23 Feb 2012

Alhamdulillah LULUS viva voce- 22 feb 2012

Salam to all my dear friends =)
Hari ni aku nak buat pengumuman gembira!
Aku dah LULUS viva tesis aku semalam walaupun banyak drama2 yang berlaku...

kronologi2 hari sebelum viva:-

21 hb Feb (petang sebelum viva):
--ingatkan boleh balik awal dari lab rupa2nya ada mock presentation... huhu..ketaq lutut2 ni sebab masa tu letih sangat2 dan dalam keadaan stress...pastu disuruh present plak tu depan ramai2 orang dari petang sampai berlarutan sampai malam lebih kurang pukul 9.30 malam...
--pastu ada pembetulan pada slide skit2...disebab kan stress, aku menangis puas2 malam sebelum viva...
--kawan2 aku stay back untuk tolong aku..kiteorang bincang2 apa yang soalan2 yang akan pemeriksa tanya..(thank u korang, tuhan jer dapat balas jasa korang semua)
--sampai kat rumah lebih kurang pukul 10 malam dalam keadaan mata bengkak sebab nangis dan badan letih gila2..
--nasib baik adik aku tolong gosok baju, baju and kot pinjam, kasut pun pinjam adik aku punya since selama ni aku ni studen dan tak pernah ada pakaian yg betul2 formal :p

22 hb Feb (hari sebenar viva):
--pukul 5 aku dah terjaga sendiri...terus mandi2 amik wuduk dan solat subuh...
--aku doa banyak2 sebab aku tahu, hanya Allah tempat mengadu...
--aku mintak supaya di mudahkan segala urusan, ditenangkan fikiran dan diberi ketajaman akal untuk menjawab segala soalan2 yang pemeriksa tanya...
--8.30 pagi aku bawak segala nota2 dan buku tesis dan keluar rumah lepas cium ibu aku... dalam perjalanan aku baru sedar yg tertinggal charger laptop pastu aku patah balik utk amik kat rumah..
--8.45 pagi: aku amik charger dari rumah pastu tetiba time nak masuk dalam kereta, kereta auto lock sendiri... guna remote pun tak nak bukak..aku kaget giler2...sebab semua tesis dan nota2 dalam kereta..aku terus panik2..
--nasib baik jiran sebelah tolong bukak kereta dan die nasihatkan aku guna kereta lain sebab kereta aku maybe takde batteri..terus aku ambil keluar semua nota2 dan tesis keluar dari kereta..
--8.50 pagi: aku call adik lelaki aku yang sedang on da way ke tempat kerja...mujur dia tak jauh dari rumah lagi...die pun patah balik dan ambil aku..kesian dia kena sms bos kata nak hantar kakak yang kereta rosak on her viva day!
--9.10 pagi aku sampai kat IPSIS UiTM.... syukur alhamdulillah sebab tak lambat...tapi alhamdulillah, sesungguhnya Allah itu Maha berkuasa ke atas sesuatu sebab hati aku sangat tenang dan tak panik bila jejakkan kaki kat bilik presentation...ketiga2 pemeriksa semua dah datang... tetiba rasa lapar, teringat roti ikan bilis yang mak bekalkan..aku makan sekeping untuk lalas perut...
--9.30 pagi: tepat waktunya, nama aku dipanggil dan aku pun present tesis aku..alhamdulillah sebab presentation berjalan lancar selama 20minit tepat dan pemeriksa paham presentation slide...
-9.50 pagi-12.25 tengah hari: sesi jawab2 soalan berlarutan...walaupun di asak soalan2, ajaib nya hati ni tenang jer.. mungkin berkat doa mak aku...dan atas sokongan famili dan rakan2... mereka banyak membantu...sehelai demi sehelai tesis aku diselak oleh pemeriksa...setiap helai ada soalan2 yang menanti..setiap soalan jugak aku jawab dengan sungguh2 walaupun kdg2 aku rasa macam nak terkehel kaki ni sebab berdiri lama sangat..lepas selesai, semua pemeriksa suruh aku keluar dari bilik untuk sesi penggulungan sesama pemeriksa..

--12.30 tgh hari: Pengerusi panggil masuk balik ke dalam bilik... lepas tu pemeriksa buat muka sedey (budjet aku failed)..tapi kemudian dieorang senyum and pengerusi cakap, "Hazwanie, you did a good job and with this we grant you a doctor of philosophy."
--aku rasa aku tak ada perasaan sebab semalam aku dah nangis puas2 sampai semua perasaan aku dah takde...tapi hati ni rasa ringan dan syukur sangat2...syukur ya Allah! Allahuakhbar~
--kemudian disusuli dengan jamuan ringkas pagi tu... bihun and kuih vadey a.k.a masalodey... masa tu memang tak lalu makan dah sebab still tak percaya yang aku dah lulus! =)

kemudian aku ucapkan terima kasih kat semua pemeriksa2 aku... petang tu terus balik lab untuk ucapkan terima kasih pada kwn2 yang banyak membantu.. they did a small bbq... alhamdulillah

4 comments:

Cik Jan said...

tahniah yang!wah lepas nie kena pggil dr la ek. huhu.

Just^me said...

tq cik jan!! rasa hepi sgt sebab dah lulus... alhamdulillah, berkat doa semua orang..

ct cucubi said...

tahniah wani!!!! jelesnya sy dgh awak...

Just^me said...

tq siti... lepas ni giliran awak pulak insyaAllah =)