19 May 2014

Update =)


Hello semua =)

Dah lama tak blogging. Banyak cerita nak diceritakan tapi peram saje .. hahaha..kemalasan melanda diri ;p


Latest update: Alhamdulillah, tahun ni dapat kunci rumah dari pemaju. Tak pernah terfikir boleh duduk rumah sendiri. Maklum la dah 2 tahun jugak duduk dengan keluarga mertua. Alhamdulillah juga ada rezeki kami nak pasang lampu dan beli peralatan rumah sikit2. Itu pun kebetulan penyerahan kunci tepat2 time bonus keluar. Beli rumah dan nak masuk rumah, memang banyak belanjanya. Tambah pulak me and my husband ni baru bertatih setahun jagung lagi. Memang terasa beban nak beli barang2 rumah. Mana nak beli perabot murah, nak beli lampu murah dan sebagainya. Semua mesti budjet. Tu pun beli sikit2 yang perlu. Macam2 'hajat' dan 'kehendak' di hati ni, tapi sebab budjet punya pasal, redha ajer bab2 berbelanja. Bila mengenangkan orang yang tak berumah, cepat2 beristigfar banyak2. Memang banyak rahmat dan nikmat Allah terhadap hambanya ini. - Nikmat hidup -nikmat makan -nikmat tidur dsbnya. Ikut nafsu dan kehendak hati memang boleh binasa jadinya.

Owh, dalam sedar tak sedar dah 2 tahun jadik isteri orang. Belum ada rezeki lagi bergelar "ibu". Harapan tu ada tapi Allah tak beri lagi. Mungkin rezeki lain yang diberi dulu.


InsyaAllah doa tu tak putus2 untuk mendapatkan zuriat sendiri. Orang keliling pun dah cerdik akal dan tak tanya benda2 yang sensitif. Kami berdua laki bini dah lali kalau ada bertanyakan hal anak. Memang tak ambil hati sikit pun kalau ada yang tanya "dah ada anak ke?" Cuma kadang2 tak tau macam mana nak jawab bila orang tanya, "kenapa belum ada anak lagi" (ni soalan mak jemah kaan?) senyum jer laa yang termampu tapi sikit pun tak ambil hati. Cuma boleh jawab, "Allah belum beri rezeki lagi" dan mintak orang yang bertanya tu pun turut sama berdoakan kami jugak.

Semua yang terjadi adalah qada' dan qadar Allah. Yakin yang Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka.

Semuanya berbalik kepada Niat dalam hati masing-masing. Memang mencabar menjaga seketul daging bernama "hati".  Bila mana Allah tidak beri apa yang hati kita mahu, mula laa berpikir macam2.

Selalu berbisik perlahan dalam hati (konon2 pujuk hati);
 

"Bila Allah tidak beri apa yang kita mahu, sebenarnya Allah ingin menunjukkan kepada kita apa yang kita perlu, lebih daripada yang kita mahu, kerana hanya Dia yang Maha Tahu".

Tipu la bila cakap hati ni tak memberontak. Tapi cepat2 sedar diri dan teringat Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
"We are what we think". Kalau positif, insyaAllah kita dapat yang positif jugak. Kalau kita pikir negatif, memang pandangan kita semuanya tak kena. Mula laa macam2 pikiran yang bukan2 mengganggu emosi. Tu yang kita tak mau kan? Semua yang berlaku dalam hidup ini memerlukan kesabaran. Memang senang untuk berkata tapi amat susah untuk hati ini menerima kenyataan yang pahit. Cuma perlu pujuk hati elok2, dan yakin setiap orang dijanjikan rezeki masing2.

Beberapa point yang kadang2 kita ter'lupa' (untuk peringatan diri sendiri):

  • Badan selim molim atau sihat bukan bermakna boleh berlagak dan dengan angkuhnya beranggapan orang gemuk tu tak jaga kesihatan, tak jaga makan, maka senang dapat penyakit.Kita tak tahu bahagian kita. Ajal maut, rezeki, penyakit semuanya ditentukan Allah. Cuma kita perlu menjaga anugerah yang Allah berikan kepada kita,
  • Orang yang 'berharta' bukan bermakna boleh pandang hina orang miskin atau golongan bawahan dengan beranggapan orang yang kekurangan harta benda tu dasar pemalas dan tak pandai nak bisness/cari duit kononnya. Allah beri kan kita nikmat rezeki untuk kita membantu sesama manusia, bukan untuk diri sendiri sahaja.
  • Orang yang ada anak bukan bermakna boleh riak dan bangga kekuatan batin dengan orang yang belum dikurniakan zuriat. Tidak ada satu ayat pun daripada Al-quran yang Allah janjikan setiap orang yang berkahwin itu dikurniakan anak. Ia rezeki masing2. Sensitif lah terhadap perasaan orang lain. Kadang2 mulut kita ni laju je nak meng komen2 sampai kan lupa sesitiviti hati orang lain.
Semuanya berbalik kepada hati. Pujuklah hati untuk redha dan tahu nikmat bersyukur kepada Allah. Sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui terhadap sesuatu.





No comments: