorang guna tu menjadikan ayam nya rasa "rich" walaupun portion nya tidak sebesar di Malaysia. Yang spesial nya adalah sambal ayam penyet ni. Memang meletop! panas! pedas! sebab tu ler aku order sampai 3 gelas air kau! Ini lah penangan sambal nya. orang kat sini cakap cili bali memang pedass berapi ;p

 Lepas makan terus ke Hotel. Badan pun dah penat banget. Continue - Link kat sini -->Day 2




No comments: