28 Mar 2012

A brief preview: majlis sanding di Dewan Sri Bestari, Intekma

Salam semuaa readers!
apa khabar semua? harap semua ceria dan best jer selalu yek
pejam celik dah dua minggu dah jadik isteri
bila orang tanya, 'best tak kahwin?'
aku jawab, 'mesti la best... pergi mana2 berdua pun rasa bebas tak macam dulu2 ada batas2 kena jaga'
maka, kalau sesiapa yang ada niat berkahwin tu, cepat2 lah rancang awal...insyaAllah semuanya dipermudahkan =)

Hari ni wanie nak update majlis sanding sebelah perempuan.. Haritu majlis akad nikah 9 Mac.
majlis sanding belah perempuan pulak pada 10 Mac di dwn sri bestari intekma resort shah alam...memang pilih tarikh berbeza sebab tak nak kelam kabut kalau buat akad nikah and sanding sekali..
alhamdulillah majlis berjalan lancar..
wanie nak ucapkan terima kasih semua yang hadir dan memeriahkan majlis...
terima kasih juga semua atas doa dan hadiah2 =)
terima kasih juga pada kakitangan Intekma especially kak Nida dan Fina sebab banyak membantu wanie dan keluarga menjayakan majlis perkahwinan kami.

ni gambar2 yang ada dengan wanie... gambar dari OP belum lagi siap...


Tema majlis soft pink + blue turquoise

masa mula2 wanie pilih tema pink blue ni ramai yang kata tak ngam tapi tengok hasilnya sangat2 sweet kaler ni... wanie pernah google tema pink blue memang cantik2

Intekma pun tempat yang sangat convenient nak buat any function or majlis kahwin...
sangat senang berbincang. Harga pun ok cuma this year rate harga dia dah lain...
pakej dia pun menarik
semua di cover pelamin dgn fresh flowers, dewan, decor dewan, food (makanan dia sedap!), bunga tangan, peralatan merenjis
nanti I review tentang Intekma next entry ok?


Door gift adalah mug dalam kain net dan bekas telur :


kain net tu beli kat CT handicraft seksyen 18 shah Alam...
bunga telur pun banyak murah2 di seksyen 18
sampai kan ada yang 40sen setangkai bunga telur, murah kan? cantik plak tu
Mug pulak beli banyak2 so dapat best price
sweet kancombination kaler pink and blue ?

Si Gojes2 kazen blueish-pinkishh..luv u all very much dearies:





gambar pelamin... overall, wanie puas hati dengan pelamin...simple dan sweet macam fairy tales, hehe







Dress baju pengantin tu dari AZ*ka Collection... baju cantik tapi servis kureng skit laa...
makeup memang best!
overall, tak rugi laa tempah pakej baju and makeup sekali kat Az*ka Collection...
I'll review next eentri ya...


No comments: