5 Nov 2012

Bercakap soal Anak~

Haloo semua bloggers and my friends,

How's your Monday?
Moga2 semua nya ceria2 selalu..
 Hari ni nak kongsi Doa untuk mendapat zuriat.
Moga segala usaha dan doa akan diperkenankan oleh Nya.



PERTAMA


PENGHULU ISTIGHFAR..Istighfar biasa kena amalkan 100 - 1000 kali dalam 1 hari, penghulu istighfar eloklah diamalkan selepas solat fardhu dan sunat, sebelum berdoa..

 (Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau)


KEDUA
Surah Al-Imran ayat 38


KETIGA
Surah Al-Anbiyaa' Ayat 89


Sebenarnya kedua2 surah di atas adalah Doa Nabi Zakaria semasa memohon kepada Allah untuk dikurniakan zuriat.

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil. http://scaniaz.blogspot.com/2012/02/petua-mudah-mengandung-dari-tanyalah.html

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji

2. Kemudian,buang biji kurma tu

3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing

4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.

5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.

6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi

*****Penantian itu sesuatu yang indah dan memerlukan kesabaran yang tinggi*****