6 Jan 2015

Bercuti di Bali 2014: Day 1

Salam peeps!

Tiba di KLIA 2 pukul 12 tengah hari. Flight kami dijadualkan berlepas jam 5 petang dan touch down jam 7.45 malam

Menarik di KLIA 2:

Day 1: Arrival at 8.00pm
1. Kaunter kastam. 
Jika dari Europe ada tertulis kaunter "FOREIGNER", beratur kat kaunter ni memang panjang sebab ramai tourist dari sana. Walaupun banyak kaunter "FOREIGNER", tapi memang berbaris panjang. Kami ke kaunter "ASEAN", tak de la panjang sangat beratur jika nak banding dengan kaunter pelancong dari europe. ehem... terasa seperti VIP gitew ;p

*Important note:

  • Sebelum beratur di kaunter kastam, pastikan anda ke meja yang disediakan untuk mengisi borang kastam A. sila isi butiran2 peribadi dan tempat menginap serta nombor flight. 
  • Oh yaa...dekat kastam area pastikan NO handphones/camera ya...aku nyaris2 ditangkap kastam sebab amik gambar selfie kat situ (blame me for being too exited sampai tak baca signage -_-" . nasib baik laa pegawai kastam tu tak carik hal. Ada sorang tourist lelaki pun kena yang sama bila die ambil gambar kat area kastam tu...tapi pegawai yang jaga tu kecoh sampai kan lelaki tu kena di bawa ke bilik penyiasatan. Nasib baik laa pegawai kastam yang tangkap aku tu suruh aku delete je gambar2 tu pastu explain elok2...aku daa nak nanges dah takut kena jail/penalti ke..naye kan? SO moral of the story, kat airport bali banyak signage, sila baca yer. nanti boleh kecoh jadi nya.
  • Sampai di kaunter, tunjukkan passport, borang kastam A dan boarding pass (diisi dalam flight). DONE! Tahniah, anda telah sampai ke BALI!!
Ok lepas collect luggage (masa tu kaunter 1 untuk airasia) terus ke ruang balai ketibaan. Sampai2 sana memang terkejut. Rasa macam selebriti pun ada sebab ramai orang yang tunggu di  luar dengan signage nama masing2. Berpeluh juga nak carik nama kiteorang. 

Kena kecik kan mata korang...pastu fokus kan satu2 papan tanda tu....

Akhirnya nampak papan tanda nama aku dan suami... rupa2 nya supir yang menjemput kami namanya Robbie. Katanya Pak Yanto tidak sihat. tapi tak per laa, bagi kami asalkan ada orang yang nak bawak kami tour dah kira satu rahmat. Kalau nak tau, Robbie ni sangat peramah dan fasih cakap malaysia. Macam2 laa dia borak2 dan cerita tempat2 menarik.

Sampai Bali pun dah malam (lebih kurang 8 malam), perut dah memang lapar setibanya di Bali. Maklum la 3 jam kat atas flight.  Walaupun order makan online kat atas flight tapi still rasa lapar bila sampai sananasib baik Robbie ni sangat punctual. Dia sampai airport sebelum kami sampai lagi. Terus Robbie bawak kami makan di Ayam Penyet Wong Solo. Apa lagi..perkena nasik ayam penyet laa! Yum!!

@ Ayam Penyet Wong Solo
Restoran ayam penyet ni Halal dan harganya pun berpatutan. Tak ada laa murah atau mahal sangat.

Kami order ayam penyet + ayam bakar + tomyam+ air alpukat (jus avocado)+ teh botol (teh tapi dalam botol). Rasa ayam penyet ni lain sikit di Malaysia. Mungkin sebab lebih original dan mungkin juga rempah yang dieorang guna tu menjadikan ayam nya rasa "rich" walaupun portion nya tidak sebesar di Malaysia. Yang spesial nya adalah sambal ayam penyet ni. Memang meletop! panas! pedas! sebab tu ler aku order sampai 3 gelas air kau! Ini lah penangan sambal nya. orang kat sini cakap cili bali memang pedass berapi ;p

 Lepas makan terus ke Hotel. Badan pun dah penat banget. Continue - Link kat sini -->Day 2




Pengalaman bercuti di Bali 2014: persediaan sebelum ke Bali

Assalamualaikum and hi dearies!


Rasa macam baru semalam je di Bali. Memang betul la apa yang dikatakan orang tentang keindahan semulajadi di Bali. Tempatnya cantik dan tenang (walaupun banyak kereta dan motor) tapi memang rasa relax. Mungkin di Bali itself memang destinasi bercuti, jadi korang takkan nampak orang yang stress di sini, Sungguh! kalau tak percaya, kena tanya orang bali itself..hihi


Memang rezeki kali ini kami dapat cuti-cuti ke destinasi impian ke bali. Sejujurnya, waktu awal2 kawin dulu memang laa aku and husben nak berhoneymoon di bali tapi memandangkan waktu dan keadaan tidak mengizinkan akhirnya kami ke Langkawi. Entri ke Langkawi klik di sini.


Kebetulan ada lawatan kerja konferens di Bali, terus jer teruja nak register konferens tu. Sambil menyelam, minum air ye tak? Memandangkan konferens tu sehari je lepastu alang2 aku sampai Bali memang rugiii besar kalau tak jalan-jalan di Bali, yeehaaa...so holiday mood is ON bebeh!

sebelum pergi cuti2 ke Bali, ada la study sikit2 and buat persiapan yang perlu. Aku kongsikan sikit kat sini yer:


1. Info tentang Bali

Bali adalah sebuah pulau yang terletak antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok. Ia adalah salah satu Provinsi /wilayah Indonesia. Kepulauan Bali ni terbahagi kepada beberapa Kabupaten/Kota. Kota Denpasar (DPS) adalah kota pemerintahan di Bali (macam wilayah KL). Sepanjang kami di Bali, kami menyelusuri jalan2 di Kota Badung, Bangli, Gianyar, Tabanan. Permandangan sini memang superb! (story in next entri ya). Penduduk di Bali majoriti nya adalah Hindu dan kita masih boleh lihat nilai seni tradisional mereka masih mengekalkan ciri2 keasliannya melalui senibina rumah dan bangunan serta pakaian tradisional dieorang. Airport baru kat Bali nama nya Ngurah Rai Denpasa. Memang cantik dan besar airport nya. Selesa laa sebab banyak kemudahan disediakan n staff airport pun semua friendly


2. Hotel dan tempat penginapan bali

Kalau nak carik tempat penginapan best di bali ada banyak tempat bergantung kepada yang kita selesa. Hotel ni kami booking online di Expedia.com aje. Lebih mudah dan senang sebab kalau booking online ni selalunya ada special rate. 


Kami menginap di Hotel Wina Holiday Villa, Kuta. Sebab utamanya, konferens aku di situ dan juga paling penting, Wina Holiday Villa ni adalah hotel yang menyediakan makanan HALAL. *Tips: Go for wireless free; including breakfast (berbaloi2). 


3.    Flight ticket airasia

Booking flight air asia yang ada promotion masa tu... lebih kurang RM500++ for return ticket per person, quite reasonable price (can still got cheaper price if have promo). Lagipun kami pergi September bukan musim peak bagi ke bali. Alhamdulillah cuaca sepanjang kami di Bali memang matahari bagi kerjasama yang baik, terang benderang tapi pada masa yang sama memang tak terasa bahang terik matahari. rasa sejuk je. mungkin sebab suhu kat situ pun dalam 27-29 celcius aja. 


4. Passport dan airport TAX 

Passport masih hidup lagi. Tahun ni airport tax dinaikkan dari harga Rp150k ke Rp200k per person. Airport tax ni dibayar di airport bila nak berlepas balik ke Malaysia. Tapi disaran kan korang sediakan awal2 sebab kena bayar secara "CASH Rupiah" di kaunter kastam indonesia. Tak balik Malaysia nanti kalau tak de duit tax ni yer :)

5. Tourist guide / supir di Bali

Sebelum korang ke Bali, boleh booking Tour dengan mana2 supir secara emel/online/wassap. Selalunya reply nya pantas dan cepat gitu. Dalam beberapa jam sudah di balas emel. Lagi cepat kalau wassap aje.

Kami booking tour dengan Pak Yanto Bali 
reason nya, good recommendation dari bloggers2 yang lain.
disebabkan ni kali pertama ke bali, we don't want to take risk. 
Pak Yanto ada ramai staff supir nya. Dia akan wakilkan supir untuk tour korang di Bali.

Ni no. WassApp Pak Yanto: +6281236540997
emel: ytobalitour@gmail.com

First aku emel Pak Yanto tanya pasal iternary untuk 3 hari.
Die reply pantas dan laju and bagi aku rate seperti di bawah:


  • 1 fullday tour - Rupiah 350k 
  • Ambil dan hantar di airport sekitar hotel Kuta dan Legian upah- Rupiah 50k
(jika korang nak ambil teksi pun boleh tapi rata2 rate die tinggi sikit boleh mencecah 450k-600k depends on hotel korang kat mana)

So far, servisnya OK banget. Supirnya tu tak berkira sangat berapa hours korang nak jalan2. Ada yang kenakan extra charge kalau lebih 8 jam tour. Siap Pak Yanto ni bermurah hati bagi kami simkad fon indonesia secara gratis =free bernilai rupiah 3k. boleh la tu nak call supir/keluarga kat malaysia.




Ok la, cerita seterusnya bersambung di NEXT entri yaa....TUNGGUUU

Link: