18 Oct 2012

Persedian sebelum majlis kahwin (belakang tabir)

Salam semua bloggers!

Lately memang jarang update blog.
Sebab musababnya adalah I baru jer start kerja kat tempat baru.
Alhamdulillah rezeki orang kahwin kot (ayat typical org sebut  ;p)
Ramai kawan2 B2B yang dah kahwin and ada jugak yang dah pregnant.. Congrats korang!

So, berbalik kepada cerita entri kali ni, blog ni ditulis suka-suki jer, maka susunan cerita kawin pun tak betul. I dah buat review tentang majlis tapi tak buat kisah disebalik tabir before majlis kawin..
hehe...maybe lepas ni kalau I rajin I buat link yg ikut susunan so senang kepada sesapa yang nak refer kan? 

I rasa nak blog pasal kisah disebalik tabir ni sebab post-mortem belakang tabir majlis kawin ni paling syiok...
sebab U will be expecting a lot of dramas :p (LOL!)  gurau je...takde drama pun just the moment tu memang takkan lupa sampai bila2! very sweet and meaningful..

Ok, banyak gambar2 kazen I ambil. Dia memang rajin amik gambar. Gambar dia pun memang kandid2 and memang capture the momment.. Termasuk lah persiapan2 sebelum kawin dari membeli2 barang, pakai inai, fitting baju...semua dia amik...sehinggakan time I turun kereta sebelum akad nikah pun ada gambar.
Tapi malangnya kamera tu kena curik time majlis sebelah lelaki.
Kesian my kazen...nostalgia betul gambar2 dalam kamera tu sebab gambar2 OP takkan sama dengan gambar2 orang yang involve dalam persiapan kawin. Sob Sob...
redha ajer la dah nak jadik kan... sian jugak kazen sebab kamera tu kamera mahal..tup tup tengah sibuk kat majlis kawin, kamera tu bleh plak kena rembat dengan pencuri.

Ni pun gambar2 dari kazen yang lain tapi tak ada la banyak. 

Masa: Malam selepas akad nikah

Tempat: Bilik hotel Intekma


1.     Ni gambar pengantin tengah buat persiapan...muka pun letih time nih...time ni ada la kul 2 pagi...telur tu direbus oleh my makcik...(Tq auntie Yah! love u ;p)
and malam tu memang jenuh la semua gotong royong masukkan telur dalam karung...TQ korang2...auntie Nor, Nadya, Acha, Hariz, Awin....and ramai lagi...
700 telur tu in one night!!!


Jenis bunga telur:
2.   Ni plak gambar bunga telur untuk tetamu yang datang... bunga telur ni kiteorg beli di CT Handikraft di seksyen 18 Shah Alam. Memang masa tu promotion laa...satu box ada 50pcs (40 sen each) tapi tak bleh pilih2 warna...kiteorang pilih la kaler2 selamat- kaler putih, biru and merah. Bunga telur ni simple aje.... so bergotong royong la kiteorang ikat2 riben ni semua...pakai glue gun jer nak lekat. tapi hasilnya memang puas hati la since bila susun banyak2 nampak cantik.

2.Ni plak gambar bunga telur untuk tetamu yang merenjis. Jenis bunga telur ni bunga stokin, memang pilih biru since tema biru+pink... bunga telur ni beli kat seksyen 9  Shah Alam...Kedai tu ok la harga dia and banyak sikit pilihan bunga yang cantik2..dieorang pun ada yang customade..ikut customer nak kaler apa cuma harga kena tanya orang yang buat la....
untuk bunga telur ni, kiteorg survey2 dah lama...iyer la carik yang ikut budjet kan. Nak yang cantik + ikut budjet (fuhh...memang penat survey :p) Last2 bunga telur ni ada offer. kira 50% jugak la diskaun.




Macam ni la muka pengantin penat+gembira :p:


Papan tanda tu adik2 and kazen yang tolong print and laminate lagi....
dieorang jugak yang tolong letak malam tu! oh...pengantin tak sempat buat semua ni...nasib baik ada penolong2 yang cekap nih.



Untuk majlis belah perempuan, adik yang design poster nih pastu upah print ajer...so harga dia dapat murah la... ni la untung "Kerjasama & Gotong royong" dalam majlis kawin ni...
at least dapat save budjet and gunakan budjet tu untuk benda yang lebih penting....
so ni la poster nye...sapa2 nak template tu bleh la email saye yer..mane tau korang nak designed macam ni jugak kan? hazwanie84 [at] gmail [dot] com.

Kepada yang merancang nak kawin tu, Gud Luck!
kepada yang dah kawin, Enjoy your life! :D









No comments: