24 Oct 2012

Tips berjimat cermat: Touch N Go


Salam dan halloo semua bloggers and readers!
Hari ni I nak kongsi TIPS BERJIMAT CERMAT cara berkhemat :D

Mungkin ada yang dah tahu tips ni sebab cara rebate ni dah diperkenalkan dari tahun 2009 lagi. Ok, kalau dah tau tak apa, cuma hari ni rasa nak share tips ni kepada sesiapa yang berkenaan terutamanya kepada sesapa pengguna highway yang tegar dan setia seperti ehem2 (termasuk yang tengah tulis entri ni :P ),

Kalau Uols selalu bayar TOL, ada cara nak jimat 20%  (hanya pengguna kad Touch N Go sahaja, kalau bayar cash tak dikira). So, sapa2 tak ada kad lagi tu, boleh la beli lepas ni sebab banyak kelebihan dia.

Macam mana nak save 20% tol?  Kalau Uols dah guna/swipe lebih daripada 80X (Touch N Go), ada diskaun rebat sebanyak 20% dari jumlah keseluruhan penggunaan.

Contohnya, bila penggunaan dah RM100 (syarat >80X swipe kad TNG), Uols boleh claim rebate sebanyak RM20. Jumlah rebat ni akan dimasukkan terus dalam akaun kad TNG Uols.

Syaratnya, daftar kad TNG kat website ni: https://privilege.touchngo.com.my/ :

1) Klik First Login



2 ) Daftar dan lengkapkan borang dan klik SAVE


3) Nanti dia akan create satu akaun. Dalam akaun ni semua penggunaan kad TNG direkodkan (versi e-statement). So, Uols dapat monitor la penggunaan kad untuk tiap2 bulan...extra lagi, Uols boleh tau baki kad semasa dan jumlah claim rebate.


Selain dari rebat 20%, ada promotion sekarang nih...
  • 5% toll rebate untuk penggunaan lebih daripada RM100/month
if penggunaan kurang daripada RM100/month,
  • Uols dapat mata terkumpul (point PLUSMiles): 1000 Mata ganjaran = RM 10 Tambah nilai percuma
Ok, banyak yang boleh jimat tau kalau daftar TNG. Uols boleh pergi ke website PLUS untuk info lanjut :D

Apa tunggu lagi! Jom berjimat!

P/S: ni bukan iklan TNG yer...just nak share maklumat dan tips! Ikhlas dariku pengguna PLUS highway yang setia :p


No comments: