22 May 2014

Rumah ohh rumah- Pengalaman sebelum dan selepas dapat kunci =)

Hello semua ^_^
Rujuk Link

Keputusan nak membeli rumah bukan sesuatu yang mudah. Tambah, kami laki bini ni baru jer setahun jagung 'bekerja'. Lebih kurang setahun kawin, kami pun start survey2 rumah. Iyerlah memang terasa nak ada rumah sendiri, ada famili sendiri (huahuahua). Duduk rumah PIL memang best tapi tipu laa bila tak rasaa perasaan nak duduk rumah sendiri tu membuak2

Sebenarnya setahun selepas kawin, dah ke hulu ke hilir carik rumah. Asal kan ada ekspo rumah atau pameran je sure berbondong2 laa kami pergi. Penat tu tok sah cerita lah... memang nak fengsan..nak2 lagi harga rumah memang kaw-kaw tinggi...
Alhamdulillah di salah satu eskpo rumah di Shah Alam, lepas tengok miniature rumah, suami pun macam berkenan. Aku ikotkan ajer. eksited terlebey ;p Pastu kami pergi galeri jualan pemaju tu terus booking.

Bermula bayar duit booking, pastu berpeluh-peluh jugak la nak keluar duit bayar deposit- duit kwsp la the savior! Bertatih tatih la jugak nak membayor nye. maklum la 10% dari harga rumah bukan sikit. Tapi demi nak memiliki rumah sendiri, usaha kan jugak laa..

Dari situ, sign SnP pastu banyak la prosedur nya... ulang alik jugak nak settle kan semua.
Bagi yang akan beli rumah atau pun dan membeli rumah, mesti rasa perit nya  tempoh nak tunggu loan approve ni. Alhamdulillah, loan kami lulus.

Nak diikutkan, banyak pengalaman pahit yang kami lalui sebelum merialisasi kan impian rumah idaman kami. Dugaan nya hanya Allah yang tahu. Mujur ada famili2 kami yang support bagi sokongan moral, masa nak sign SnP pun dieorang datang check perjanjian tu...tawakal kepada ALLAH setiap yang berlaku harap dipermudahkan urusan kami.

Tujuan aku menulis ni pon bukan mahu nak berdrama jauh sekali nak menunjuk2 tapi moga apa yang berlaku ni jadikan pengajaran kalau nak membeli rumah nanti ye.

 
Kisah 1: Bank/ Pemaju menganiya pembeli rumah:
Adoooii...  Bab2 urusan bank yang-tah-ape-ape dah selesai Sapa2 yang pernah membeli rumah akan tahu tipu daya bank ni, semua hidden charge, sempurna dan cantik je sebelum sign apa2 taaapi bila dah confirm nak ambil loan dengan bank berkenaan, mula la nampak tanduk sekor2. 

Kami didenda oleh pemaju sebab pihak bank lambat release payment. Bila tanya pihak bank, boleh pulak cakap yang borang insuran rumah kami lambat diproses sebab pending bahagian insurans. Setiap hari call bank suruh cepatkan urusan proses borang insurans tu tapiiii cheet! takde sapa pihak bank kisah pon. By the end, kita sebagai end-client ni kena bayar denda oleh pemaju. 

Bila call sales person (yang approach kami sebelum beli rumah), memang la kata "ya..ya, bisa diatur, yada yada bla bla" tapi satu tindakan pun tak di ambil. Last2 kami pon bayar lah jugak kaaan..kalau tak, kunci tak boleh ambil.Kau bayangkan lewat satu hari bank lambat bayar kepada pemaju, 10% denda kena tanggung oleh pembeli rumah. Tak ke menganiaya orang tu? Pastu kami ambil inisiatif sendiri buat surat rayuan kepada pemaju, alhamdulillah denda tu dikurangkan dalam 30% (sahaja). Tu pun pemaju ambil kira bukan salah pembeli rumah tapi pihak bank lembap nak proses borang2 requirement. Yang buat kerja2 tu orang Muslim, tahu dosa pahala taapi sanggup buat perkara2 yang menganiaya orang ni. Sesungguhnya doa orang teraniaya tu lebih makbul. Moga orang2 terlibat mendapat hidayah atau sekurang2 nya rasa berdosa dan insaf.

Rupa2 nya raaamai lagi pembeli kena taktik yang sama. Semuaa kena dendaa...memang frust sangat tapi memikirkan Allah itu maha Adil sedikit sebanyak dapat la mengurangkan sakit hati ni.

Lepas bayar denda, kunci rumah diserahkan kepada kami setelah dapat surat yang mengatakan kunci rumah sedia diambil dan CF dah diluluskan oleh pemaju. Memang happy sangat.
  

Kisah 2: Dapat kunci rumah

Dah dapat kunci terus pikir nak buat apa. Pemaju bagi borang 'defect' untuk kami isi. 
Disebabkan oleh kekangan masa, entri berkaitan defect terpaksa diskip (huahuahua) taaapii aku bagi link entri2 bloggers yang boleh dijadikan panduan;

Entri 2: http://vanillapink3113.blogspot.com/2013/03/our-castle-defect-checking-sebelum.html 

Check list for house defect: https://forum.lowyat.net/topic/385900/all:

1) Marker Pen
2) Masking Tape
3) Measuring Tape
4) Spirit Level
5) Torch Light
6) Stool
7) Digital Camera

Penat memang penat lerr...tak terkataa penatnya tapi pada masa yang sama gembira dan syukur jugak. Setiap minggu, memang pergi ke rumah untuk selesaikan satu-satu perkara. Bila dapat kunci jer, 'the mission is ON ;p' Memang setiap hari sabtu dan ahad sure "melawat kawasan"...rasa rindu jer setiap kali tak pergi, agaknya tu la perasaan bila dah ada anak nanti (apekaah kaitan?haha ;p)


Kisah 3 : What's NEXT?

Bila dah isi borang defect, pemaju hantar orang baiki. Banyak jugak defect - dinding rekah, tiles tak cukup simen dsb. (tu sebab rasaa penatt sangat hati ni..lelah betul). 

gambar sekadar hiasan google:

Baru-baru ni kami buat wiring (sekali pasang lampu+kipas+tambah point) dan plaster ceiling. Jadi kami upah orang yang sama jer pasang semua (senang cerita). Memandangkan rumah tu jenis dinding tinggi pastu dah siap ada plaster ceiling (tapi bukan semua bilik ada). Cuma tinggal tambah design aja plaster ceiling tu.

Lampu + kipas so far yang paaling harga berpatutan Houses Lighting Puchong. 
Banyak brand and design ada. Cuma kena upah pasang je la...kedai tu jual tapi tak pasang kan (sebab tu harga murah kot?) Oh ya, sales promoter yang helpful sepanjang 6-8kali kami ke situ namanya Helen. Dia sangat membantu. Kalau uols ke sana, boleh carik dia. Tak dapat bayangkan pekerja yang kerja kat kedai lampu tu. Orang ramaaai sangat. Lunch pon makan roti aje dieorang. Kalau nak datang, kena awal2 ataupun week days time orang kerja bagi mengelakkan sesakk. boleh pening mak ;p

Ok la... next will update again about the house. Buruk2 mana pun Baiti Jannati, Rumahku adalah surgaku. Banyak mana pun rintangan diaaa, insyaAllah akan diredah. Moga2 ada rezeki kami yang "lain" lepas ni =)
Doakan semoga semua nya lancar ya! Ameen!






3 comments:

Ujie said...

tahniah, Alhamdulillah dah ada rumah sendiri. betul, apa pun tu rumah sendiri jugak. cuma niat nak beli yg lain tetap ada. hehee

pasal denda tu, akak tak kena. Dari hari mula apply mmg suami pantau utk pastikan tak kena denda. Secara umumnya, akak rasa law tu tak adil kan? kita tak tau apa, kena denda. Kdg tu yg silap bhg lawywer pemaju yg lambat release docs.

Just^me said...

Terima kasih kak Ujie. Memang rasa tak adil kan? Tu lah kami baru beli rumah, tak sangka pemaju dengan bank sangat licik. kena hati2 deal dgn dieorg ni. InsyaAllah, ada rezeki memang teringin beli satu lagi rumah..hihi.. tapi harga rumah sekarang makin menjadi2 menaik. hairan tak de ke pihak berkuasa pantau kann?

Tengok Cerita said...

Nak tanya 10% sehari tu dia kira camne? 10% dari harga rumah ke?