3 Jul 2014

Cerita tentang plaster ceilling, lampu, kipas, wiring dan kain langsir rumah


Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Selamat berpuasa buat Muslimin muslimat! pejam celik dah bertemu semula dengan Ramadhan.
Sama2 lah kita mencari keberkatan bulan yang mulia ini. Moga kita semua mendapat kebaikan dari bulan Ramadhan. Ameen...

Nak cerita pasal update rumah sebenarnye...dah lebih kurang tujuh bulan berhempas pulas untuk rumah. Memang entri ni edisi bumper and special sebab semua cerita gabung sekali -plaster ceilling -lampu & kipas-wiring -kain langsir rumah

Fuhhh.... nak warning, entri yang panjang nih.Sedia untuk baca?? OK, 1,2,3.....Mula!!! =)

Entri sambungan dari sini ;Rumah ohh rumah- Pengalaman sebelum dan selepas dapat kunci =)

Entri
Throwback time:

Gambar rumah yang masih dalam pembinaan (Dec. 2012 - Dec 2013):
Masa ni sibuk uruskan dokumen2 bank, insurans, lawyer, SnP dan sebagainya.
Memang perit turun naik pejabat orang.
Lagi2 bank yang kami berurusan tu di Negeri 9.
Alhadulillah urusan2 dan rintangan kami redahkan juga sampai akhirnya semua settle.
Fuhh...

Rumah penuh dengan simen dan batu konkrit lagi. Masa ni selalu la jenguk2 rumah walaupun tak siap lagi tapi memang rasa terpanggil-panggil nak p tengok ;P
 
 Tadaaaa... dah dapat kunci, yeay! gambar dari balkoni rumah (Jan. 2014)

 Maka bermula lah kisah makeover Baiti jannati kami...

Bismillahirrahmanirrahim~
Mula2 dapat kunci tu terus macam pening kejap. Macam2 rasa ada: gembira+sedih+terharu+macam belacan :p. Mana tak nyer, pemaju kata rumah siap bulan 6, tapi tiba2 bulan Januari dah dapat surat suruh ambik kunci.
Bukan apa, nak keluar belanja untuk rumah baru kan memang banyak belanja.Mungkin aku jer kot yang rasa sesak nafas memandangkan fulus mengalir macam waterfall (amik kaw perumpamaan gitew)..fuh fuh fuh * tarik napas dan hembosss

Mula2 list kan dulu benda2 yang perlu:

Checklist nak masuk rumah baru:

Bayaran permulaan
  • Kos amik kunci (kena bayar denda2 tertunggak kpd pemaju)
  • Cukai pintu (dapat surat dari pejabat tanah suruh bayar certain amount)
  • Security Guard (bayar kepada persatuan penduduk yang dilantik di kawasan rumah)
  • Api / Air (bayar TNB dan Syabas untuk permohonan api dan air)


a) Wiring (kerja2 penambahan plug elektrik, pasang lampu downlight dan kipas)
dan pemasangan Plaster ceiling rumah 

Memandangkan ada plug2 elektrik yang tak cukup, contohnya di bahagian dapur ada 2 plug jer...kau bayangkan, pemaju bagi 2 plug jer kat dapur!! urghh...aku bayangkan: satu untuk peti ais, satu lagi guna untuk hob dapur.....apa yang tinggal?? aaaa..... sebab kat  rumah mak, aku selalu jer kena "short circuit" a.k.a renjatan elektrik sebab guna extension plug, maka aku amik keputusan untuk tambah plug elektrik bagi menjamik keselamatan dan kesejahteraan orang rumah :p kihkih

Macam mana kami dapat contact kontraktor? haa, meh sini nak cerita....nasib baik persatuan penduduk aktif dan ada FB, semua list kontraktor yang pernah buat rumah jiran semua ada. Dari situ ler kiteorang dapat contact die.So far, kerja Ah Chong ni kemas dan memuaskan macam di katakan orang ramai.

Sebenarnya, tak fikir pun mula2 nak buat Plaster ceiling nih... Pada aku, plaster ceiling tak penting sangat pon cuma rumah kami tu memang dah ada plaster ceilin.
Kebetulan kontraktor yang buat wiring buat plaster ceiling sekali, so kami dapat harga yang tak cekik darah buat wiring and plaster ceiling. Jadi, projek plaster ceiling is ON. Kami ambil khidmat Ah chong kontraktor & kawan2.Tambah pulak, jiran2 yang dah buat dengan die memang recommend sebab hasil yang memuas kan. 
Ah Chong ni buat rumah di sekitar Sepang, Pajam dan kawasan Nilai.

**sebelum ni tak tau terma yang orang guna, lepas tu baru tau design L-box untuk plaster ceiling tu macam mana ropanyer...huhu... 
** saiz lampu downlight baru ku tahu ada macam2 saiz dan design... pilih2 mana berkenan

Satu nak cakap, Ah Chong punya kerja kemas woo... tapi lepas pasang plaster ceiling rumah memang berhabuk sangat. huhuhuk.... part post-pasang plaster ceiling tuuuu alahaiiii trauma tau! 
Bab mencuci tu sakit sikit laaa :p (abai kan jika anda rajin mengemop mungkin tak terasa sangat kelelahan die :p )


*Owh ya, kipas dan lampu beli di Houses Lighting, Puchong. Tempat kesukaan ramai. Memang sesak dengan orang datang. Kalau nak pergi sana, kena pagi2, seelok2 nya hari bekerja. tapi kalau tak boleh cuti macam kami ni, sebelum kedai bukak dah terpacak depan kedai...tu pun masih ramai orang lagi... huhu...redah ajer...

 Hasil nyer.....

 
Tadaaaa...sebulan siap! Lbox yang belah kanan, kiri design jalur2 (tiru majalah)



  Hasil tangkapan kat House of Lighting




  Design plaster ceiling L-box. lampu downlight amik kaler putih, lampu kat dalam L-box tu guna lampu T5 warna warmth light (tak kuning sangat... Kaler T5 ada macam2, kalau nak biru, pink or hijau pon boleh, ikut selera masing2

Tips pilih downlight:


  1. Ada jenis LED dan MENTOL... Kami pilih mentol jimat elektrik sebab senang penyelenggaraannye (pada kami lah)..lagi pun macam susah jer nak tukar lampu LED kalau terbakar. Kena tukar semua part LED compare kalau guna mentol, tukar mentol ajer..Ada pro and cons untuk kedua2 pilihan ni... so far ok jer pakai mentol nih. Mentol ni tanya kat House of lighting yang berkualiti punya...sebab ada je pilihan yang lebih murah cuma org kedai tu tak rekemen laa sebab senang tebakar.
  2. Pilih yang jimat tenaga (energy saving) sebab boleh jimat elektrik dan kurang haba
  3. Pilih Watt (kuasa) yang bersesuaian. Berapa lampu yang diperlukan untuk kawasan.
  4. Tentukan pattern cahaya mengikut bilangan suis. Kalau ada 6 bijik lampu untuk 2 suis elektrik, maka satu suis tu untuk bukak 3 lampu sekaligus. Maka kena tentukan sama ada nak buat pattern "V"/Bersilang atau jenis Lurus. selalunya V/bersilang lah...bukak satu suis kalau tak de orang..boleh cover kawasan luas sikit and jimat elektrik
  5. Pilih saiz downlight yang sesuai. Kalau lagi besar saiz nye, lagi luas capahan cahaya. (utk maklumat saiz, korang consult orang wiring/kedai tu)
___________________________________________________________________________________________

Lepas tu kami berhibernasi kejap dari kerja makeover rumah sebab fulus dah kering -_-"
time ni laaa nak cuci2 rumah yang berhabuk2 tu.. every weekend datang untuk cuci habuk2 degil tuh.
Memang resam rumah baru memang banyak ler habuk2, lebih2 lagi yang baru buat kerja2 makeover. Sampai terbawak2 mimpi kau! siap mengigau mop2 lantai...sampai gitu sekali trauma cuci rumah baru ni...memang kelakar habis bila ingat balik...kihkih


b) Grill rumah

Langkah seterusnya adalah grill... Orang yang buat grill ni kami ambil contact die dari MIL. sebab die pernah buat rumah MIL and barang yang die guna memang berkualiti, so MIL suggest amik dengan die jer..
So Grill rumah buat dengan Micheal dan Ah Keong, dua sekawan yang sangat2 serasi buat kerja, sorang kuat bebel, sorang pendiam sangat... Ngam ho! Ni la hasil die...design yang simple jer...powder coated ni ada dua jenis, kami pilih kaler kelabu, permukaan finishing menggerutu sikit sebab kalau yang permukaan finishing licin dan warna putih, orang kata senang calar/kotor.Tapi ikut selera masing2 la kan...grill warna putih memang trend sekarang. Mula2 risau jugak hasil nya, alhamdulillah bila dah siap memang puas hati.

Update 2015: disebabkan oleh ramai pertanyaan tentang no. contact org grill ni, saya just attached kat sini : no. ah keong: 0166621986. No. ni yang latest punya. ah keong dah tukar no.


 Grill kat bahagian pintu buat penuh sampai ceiling, konon2 macam lebih selamat ler buat rak kasut kat dalam grill.. owh gambar grill tempat sampah dan meter elektrik & meter air tak amik pulak. tapi die buat kemas ler.
 __________________________________________________________________________________________


c) Langsir rumah

 Sebelum pasang langsir, memang laaa nampak togel jer rumah pastu panas sebab cahaya matahari masuk dengan galak nyer dalam rumah... Lepas buat grill, kami laki bini relax jer dulu...maklum laaa, memang nak pasang langsir pun harga kos nya sama dengan pasang grill! betul. uhuk2..buat slow2 and steady kata orang...

Orang langsir ni kawan kepada orang yang buat grill. Kedai die kat Home Art, Kota Kemuning. Servis die memang professional...Mr Hon (isteri die sekali) akan FOC datang ukur kalau confirm nak ambil langsir dengan die. Yang bagus pasal Mr Hon ni, die ukur memang accurate (laa dah memang job die kan?). cantik jer jatuh terletak langsir....
mula2 tu memang laa nak buat eyelet langsir laa renda2 bagai, tapi ongkos nya tak cukup nakk oii... last2 lepas revise quotation 3 kali, kami sepakat pasang rail langsir besi biasa je takde jenis rod, mahal kosnyer (tapi powder coated punyer, jadi tahan karat), kain langsir pilih yang sale (clearance sale, harga asal RM20/meter jadi setengah harga). Kami amik langsir day and night.

:::::::::formula PENTING::::
*Kos Pasang Langsir = Harga rail langsir+harga kain langsir+upah pasang track dan langsir+upah jahit langsir

Ni langsir kat ruang tamu kaler kelabu
Langsir kat ruang tamu ni memang sengaja pilih kaler kelabu pastu yang langsir siang (jarang) tu amik kaler cream.


Kat master bedroom amik kaler coklat gelap nak matching dengan "Future" katil..  berangan dulu sekejap :p
Yang ni pulak master bedroom tingkap corner

Dua bilik kiteorang pasang langsir IKEA jer sebab tingkap tu standard size. Jadi beli langsir pasang siap memang boleh jimat banyakkk sangat...... Masa orang pasang grill rumah tu, kiteorang siap ukur pastu tanda siap2 tempat yang nak drill lubang pasang rod tu. Lepas tu pasang sendiri langsir.....
Scroll down for the results ;)

>

>

>

>

 

DIY Pasang Langsir IKEA

RÄCKA/HUGAD Double curtain rod combination IKEA You can combine two layers of curtains, one thick and one thin, using the double rod.NINNI TRÅD Net curtains, 1 pair IKEAWERNA Block-out curtains, 1 pair IKEA


You need:
1. Rod : Double curtain rod combination, black (RÄCKA/ HUGAD)
2.  Night Curtain : Block-out curtains, 1 pair, dark lilac (WERNA) 
3. Day Curtain : Net curtains, 1 pair, white (NINNI TRÅD)

Tadaaaa....ni ler hasil nyer pasang sendiri langsir (:

                                                                                                       


What a longgggg entry pasal rumah jerr.....sekarang ni berhibernasi kejap.... nak beli sofa and meja makan mungkin lepas raya kot, tak sure lagii bilaaaaa.....
slow2 & steady... 
kabinet dapur tak buat lagi...yang tu KIV dulu lah....
tunggu ekonomi stabil balik...

Ok laaa kalau korang nak contact2 orang ni bgtau.. memang kerja dieorang kualiti laa.... tu pun aku kira satu rahmat ler tu... dengan duit tak seberapa, ada juga rezeki kami nak buat kerja2 untuk rumah ni...Alhamdulillah...

Ok, Tata...

see you next entry, InsyaAllah.

13 Jun 2014

Re-use/ recycle oranizing tips

 p.s: random gambar kucing saya, Oyen (muka dia tak relaa/mogok kena peluk2 sebab die lapar)

  Hellooooo =)

Just a random post on lovely Friday!! Yes it's Friday!! Finallyy -_-"
Selalu nya hari Sabtu and Ahad rasa kejap jer kan? 

Rasa kejap jer masa berlalu. Rasa macam tahun lepas baru jer hari raya....tup tup tnggal 16 hari jer nak Ramadhan.
Moga Ramaddhan ni sama2 la kita ambil waktu untuk berkejar2 perkara yang sunat (yang wajib tu memang wajib ok ;)


BTW, Nak kongsi beberapa tips yang menarik tentang re-cycle barang2 yang selalunya dibuang ke barang yang berguna...

haaa.. jom2 tengok.

1. Kotak Tic Tac recycle jadi tempat letak riben

Tic Tac Ribbon Storage
senang hidup kalau banyak sangat riben2 yang bersepah2 tu. bila dah buat macam ni, nampak la tersusun and kemas. pastu senang nak guna kan?

2. Tray bakery tempat letak barang2 kecik


Muffin Tins Come in Handy 
 Kalau yang rajin buat kraf tangan atau kerja2 seni ni, banyak barang2 kecik (manik2, klip, reben etc)
So boleh laa kemaskan meja workstation tu dengan cupcake punya tray ni. Ada kat kedai sampai 16 lubang pun ada =)

3. Wayar2 charger berserabut/berselirat? Gulung2 lepas tu letak dlm jar macam ni...cantik kan?
Untuk charger phone, guna clip hitam tu untuk hold wire charger tu, tak payah la terbongkok2 carik wayar charger kat lantai kan? sukaaaa =)

Homes Organisation: Homes Organsiation Feature: Computer leads and phone chargers

 4.Guna tin susu untuk buat simpan barang macam ni:

Reusing Paint Cans

 Berguna kan kalau ada banyak peralatan tulis ker..takde la bersepah...boleh jugak guna ni untuk simpan berus makeup, lipstik, etc.

____________________________________________

Well, minggu ni banyak hal kena selesaikan. Hopefully all went well for us. and Happy ending too...
Susah hati kalau hal2 famili matters ni... memang doakan yang baik2 jer...
Huhuhu...
till then...

tata!!


=)



23 May 2014

Kahwin awal ke Kahwin lewat??


Halloooo!!

Saja2 jer pos pasal isu kahwin muda nih. hahaha...memandangkan sekarang trend kahwin muda ni satu topik yang hangat, so why not I'm sharing bit bitsy of my thought here =)

Seblum mengupas isu ini dengan lebih lanjut, aku nak tanya:

“Kenapa nak kahwin?” "Apa tujuan nak berkahwin?"


Kalau jawapan korang lebih kurang sama macam ni:
 

Wanita “Nak ada orang jaga aku, manjakan aku, timang-timang aku….”

Lelaki “Nak ada orang jaga pakai minum aku, basuhkan baju, bla bla bla….”


--TEEETTT! Salah di situ yer. Jawapan tak tepat. Kena gali lagi (bab kata Ogy Ahmad Daud)

Aku rasa bila cerita bab kahwin jer semua nak yang indah2 belaka, kadang2 sampai terlupa apa tujuan sebenar perkahwinan itu. Indah nya Islam itu dengan mengangkat martabat wanita - dengan lafaz Akad, maka dihalal kan lelaki dan wanita hidup bersama. Indahnya Islam itu, telah digariskan peranan lelaki dan wanita yang berkahwin terhadap tanggungjawab masing2.

Untuk renungan bersama:

Tujuan berkahwin mesti kerana Allah semata mata dan mesti ada falsafah rumah tangga. Untuk taat kepada Alah pun rumit dan sukar sedangkan Allah maha kaya , cantik pun susah. Apa lagi kalau nak taat pada suami dan isteri yang taklah seindah Allah. Suami isteri sayang semata kerana Allah banyak hal yang selesai. Dr Azahar- Semanis kurma
Nabi Muhammad SAW sendiri pun tidak pernah memaksa umatnya berkahwin awal, yang disuruh nabi adalah bagi individu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin untuk menutup pandangan dan mengelakkan zina. Tetapi bagi yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa untuk menahan nafsunya

Sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan, kena muhasabah diri dahulu sama ada kita mampu atau tidak memegang tanggungjawab suami dan isteri. Fizikal dan mental kena bersedia. Memang lah tengok orang kahwin jer, kita eksited berangan (tuu aku bagi contoh aku sendiri huahuahua). Kalau boleh, nak kahwin time2 tu juga (perumpamaan sendiri ;p)

Selamat dua tahun hidup berumah tangga, tipuu lah kalau aku kata semuaa manisss je. Kalau bergaduh manja2 tu biasa laa kaan. Sedangkan lidah lagi tergigit kata P.Ramlee. Haa..satu lagi bukan hubungan suami dan isteri je kena jaga tapi hubungan denga keluarga, ipar duai pun sama. Bak kata ayah aku, "biar orang buat kita, jangan kita buat kat orang" (which is until now pun aku tak dapat terima sepenuhnya...hahaha ;p

Kalau boleh, kahwin awal tu memang lah banyak kelebihan dia. Dari sudut kesihatan, dikatakan ibu mengandung yang lebih berusia terdedah kepada beberapa komplikasi semasa bersalin. sebab tu dulu2 orang kahwin awal. Walllahu'alam. Bukan semua orang melalui pengalaman yang sama. Semua ada bahagian masing2. Ada yang kahwin awal lepas beberapa bulan cerai, ada yang kahwin awal dan bahagia, ada yang terpaksa melalui pengalaman cinta yang pahit sebelum berkahwin.Ada yang berkahwin atas pilihan keluarga tanpa bercinta- orang kata bercinta selepas kahwin gitu (sweet sangat kan?)

Kita cuma merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya.Memang lah semua nak dipercepat kan jodoh dengan calon yang beriman, kalau boleh nak bercinta selepas kahwin, dipermudahkan mendapat zuriat tapi bukan semua orang dapat apa yang kita nak. Itu lah kehidupan. Jangan pulak kita memperlekeh orang yang belum berkahwin, mungkin dugaan mereka lain.kaan kaan?

Aku sebenarnya kagum dengan bloggers2 ni. Sudah lah cun pastu perjalanan cinta dieorang memang mengkagumkan... 

1. Sweet love story of Dena Bahrin
Belog Dena Bahrin (cucu kepada Seniwati Datuk Sarimah Ahmad).

Ni kisah cinta dieorang...sweet kan? Berkahwin pada usia muda. Bercinta selepas kahwin..mcm fairy tales...

Gambar ehsan dari blog Dena sendiri;


The Drifter 
Comeyy sangat anak dia nama Saif ni :)


2. Irine Nadia Marcello

Gambar ehsan dari blog Irine yang comel;
 



3. Kisah Cik Namee
Sweet and simple Cik Namee ni dgn laki die. Mencabar sungguh perjalanan cinta dieorang... =)



Wow! sejujurnya sangat happy dengan mereka. Alhamdulillah... Sekarang ni memang dok follow blog2 dieorang. Amik aura sikit ;p (hahaha)...tapi yang aku perhatikan, mereka ni cukup positif dan mataang, maka tak hairan lah parents dieorang yakin dan merestui mereka berkahwin dalam usia muda. Yer laa, mom and dad knows better right? Taapi pada adik2 di luar sana tu, tepuk dada, tanya lah diri sendiri. Bersedia atau tidak? Sebelum berkahwin ni carilah ilmu2 dahulu untuk memperlengkapkan diri di kemudian hari yer. (chewah2 ;p)


tataaaa....love you =)


22 May 2014

Rumah ohh rumah- Pengalaman sebelum dan selepas dapat kunci =)

Hello semua ^_^
Rujuk Link

Keputusan nak membeli rumah bukan sesuatu yang mudah. Tambah, kami laki bini ni baru jer setahun jagung 'bekerja'. Lebih kurang setahun kawin, kami pun start survey2 rumah. Iyerlah memang terasa nak ada rumah sendiri, ada famili sendiri (huahuahua). Duduk rumah PIL memang best tapi tipu laa bila tak rasaa perasaan nak duduk rumah sendiri tu membuak2

Sebenarnya setahun selepas kawin, dah ke hulu ke hilir carik rumah. Asal kan ada ekspo rumah atau pameran je sure berbondong2 laa kami pergi. Penat tu tok sah cerita lah... memang nak fengsan..nak2 lagi harga rumah memang kaw-kaw tinggi...
Alhamdulillah di salah satu eskpo rumah di Shah Alam, lepas tengok miniature rumah, suami pun macam berkenan. Aku ikotkan ajer. eksited terlebey ;p Pastu kami pergi galeri jualan pemaju tu terus booking.

Bermula bayar duit booking, pastu berpeluh-peluh jugak la nak keluar duit bayar deposit- duit kwsp la the savior! Bertatih tatih la jugak nak membayor nye. maklum la 10% dari harga rumah bukan sikit. Tapi demi nak memiliki rumah sendiri, usaha kan jugak laa..

Dari situ, sign SnP pastu banyak la prosedur nya... ulang alik jugak nak settle kan semua.
Bagi yang akan beli rumah atau pun dan membeli rumah, mesti rasa perit nya  tempoh nak tunggu loan approve ni. Alhamdulillah, loan kami lulus.

Nak diikutkan, banyak pengalaman pahit yang kami lalui sebelum merialisasi kan impian rumah idaman kami. Dugaan nya hanya Allah yang tahu. Mujur ada famili2 kami yang support bagi sokongan moral, masa nak sign SnP pun dieorang datang check perjanjian tu...tawakal kepada ALLAH setiap yang berlaku harap dipermudahkan urusan kami.

Tujuan aku menulis ni pon bukan mahu nak berdrama jauh sekali nak menunjuk2 tapi moga apa yang berlaku ni jadikan pengajaran kalau nak membeli rumah nanti ye.

 
Kisah 1: Bank/ Pemaju menganiya pembeli rumah:
Adoooii...  Bab2 urusan bank yang-tah-ape-ape dah selesai Sapa2 yang pernah membeli rumah akan tahu tipu daya bank ni, semua hidden charge, sempurna dan cantik je sebelum sign apa2 taaapi bila dah confirm nak ambil loan dengan bank berkenaan, mula la nampak tanduk sekor2. 

Kami didenda oleh pemaju sebab pihak bank lambat release payment. Bila tanya pihak bank, boleh pulak cakap yang borang insuran rumah kami lambat diproses sebab pending bahagian insurans. Setiap hari call bank suruh cepatkan urusan proses borang insurans tu tapiiii cheet! takde sapa pihak bank kisah pon. By the end, kita sebagai end-client ni kena bayar denda oleh pemaju. 

Bila call sales person (yang approach kami sebelum beli rumah), memang la kata "ya..ya, bisa diatur, yada yada bla bla" tapi satu tindakan pun tak di ambil. Last2 kami pon bayar lah jugak kaaan..kalau tak, kunci tak boleh ambil.Kau bayangkan lewat satu hari bank lambat bayar kepada pemaju, 10% denda kena tanggung oleh pembeli rumah. Tak ke menganiaya orang tu? Pastu kami ambil inisiatif sendiri buat surat rayuan kepada pemaju, alhamdulillah denda tu dikurangkan dalam 30% (sahaja). Tu pun pemaju ambil kira bukan salah pembeli rumah tapi pihak bank lembap nak proses borang2 requirement. Yang buat kerja2 tu orang Muslim, tahu dosa pahala taapi sanggup buat perkara2 yang menganiaya orang ni. Sesungguhnya doa orang teraniaya tu lebih makbul. Moga orang2 terlibat mendapat hidayah atau sekurang2 nya rasa berdosa dan insaf.

Rupa2 nya raaamai lagi pembeli kena taktik yang sama. Semuaa kena dendaa...memang frust sangat tapi memikirkan Allah itu maha Adil sedikit sebanyak dapat la mengurangkan sakit hati ni.

Lepas bayar denda, kunci rumah diserahkan kepada kami setelah dapat surat yang mengatakan kunci rumah sedia diambil dan CF dah diluluskan oleh pemaju. Memang happy sangat.
  

Kisah 2: Dapat kunci rumah

Dah dapat kunci terus pikir nak buat apa. Pemaju bagi borang 'defect' untuk kami isi. 
Disebabkan oleh kekangan masa, entri berkaitan defect terpaksa diskip (huahuahua) taaapii aku bagi link entri2 bloggers yang boleh dijadikan panduan;

Entri 2: http://vanillapink3113.blogspot.com/2013/03/our-castle-defect-checking-sebelum.html 

Check list for house defect: https://forum.lowyat.net/topic/385900/all:

1) Marker Pen
2) Masking Tape
3) Measuring Tape
4) Spirit Level
5) Torch Light
6) Stool
7) Digital Camera

Penat memang penat lerr...tak terkataa penatnya tapi pada masa yang sama gembira dan syukur jugak. Setiap minggu, memang pergi ke rumah untuk selesaikan satu-satu perkara. Bila dapat kunci jer, 'the mission is ON ;p' Memang setiap hari sabtu dan ahad sure "melawat kawasan"...rasa rindu jer setiap kali tak pergi, agaknya tu la perasaan bila dah ada anak nanti (apekaah kaitan?haha ;p)


Kisah 3 : What's NEXT?

Bila dah isi borang defect, pemaju hantar orang baiki. Banyak jugak defect - dinding rekah, tiles tak cukup simen dsb. (tu sebab rasaa penatt sangat hati ni..lelah betul). 

gambar sekadar hiasan google:

Baru-baru ni kami buat wiring (sekali pasang lampu+kipas+tambah point) dan plaster ceiling. Jadi kami upah orang yang sama jer pasang semua (senang cerita). Memandangkan rumah tu jenis dinding tinggi pastu dah siap ada plaster ceiling (tapi bukan semua bilik ada). Cuma tinggal tambah design aja plaster ceiling tu.

Lampu + kipas so far yang paaling harga berpatutan Houses Lighting Puchong. 
Banyak brand and design ada. Cuma kena upah pasang je la...kedai tu jual tapi tak pasang kan (sebab tu harga murah kot?) Oh ya, sales promoter yang helpful sepanjang 6-8kali kami ke situ namanya Helen. Dia sangat membantu. Kalau uols ke sana, boleh carik dia. Tak dapat bayangkan pekerja yang kerja kat kedai lampu tu. Orang ramaaai sangat. Lunch pon makan roti aje dieorang. Kalau nak datang, kena awal2 ataupun week days time orang kerja bagi mengelakkan sesakk. boleh pening mak ;p

Ok la... next will update again about the house. Buruk2 mana pun Baiti Jannati, Rumahku adalah surgaku. Banyak mana pun rintangan diaaa, insyaAllah akan diredah. Moga2 ada rezeki kami yang "lain" lepas ni =)
Doakan semoga semua nya lancar ya! Ameen!






19 May 2014

Update =)


Hello semua =)

Dah lama tak blogging. Banyak cerita nak diceritakan tapi peram saje .. hahaha..kemalasan melanda diri ;p


Latest update: Alhamdulillah, tahun ni dapat kunci rumah dari pemaju. Tak pernah terfikir boleh duduk rumah sendiri. Maklum la dah 2 tahun jugak duduk dengan keluarga mertua. Alhamdulillah juga ada rezeki kami nak pasang lampu dan beli peralatan rumah sikit2. Itu pun kebetulan penyerahan kunci tepat2 time bonus keluar. Beli rumah dan nak masuk rumah, memang banyak belanjanya. Tambah pulak me and my husband ni baru bertatih setahun jagung lagi. Memang terasa beban nak beli barang2 rumah. Mana nak beli perabot murah, nak beli lampu murah dan sebagainya. Semua mesti budjet. Tu pun beli sikit2 yang perlu. Macam2 'hajat' dan 'kehendak' di hati ni, tapi sebab budjet punya pasal, redha ajer bab2 berbelanja. Bila mengenangkan orang yang tak berumah, cepat2 beristigfar banyak2. Memang banyak rahmat dan nikmat Allah terhadap hambanya ini. - Nikmat hidup -nikmat makan -nikmat tidur dsbnya. Ikut nafsu dan kehendak hati memang boleh binasa jadinya.

Owh, dalam sedar tak sedar dah 2 tahun jadik isteri orang. Belum ada rezeki lagi bergelar "ibu". Harapan tu ada tapi Allah tak beri lagi. Mungkin rezeki lain yang diberi dulu.


InsyaAllah doa tu tak putus2 untuk mendapatkan zuriat sendiri. Orang keliling pun dah cerdik akal dan tak tanya benda2 yang sensitif. Kami berdua laki bini dah lali kalau ada bertanyakan hal anak. Memang tak ambil hati sikit pun kalau ada yang tanya "dah ada anak ke?" Cuma kadang2 tak tau macam mana nak jawab bila orang tanya, "kenapa belum ada anak lagi" (ni soalan mak jemah kaan?) senyum jer laa yang termampu tapi sikit pun tak ambil hati. Cuma boleh jawab, "Allah belum beri rezeki lagi" dan mintak orang yang bertanya tu pun turut sama berdoakan kami jugak.

Semua yang terjadi adalah qada' dan qadar Allah. Yakin yang Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka.

Semuanya berbalik kepada Niat dalam hati masing-masing. Memang mencabar menjaga seketul daging bernama "hati".  Bila mana Allah tidak beri apa yang hati kita mahu, mula laa berpikir macam2.

Selalu berbisik perlahan dalam hati (konon2 pujuk hati);
 

"Bila Allah tidak beri apa yang kita mahu, sebenarnya Allah ingin menunjukkan kepada kita apa yang kita perlu, lebih daripada yang kita mahu, kerana hanya Dia yang Maha Tahu".

Tipu la bila cakap hati ni tak memberontak. Tapi cepat2 sedar diri dan teringat Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
"We are what we think". Kalau positif, insyaAllah kita dapat yang positif jugak. Kalau kita pikir negatif, memang pandangan kita semuanya tak kena. Mula laa macam2 pikiran yang bukan2 mengganggu emosi. Tu yang kita tak mau kan? Semua yang berlaku dalam hidup ini memerlukan kesabaran. Memang senang untuk berkata tapi amat susah untuk hati ini menerima kenyataan yang pahit. Cuma perlu pujuk hati elok2, dan yakin setiap orang dijanjikan rezeki masing2.

Beberapa point yang kadang2 kita ter'lupa' (untuk peringatan diri sendiri):

  • Badan selim molim atau sihat bukan bermakna boleh berlagak dan dengan angkuhnya beranggapan orang gemuk tu tak jaga kesihatan, tak jaga makan, maka senang dapat penyakit.Kita tak tahu bahagian kita. Ajal maut, rezeki, penyakit semuanya ditentukan Allah. Cuma kita perlu menjaga anugerah yang Allah berikan kepada kita,
  • Orang yang 'berharta' bukan bermakna boleh pandang hina orang miskin atau golongan bawahan dengan beranggapan orang yang kekurangan harta benda tu dasar pemalas dan tak pandai nak bisness/cari duit kononnya. Allah beri kan kita nikmat rezeki untuk kita membantu sesama manusia, bukan untuk diri sendiri sahaja.
  • Orang yang ada anak bukan bermakna boleh riak dan bangga kekuatan batin dengan orang yang belum dikurniakan zuriat. Tidak ada satu ayat pun daripada Al-quran yang Allah janjikan setiap orang yang berkahwin itu dikurniakan anak. Ia rezeki masing2. Sensitif lah terhadap perasaan orang lain. Kadang2 mulut kita ni laju je nak meng komen2 sampai kan lupa sesitiviti hati orang lain.
Semuanya berbalik kepada hati. Pujuklah hati untuk redha dan tahu nikmat bersyukur kepada Allah. Sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui terhadap sesuatu.