29 Mar 2012

Mr Emcee majlis perkahwinan kami: Uncle Khairi

dear all gojes2 n hensem2 :D

Minggu ni dah masuk minggu ketiga perkahwinan kami
alhamdulillah semuanya baik2 saja
encik hasben pun dah start keje lepas 3 minggu cuti haritu

Entri yang sebelum ni wanie update majlis sebelah perempuan di dewan Intekma
hari ni wanie nak update pulak tentang pengacara majlis kahwin kami

Untuk pengacara majlis, kiteorang survey2 jugak merata-rata
tanya orang situ sini...tanya google
boleh dikatakan semua lah sumber

akhirnya selepas beberapa pencarian, wanie pun jumpa website uncle khairi nih..
sapa2 nak tengok entri uncle khairi tentang majlis kami klik sini
kalau nak tau, lepas beberapa email je, wanie terus setuju untuk tempah tarikh
sebabnya senang nak bincang dengan uncle khairi
lagipun uncle khairi dah banyak mengacarakan majlis perkahwinan dan beberapa majlis yang lain
uncle pun sporting dan ramah..

kira2 seminggu sebelum majlis, wanie bertemu dengan uncle khairi untuk bagi tentatif majlis kiteorang (wanie buat entri lain ya tentang tentatif majlis nanti)
mula2 tu nerves jugak sebab first time jumpa
tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan perbincangan pun mudah sebab uncle pun dah prepare skrip2 awal2 dan wanie pun dah prepare tentatif majlis awal2
Cuma time tu takde senarai nama lagi untuk merenjis dan nama ustaz yang baca doa
pagi sebelum majlis sebenar tu baru bagi list tu..hehe...

Pagi sebelum majlis start (kira2 pukul 10 pagi) kiteorang ada buat rehersal / raptai kahwin
untuk memudahkan perjalanan majlis...
Terima kasih uncle khairi yang sanggup datang awal pagi untuk sama2 buat rehersal haritu...
Uncle khairi ni terer bermadah dengan pantun2..
tetamu terhibur dengan kepetahan uncle khairi berpantun
Majlis penutup berjalan lancar dengan ada nya uncle khairi untuk mengawal keadaan
ramai orang beratur untuk bergambar dengan pengantin haritu...
thanks korang2 yang sanggup datang dari jauh dan beratur untuk bergambar...
memang seronok tau!
Keluarga pun senang dengan sikap professional uncle Khairi
Pendek kata, kami sekeluarga amat2 berpuas hati
memang wanie rekemen la sapa2 bride to be di sekitar shah alam dan selangor yang sedang carik pengacara majlis tu untuk contact uncle khairi nih..


Bergambar kenangan dengan uncle khairi depan pelamin =)


pantun untuk uncle:

uncle khairi segak bergaya,
lengkap berbaju melayu lagi,
terima kasih dari kami sekeluarga dan saya,
Ada kelapangan kita berjumpa lagi

012-3362627
mr.emcee@yahoo.com


1 comment:

KHAIRI KHAIRUDDIN said...

Assalamualaikum.

Alahai, tk byk2 Wanie tulis ttg uncle kat blog Wanie. Secara tak langsung promosikan uncle secara percuma tu.

Tk jugak izinkan uncle siar gambar Wanie dan Iqbal dlm blog uncle (siar dulu baru mintak izin,. Jgn mare). Maaflah, catatan uncle tak siap-siap lg.

Uncle tersepit dgn masa yg begitu menghimpit! Alhamdulillah, undangan mengacarakan majlis perkahwinan boleh tahan jugak.

Sampaikan salam uncle kat mak dan ayah Wanie juga Iqbal, suami tercinta.