23 May 2014

Kahwin awal ke Kahwin lewat??


Halloooo!!

Saja2 jer pos pasal isu kahwin muda nih. hahaha...memandangkan sekarang trend kahwin muda ni satu topik yang hangat, so why not I'm sharing bit bitsy of my thought here =)

Seblum mengupas isu ini dengan lebih lanjut, aku nak tanya:

“Kenapa nak kahwin?” "Apa tujuan nak berkahwin?"


Kalau jawapan korang lebih kurang sama macam ni:
 

Wanita “Nak ada orang jaga aku, manjakan aku, timang-timang aku….”

Lelaki “Nak ada orang jaga pakai minum aku, basuhkan baju, bla bla bla….”


--TEEETTT! Salah di situ yer. Jawapan tak tepat. Kena gali lagi (bab kata Ogy Ahmad Daud)

Aku rasa bila cerita bab kahwin jer semua nak yang indah2 belaka, kadang2 sampai terlupa apa tujuan sebenar perkahwinan itu. Indah nya Islam itu dengan mengangkat martabat wanita - dengan lafaz Akad, maka dihalal kan lelaki dan wanita hidup bersama. Indahnya Islam itu, telah digariskan peranan lelaki dan wanita yang berkahwin terhadap tanggungjawab masing2.

Untuk renungan bersama:

Tujuan berkahwin mesti kerana Allah semata mata dan mesti ada falsafah rumah tangga. Untuk taat kepada Alah pun rumit dan sukar sedangkan Allah maha kaya , cantik pun susah. Apa lagi kalau nak taat pada suami dan isteri yang taklah seindah Allah. Suami isteri sayang semata kerana Allah banyak hal yang selesai. Dr Azahar- Semanis kurma
Nabi Muhammad SAW sendiri pun tidak pernah memaksa umatnya berkahwin awal, yang disuruh nabi adalah bagi individu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin untuk menutup pandangan dan mengelakkan zina. Tetapi bagi yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa untuk menahan nafsunya

Sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan, kena muhasabah diri dahulu sama ada kita mampu atau tidak memegang tanggungjawab suami dan isteri. Fizikal dan mental kena bersedia. Memang lah tengok orang kahwin jer, kita eksited berangan (tuu aku bagi contoh aku sendiri huahuahua). Kalau boleh, nak kahwin time2 tu juga (perumpamaan sendiri ;p)

Selamat dua tahun hidup berumah tangga, tipuu lah kalau aku kata semuaa manisss je. Kalau bergaduh manja2 tu biasa laa kaan. Sedangkan lidah lagi tergigit kata P.Ramlee. Haa..satu lagi bukan hubungan suami dan isteri je kena jaga tapi hubungan denga keluarga, ipar duai pun sama. Bak kata ayah aku, "biar orang buat kita, jangan kita buat kat orang" (which is until now pun aku tak dapat terima sepenuhnya...hahaha ;p

Kalau boleh, kahwin awal tu memang lah banyak kelebihan dia. Dari sudut kesihatan, dikatakan ibu mengandung yang lebih berusia terdedah kepada beberapa komplikasi semasa bersalin. sebab tu dulu2 orang kahwin awal. Walllahu'alam. Bukan semua orang melalui pengalaman yang sama. Semua ada bahagian masing2. Ada yang kahwin awal lepas beberapa bulan cerai, ada yang kahwin awal dan bahagia, ada yang terpaksa melalui pengalaman cinta yang pahit sebelum berkahwin.Ada yang berkahwin atas pilihan keluarga tanpa bercinta- orang kata bercinta selepas kahwin gitu (sweet sangat kan?)

Kita cuma merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya.Memang lah semua nak dipercepat kan jodoh dengan calon yang beriman, kalau boleh nak bercinta selepas kahwin, dipermudahkan mendapat zuriat tapi bukan semua orang dapat apa yang kita nak. Itu lah kehidupan. Jangan pulak kita memperlekeh orang yang belum berkahwin, mungkin dugaan mereka lain.kaan kaan?

Aku sebenarnya kagum dengan bloggers2 ni. Sudah lah cun pastu perjalanan cinta dieorang memang mengkagumkan... 

1. Sweet love story of Dena Bahrin
Belog Dena Bahrin (cucu kepada Seniwati Datuk Sarimah Ahmad).

Ni kisah cinta dieorang...sweet kan? Berkahwin pada usia muda. Bercinta selepas kahwin..mcm fairy tales...

Gambar ehsan dari blog Dena sendiri;


The Drifter 
Comeyy sangat anak dia nama Saif ni :)


2. Irine Nadia Marcello

Gambar ehsan dari blog Irine yang comel;
 



3. Kisah Cik Namee
Sweet and simple Cik Namee ni dgn laki die. Mencabar sungguh perjalanan cinta dieorang... =)



Wow! sejujurnya sangat happy dengan mereka. Alhamdulillah... Sekarang ni memang dok follow blog2 dieorang. Amik aura sikit ;p (hahaha)...tapi yang aku perhatikan, mereka ni cukup positif dan mataang, maka tak hairan lah parents dieorang yakin dan merestui mereka berkahwin dalam usia muda. Yer laa, mom and dad knows better right? Taapi pada adik2 di luar sana tu, tepuk dada, tanya lah diri sendiri. Bersedia atau tidak? Sebelum berkahwin ni carilah ilmu2 dahulu untuk memperlengkapkan diri di kemudian hari yer. (chewah2 ;p)


tataaaa....love you =)


No comments: