25 Oct 2012

Amalan penenang jiwa

Dipetik daripada Arkib Kosmo (25 Oct 2012)

Amalan penenang jiwa


Setiap kesusahan yang ditimpakan ke atas manusia bukan ujian semata-mata tetapi juga untuk mendekatkan kita dengan-Nya.



BERSIHKAN diri dan jiwa dengan ayat-ayat suci al-Quran.

--------------------------------------------------------------------------------

DALAM kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada menghadapi masalah. Kebiasaannya timbul akibat daripada pelbagai punca sama ada kerana diri sendiri atau orang lain.


Allah menegaskan dalam firmannya yang bermaksud: ‘Allah meringankan bagi mu peraturan-peraturan agama dan manusia itu dijadikan bersifat lemah‘- surah al-Nisa’:8. Perlakuan manusia yang menghadapi masalah berkaitan dengan pelbagai tindakan seperti kurangnya rasa sabar dalam diri, sentiasa gopoh gapah, suka bantah-membantah serta menyalahkan satu sama lain, rasa putus asa, tidak wujud rasa syukur, manusia mudah lupa dan sebagainya.

Beberapa kaedah penyucian jiwa kita perlu lakukan di mana sebahagiannya memang telah menjadi amalan sebahagian umat Islam saban hari. Antara amalannya seperti:

*Solat wajib dan solat sunat (solat Tahajud, solat Taubat, solat Hajat, solat Tasbih atau solat Awwabin).
*Puasa wajib dan puasa sunat.
*Mengeluarkan zakat (fitrah dan harta benda).
*Menunaikan haji.
*Membaca al-Quran (Jika tidak memahami, baca maknanya).
*Berzikir dalam bentuk perkataan dan hati.
*Bertafakur.
*Sentiasa mengingati mati dan hari akhirat.
*Muhasabah diri.
*Jihad, selalu amalkan perkara baik amar makruf dan jauhi kerja buruk nahi mungkar.
*Tawaduk’ dan sifat qanaah (berpada-pada).
*Ketahui dan sedari cara menghalang godaan syaitan dalam jiwa.
*Ketahui cara menghindar penyakit hati.

Sebagai contoh, dengan melakukan solat-solat sunat, hikmahnya adalah boleh membimbing untuk pembentukan kecemerlangan diri atau insan kamil, dapat membina personaliti dan tingkah laku mulia.

AMALAN berzikir mendekatkan diri kepada Allah.
--------------------------------------------------------------------------------

Boleh mendekatkan diri dan menjalin hubungan dengan Allah. Membersihkan diri dari sifat keji dan buruk. Praktik yang baik untuk pengurusan masa. Melatih diri untuk berakhlak atau berdisiplin dan bermoral dan melatih diri untuk memberi tumpuan kepada sesuatu perkara.

Dengan menjalani ibadah puasa, hikmahnya adalah seperti:

*Menjadi benteng kepada godaan syaitan atau iblis dan perisai terhadap kejahatan.
*Latihan untuk mendisiplinkan diri.
*Memupuk sikap sabar.
*Mewujudkan rasa insaf.
*Menimbulkan kekuatan untuk menundukkan nafsu.

Dengan berzikir, berdoa dan beristighfar, hikmahnya adalah untuk membersihkan diri daripada dosa dan maksiat, untuk mendapat keampunan Allah, untuk mendapat ketenangan batin, keikhlasan hati, meningkatkan kecintaan kepada Allah dan berupaya melindungi diri daripada melakukan dosa.

Malah, Allah telah menegaskan hikmah berdoa dan berzikir dalam firmannya yang membawa maksud ‘…dan Tuhan kamu berfirman, ‘berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu‘- surah al-Mukmin : 60, dan ‘Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku, nescaya Aku akan mengingati kamu sekalian’ -surah al-Baqarah: 168.

Dengan bertafakur, hikmahnya adalah seperti:

*Penyuluh untuk mengenal diri dan pencipta.
*Mendorong penjelajahan fikiran.
*Pemusatan tumpuan untuk meneliti tahap personaliti dan tingkah laku.
*Mendorong untuk celik akal.
*Mewujudkan kesedaran kendiri.
*Berupaya membuahkan sikap amanah dan jujur.

Firman Allah yang bermaksud, ‘Mereka yang mengingati Allah baik di waktu berdiri, duduk dan berbaring dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi seraya berkata, wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia‘ – surah ali-Imran : 191.

Sebenarnya kehidupan ini kita tidak boleh lari dari menghampiri diri dan sentiasa mendapat bantuan dan perlindungan Allah. Dalam mengharungi kehidupan kita perlulah menghadapi pelbagai cabaran dan menghadapi kegagalan dan rasa putus asa dengan penuh kesedaran.

-arkibkosmo



24 Oct 2012

Tips berjimat cermat: Touch N Go


Salam dan halloo semua bloggers and readers!
Hari ni I nak kongsi TIPS BERJIMAT CERMAT cara berkhemat :D

Mungkin ada yang dah tahu tips ni sebab cara rebate ni dah diperkenalkan dari tahun 2009 lagi. Ok, kalau dah tau tak apa, cuma hari ni rasa nak share tips ni kepada sesiapa yang berkenaan terutamanya kepada sesapa pengguna highway yang tegar dan setia seperti ehem2 (termasuk yang tengah tulis entri ni :P ),

Kalau Uols selalu bayar TOL, ada cara nak jimat 20%  (hanya pengguna kad Touch N Go sahaja, kalau bayar cash tak dikira). So, sapa2 tak ada kad lagi tu, boleh la beli lepas ni sebab banyak kelebihan dia.

Macam mana nak save 20% tol?  Kalau Uols dah guna/swipe lebih daripada 80X (Touch N Go), ada diskaun rebat sebanyak 20% dari jumlah keseluruhan penggunaan.

Contohnya, bila penggunaan dah RM100 (syarat >80X swipe kad TNG), Uols boleh claim rebate sebanyak RM20. Jumlah rebat ni akan dimasukkan terus dalam akaun kad TNG Uols.

Syaratnya, daftar kad TNG kat website ni: https://privilege.touchngo.com.my/ :

1) Klik First Login



2 ) Daftar dan lengkapkan borang dan klik SAVE


3) Nanti dia akan create satu akaun. Dalam akaun ni semua penggunaan kad TNG direkodkan (versi e-statement). So, Uols dapat monitor la penggunaan kad untuk tiap2 bulan...extra lagi, Uols boleh tau baki kad semasa dan jumlah claim rebate.


Selain dari rebat 20%, ada promotion sekarang nih...
  • 5% toll rebate untuk penggunaan lebih daripada RM100/month
if penggunaan kurang daripada RM100/month,
  • Uols dapat mata terkumpul (point PLUSMiles): 1000 Mata ganjaran = RM 10 Tambah nilai percuma
Ok, banyak yang boleh jimat tau kalau daftar TNG. Uols boleh pergi ke website PLUS untuk info lanjut :D

Apa tunggu lagi! Jom berjimat!

P/S: ni bukan iklan TNG yer...just nak share maklumat dan tips! Ikhlas dariku pengguna PLUS highway yang setia :p


20 Oct 2012

Majlis bertandang: Dewan Jejarum MBSA seksyen 11, Shah Alam -11 March 2012

Hi Bloggers and readers!
Just nak share dengan uols cerita majlis bertandang sebelah lelaki... di dewan Jenjarum MBSA, Seksyen 11, Shah Alam.
I know it's a few months ago but it's better than never kan? :D

hehe...Berbalik kepada majlis sebelah lelaki,
our famili plan ialah majlis sebelah lelaki diadakan hari selepas majlis perempuan...
so one shot semua dari hari Jumaat hingga Ahad --> nikah-majlis perempuan-majlis lelaki!

Mula2 tu I rasa tak yakin je sebab takut kelam kabut but alhamdulillah semua berjalan lancar since preparation ni both famili put a lot of effort..
even pengantin also turun padang :)

Enjoy the pics!


Pakej dewan termasuk pelamin and hiasan dewan. 
I sangat la suka ok dengan hiasan dewan dia!
Cos lampu chandelier tu sangat lawa!!! tambah pulak hiasan dewan macam dalam taman :D



Cantik kan gambar dayang2 I ni? hehe.... Tema his majlis is Gold and warna2 yang seangkatan dengannya :)




Baju labuh ala2 Kate Middleton...hihi tapi takde laaa panjang sangat macam Middleton tu...dia tak apa laa tak kena naik tangga kan... :)




Caterer sponsor kek ni! sedap!! Nanti I tulis review pasal caterer plak since banyak yang dia sponsor, Tq Auntie Sarah (my husband's mom punya kawan baik)


Kek sponsor lagi besar dari kek pengantin tapi memang kek ni sedap! kek orange moist sangat... caterer tu cakap kek ni special tempah:



Ni kek RED VELVET CHEESE yang paling sedap pernah I rasa! hehe it's homemade and plus, it is beautiful! tak payah deco2 dah.

ada dua lapis "kek sebenar" memang sedap sebab double cheese!
Kalau interested, please let me know.
Kek nih kawan my mom's husband gak..
dia buat kek dari rumah aje
penghantaran sekitar Ampang tapi sebab kawan punya pasal, dia hantar jugak ke Shah Alam ;)





Tadaaa!!!

Ok la.... It's saturday and a lot thing to do..till then..
Bye peeps!


Guest Book dan Bunting


Dear Bloggers!

This time nak story tentang guest book kahwin dan bunting.
Mula2 tu tak ambik berat sangat tentang guest book tapi my sister insisted jugak nak buatkan satu...
huhu..i lap u sis!! My sis designed kan guest book and bunting untuk dua2 majlis.

Simple je guest book kiteorg..
Depan tu design and print kat hard cover berserta dengan kertas A4, then bind spiral bound .
Bahagian dalam tu, my sis designed ala-ala facebook interface....gambar close up takde and I pun tak simpan softcopy untuk design nih. tapi kalau sapa2 nak templat, bleh je guna Adobe photoshop and edit from original fb interface. Tukar nama aje. Contoh:

"Hazwanie is married to Muhammad Iqbal"
Like  Comment ----

Lebih kurang macam ni laa:

untuk decoration, simple aje..
since pintu gerbang dah ada bunga berdekatan pulak dengan guest book corner, so tak de la nak hias bagai lagi...just simple deco2 yang guna bahan2 yang beli kat Mr DIY Klang (I rekemen korang pergi sini since satu bangunan ngan Daisio (kedai brg Jepun RM5 each item) memang rambang mata and banyak choices terutamanya barang2 deco cute2..Marker tu beli kat MPH...RM 11 kot.. dia ada marker and cop, so memang laaa meriah my guest book! kreatif semua guest2 yang datang...

Tengok tu....interface fb ni dari budak kecik sampai la ke golongan dewasa pun excited nak tulis ucapan kan?

Ayish sedang menunjukkan kretiviti nya :D

lepas dah tulis dalam guest book, "nak satu!" kata Ayish (nama sebenar ;p)




 Bunting pulak, design dia sama je... cuma warna tu ikut warna tema majlis.
Design tu my sis jugak yang buatkan... memandangkan design dah ada, so print dapat harga murah laa and since taukey kedai print tu baik ngan my sis, kiteorang dapat diskaun! (sapa tak suka diskaun)

ni bunting sebelah perempuan: 

ni pulak bunting sebelah pihak lelaki:

At first place tak nak buat bunting, kiteorang nak buat gambar pengantin yang diframe kan... tapi I nak unsur2 suprise sebelum majlis... konon2 nya kalau letak gambar pengantin sebelum majlis nanti tak suprise laa :P (LOL! hehe)...at the end, bunting jugak yang kami pilih :D

Walaupun guest book and bunting ni perkara yang "kalau-tak-ada-pun-tak-apa" tapi kiteorg puas hati sebab  memang suasana majlis bertambah meriah dengan ada nya unsur2 surprise ni :)
Guest book pulak boleh buat koleksi peribadi 
Bila berborak dengan husband, kiteorang boleh gelak2 and momen tu masih rasa macam baru lagi.... terutamanya ucapan2 dari tetamu yang rata2 nya sangat kreatif.

p/s: walaupun hanya raja sehari, jadik pengantin sangat best! XD





19 Oct 2012

Cara mengempiskan perut yang buncit


Jom2, kita bersenam untuk kempiskan perut!
Mode bersenam ON! :D

18 Oct 2012

Persedian sebelum majlis kahwin (belakang tabir)

Salam semua bloggers!

Lately memang jarang update blog.
Sebab musababnya adalah I baru jer start kerja kat tempat baru.
Alhamdulillah rezeki orang kahwin kot (ayat typical org sebut  ;p)
Ramai kawan2 B2B yang dah kahwin and ada jugak yang dah pregnant.. Congrats korang!

So, berbalik kepada cerita entri kali ni, blog ni ditulis suka-suki jer, maka susunan cerita kawin pun tak betul. I dah buat review tentang majlis tapi tak buat kisah disebalik tabir before majlis kawin..
hehe...maybe lepas ni kalau I rajin I buat link yg ikut susunan so senang kepada sesapa yang nak refer kan? 

I rasa nak blog pasal kisah disebalik tabir ni sebab post-mortem belakang tabir majlis kawin ni paling syiok...
sebab U will be expecting a lot of dramas :p (LOL!)  gurau je...takde drama pun just the moment tu memang takkan lupa sampai bila2! very sweet and meaningful..

Ok, banyak gambar2 kazen I ambil. Dia memang rajin amik gambar. Gambar dia pun memang kandid2 and memang capture the momment.. Termasuk lah persiapan2 sebelum kawin dari membeli2 barang, pakai inai, fitting baju...semua dia amik...sehinggakan time I turun kereta sebelum akad nikah pun ada gambar.
Tapi malangnya kamera tu kena curik time majlis sebelah lelaki.
Kesian my kazen...nostalgia betul gambar2 dalam kamera tu sebab gambar2 OP takkan sama dengan gambar2 orang yang involve dalam persiapan kawin. Sob Sob...
redha ajer la dah nak jadik kan... sian jugak kazen sebab kamera tu kamera mahal..tup tup tengah sibuk kat majlis kawin, kamera tu bleh plak kena rembat dengan pencuri.

Ni pun gambar2 dari kazen yang lain tapi tak ada la banyak. 

Masa: Malam selepas akad nikah

Tempat: Bilik hotel Intekma


1.     Ni gambar pengantin tengah buat persiapan...muka pun letih time nih...time ni ada la kul 2 pagi...telur tu direbus oleh my makcik...(Tq auntie Yah! love u ;p)
and malam tu memang jenuh la semua gotong royong masukkan telur dalam karung...TQ korang2...auntie Nor, Nadya, Acha, Hariz, Awin....and ramai lagi...
700 telur tu in one night!!!


Jenis bunga telur:
2.   Ni plak gambar bunga telur untuk tetamu yang datang... bunga telur ni kiteorg beli di CT Handikraft di seksyen 18 Shah Alam. Memang masa tu promotion laa...satu box ada 50pcs (40 sen each) tapi tak bleh pilih2 warna...kiteorang pilih la kaler2 selamat- kaler putih, biru and merah. Bunga telur ni simple aje.... so bergotong royong la kiteorang ikat2 riben ni semua...pakai glue gun jer nak lekat. tapi hasilnya memang puas hati la since bila susun banyak2 nampak cantik.

2.Ni plak gambar bunga telur untuk tetamu yang merenjis. Jenis bunga telur ni bunga stokin, memang pilih biru since tema biru+pink... bunga telur ni beli kat seksyen 9  Shah Alam...Kedai tu ok la harga dia and banyak sikit pilihan bunga yang cantik2..dieorang pun ada yang customade..ikut customer nak kaler apa cuma harga kena tanya orang yang buat la....
untuk bunga telur ni, kiteorg survey2 dah lama...iyer la carik yang ikut budjet kan. Nak yang cantik + ikut budjet (fuhh...memang penat survey :p) Last2 bunga telur ni ada offer. kira 50% jugak la diskaun.




Macam ni la muka pengantin penat+gembira :p:


Papan tanda tu adik2 and kazen yang tolong print and laminate lagi....
dieorang jugak yang tolong letak malam tu! oh...pengantin tak sempat buat semua ni...nasib baik ada penolong2 yang cekap nih.



Untuk majlis belah perempuan, adik yang design poster nih pastu upah print ajer...so harga dia dapat murah la... ni la untung "Kerjasama & Gotong royong" dalam majlis kawin ni...
at least dapat save budjet and gunakan budjet tu untuk benda yang lebih penting....
so ni la poster nye...sapa2 nak template tu bleh la email saye yer..mane tau korang nak designed macam ni jugak kan? hazwanie84 [at] gmail [dot] com.

Kepada yang merancang nak kawin tu, Gud Luck!
kepada yang dah kawin, Enjoy your life! :D









1 Oct 2012

Cerita Bulan Mei 2012 - Hari Bermakna saya

Assalamualaikum semua..

Sorry laa lama dah I tak update blog.. 
sebetulnya banyak nak diceritakan tapi apakan daya masa tak menizinkan...

Anyway sekarang ni dah bulan oktober..
Kejap je kan masa berlalu?

pejam celik dah tujuh bulan jadik isteri orang
memang macam2 cerita!
Ok la, ni nak blog pasal berita heppi bulan Mei 2012 yang lepas..

Bulan Mei 2012 yang lepas Alhamdulillah, hamba Allah yang kerdil ini telah selamat konvo dan paling tak dilupakan menyambut detik bermakna itu dengan keluarga dan suami...

Bulan Mei juga adalah Harijadi saya yang ke- (ehem2 umur dirahsiakan =p)



Bersama suami tercinta :)

 
 

Bersama adik2 ku yang disayangi


Ibu ku yang banyak memberi sokongan dan semangat

Ragam orang konvo






 Akhir sekali, walaupun entri ini lambat di publishkan...kenangan indah ini akan sentiasa segar dalam ingatan ku...