29 Mar 2012

sneak peek: Honeymoon =D

-A quick update-


Salam all...
wanie and hasben baru je balik dari holiday!
Best tau!
nanti wanie update lagi ya
tata~

Mr Emcee majlis perkahwinan kami: Uncle Khairi

dear all gojes2 n hensem2 :D

Minggu ni dah masuk minggu ketiga perkahwinan kami
alhamdulillah semuanya baik2 saja
encik hasben pun dah start keje lepas 3 minggu cuti haritu

Entri yang sebelum ni wanie update majlis sebelah perempuan di dewan Intekma
hari ni wanie nak update pulak tentang pengacara majlis kahwin kami

Untuk pengacara majlis, kiteorang survey2 jugak merata-rata
tanya orang situ sini...tanya google
boleh dikatakan semua lah sumber

akhirnya selepas beberapa pencarian, wanie pun jumpa website uncle khairi nih..
sapa2 nak tengok entri uncle khairi tentang majlis kami klik sini
kalau nak tau, lepas beberapa email je, wanie terus setuju untuk tempah tarikh
sebabnya senang nak bincang dengan uncle khairi
lagipun uncle khairi dah banyak mengacarakan majlis perkahwinan dan beberapa majlis yang lain
uncle pun sporting dan ramah..

kira2 seminggu sebelum majlis, wanie bertemu dengan uncle khairi untuk bagi tentatif majlis kiteorang (wanie buat entri lain ya tentang tentatif majlis nanti)
mula2 tu nerves jugak sebab first time jumpa
tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan perbincangan pun mudah sebab uncle pun dah prepare skrip2 awal2 dan wanie pun dah prepare tentatif majlis awal2
Cuma time tu takde senarai nama lagi untuk merenjis dan nama ustaz yang baca doa
pagi sebelum majlis sebenar tu baru bagi list tu..hehe...

Pagi sebelum majlis start (kira2 pukul 10 pagi) kiteorang ada buat rehersal / raptai kahwin
untuk memudahkan perjalanan majlis...
Terima kasih uncle khairi yang sanggup datang awal pagi untuk sama2 buat rehersal haritu...
Uncle khairi ni terer bermadah dengan pantun2..
tetamu terhibur dengan kepetahan uncle khairi berpantun
Majlis penutup berjalan lancar dengan ada nya uncle khairi untuk mengawal keadaan
ramai orang beratur untuk bergambar dengan pengantin haritu...
thanks korang2 yang sanggup datang dari jauh dan beratur untuk bergambar...
memang seronok tau!
Keluarga pun senang dengan sikap professional uncle Khairi
Pendek kata, kami sekeluarga amat2 berpuas hati
memang wanie rekemen la sapa2 bride to be di sekitar shah alam dan selangor yang sedang carik pengacara majlis tu untuk contact uncle khairi nih..


Bergambar kenangan dengan uncle khairi depan pelamin =)


pantun untuk uncle:

uncle khairi segak bergaya,
lengkap berbaju melayu lagi,
terima kasih dari kami sekeluarga dan saya,
Ada kelapangan kita berjumpa lagi

012-3362627
mr.emcee@yahoo.com


28 Mar 2012

A brief preview: majlis sanding di Dewan Sri Bestari, Intekma

Salam semuaa readers!
apa khabar semua? harap semua ceria dan best jer selalu yek
pejam celik dah dua minggu dah jadik isteri
bila orang tanya, 'best tak kahwin?'
aku jawab, 'mesti la best... pergi mana2 berdua pun rasa bebas tak macam dulu2 ada batas2 kena jaga'
maka, kalau sesiapa yang ada niat berkahwin tu, cepat2 lah rancang awal...insyaAllah semuanya dipermudahkan =)

Hari ni wanie nak update majlis sanding sebelah perempuan.. Haritu majlis akad nikah 9 Mac.
majlis sanding belah perempuan pulak pada 10 Mac di dwn sri bestari intekma resort shah alam...memang pilih tarikh berbeza sebab tak nak kelam kabut kalau buat akad nikah and sanding sekali..
alhamdulillah majlis berjalan lancar..
wanie nak ucapkan terima kasih semua yang hadir dan memeriahkan majlis...
terima kasih juga semua atas doa dan hadiah2 =)
terima kasih juga pada kakitangan Intekma especially kak Nida dan Fina sebab banyak membantu wanie dan keluarga menjayakan majlis perkahwinan kami.

ni gambar2 yang ada dengan wanie... gambar dari OP belum lagi siap...


Tema majlis soft pink + blue turquoise

masa mula2 wanie pilih tema pink blue ni ramai yang kata tak ngam tapi tengok hasilnya sangat2 sweet kaler ni... wanie pernah google tema pink blue memang cantik2

Intekma pun tempat yang sangat convenient nak buat any function or majlis kahwin...
sangat senang berbincang. Harga pun ok cuma this year rate harga dia dah lain...
pakej dia pun menarik
semua di cover pelamin dgn fresh flowers, dewan, decor dewan, food (makanan dia sedap!), bunga tangan, peralatan merenjis
nanti I review tentang Intekma next entry ok?


Door gift adalah mug dalam kain net dan bekas telur :


kain net tu beli kat CT handicraft seksyen 18 shah Alam...
bunga telur pun banyak murah2 di seksyen 18
sampai kan ada yang 40sen setangkai bunga telur, murah kan? cantik plak tu
Mug pulak beli banyak2 so dapat best price
sweet kancombination kaler pink and blue ?

Si Gojes2 kazen blueish-pinkishh..luv u all very much dearies:





gambar pelamin... overall, wanie puas hati dengan pelamin...simple dan sweet macam fairy tales, hehe







Dress baju pengantin tu dari AZ*ka Collection... baju cantik tapi servis kureng skit laa...
makeup memang best!
overall, tak rugi laa tempah pakej baju and makeup sekali kat Az*ka Collection...
I'll review next eentri ya...


16 Mar 2012

Update: Nikah 9 Mac 2012


Kami sudah menikah 9 Mac 2012 (Jumaat) pada pukul 5 petang di Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (masjid negeri selangor)
Alhamdulillah!!
syukur kepada Allah di atas segala limpah rahmat nya, dipermudahkan segala urusan pernikahan kami

meh2 kita kongsi 'happiness' ni sama2 ya :)
ni semua gambar2 daripada famili dan kawan2
kiteorang masih lagi tunggu OP untuk proses gmbr2 kami :)



with friends yang hadir... thanks u all :)

Aku terima nikah nya.... penerimaan Mas kawin

OP: KhairulBadri

Salam2 :)

gambar wajib pengantin baru :D Auww..hehe

Officially, now I am a wifey to Muhammad Iqbal :)
Alhamdulillah


coming soon aku nak upload gmbr sanding my side and his side :)
and also review...
jeng jeng jeng..
betul lah kata orang, jadik isteri ni sibuk uruskan banyak benda :D
betul lah kata orang, kahwin nih melengkapkan ibadat
semoga perkahwinan kami diberkati Allah
hingga ke syurga...
Aminn..


2 Mar 2012

7 hari lagi nak jadik isteri orang! ;p

dear all my friends!
full tesis dah dihantar ke IPSIS...alhamdulillah lepas ni bleh bercuti untuk preparation kawin...
lagi 7 hari jer lagi! rasa tak percaya plaks...

harap2 semua nya berjalan lancar... aku cuma doakan supaya budjet aku utk majlis cukup... asalkan majlis berjalan lancar dan semua orang happy cukup... pada aku, tak guna jugak kita dok merungut2 ataupun dok cakap kita ni dah takde duit disebabkan majlis kawin... yang penting kita ikhlas untuk meraikan pengantin dan tetamu yang datang memeriah kan majlis. mana2 bakal pengantin pun pasti akan melalui perkara2 yang sama... biasa la kan dugaan sebelum kahwin... aku sekarang dalam mode yang sgt tenang. dah buat persiapan dalam setahun...then beli skit2 barang...sekarang ni tak banyak dh nak uruskan... cuma maybe malam sebelum tu dah gotong royong isi telur... alhamdulillah saudara2 pun bnyk bantu.

borang2 nikah dah setel... pastu masjid pun dah setel...makanan utk nikah pun dah setel...tinggal nak nikah jer :p

doakan aku ya kawan-kawan....

---tak sabarnyer nak kawen :p (gediks mode..hehe)

A quick update =)

Dear all my friends,

sihat ke semua2? harap semua sihat la yer =)
well...so far wedding preparation ok cuma kadang2 sgt letih..

lagi 8 hari lagi sebelum bergelar isteri orang..nervessss lah! :p