23 Feb 2012

Alhamdulillah LULUS viva voce- 22 feb 2012

Salam to all my dear friends =)
Hari ni aku nak buat pengumuman gembira!
Aku dah LULUS viva tesis aku semalam walaupun banyak drama2 yang berlaku...

kronologi2 hari sebelum viva:-

21 hb Feb (petang sebelum viva):
--ingatkan boleh balik awal dari lab rupa2nya ada mock presentation... huhu..ketaq lutut2 ni sebab masa tu letih sangat2 dan dalam keadaan stress...pastu disuruh present plak tu depan ramai2 orang dari petang sampai berlarutan sampai malam lebih kurang pukul 9.30 malam...
--pastu ada pembetulan pada slide skit2...disebab kan stress, aku menangis puas2 malam sebelum viva...
--kawan2 aku stay back untuk tolong aku..kiteorang bincang2 apa yang soalan2 yang akan pemeriksa tanya..(thank u korang, tuhan jer dapat balas jasa korang semua)
--sampai kat rumah lebih kurang pukul 10 malam dalam keadaan mata bengkak sebab nangis dan badan letih gila2..
--nasib baik adik aku tolong gosok baju, baju and kot pinjam, kasut pun pinjam adik aku punya since selama ni aku ni studen dan tak pernah ada pakaian yg betul2 formal :p

22 hb Feb (hari sebenar viva):
--pukul 5 aku dah terjaga sendiri...terus mandi2 amik wuduk dan solat subuh...
--aku doa banyak2 sebab aku tahu, hanya Allah tempat mengadu...
--aku mintak supaya di mudahkan segala urusan, ditenangkan fikiran dan diberi ketajaman akal untuk menjawab segala soalan2 yang pemeriksa tanya...
--8.30 pagi aku bawak segala nota2 dan buku tesis dan keluar rumah lepas cium ibu aku... dalam perjalanan aku baru sedar yg tertinggal charger laptop pastu aku patah balik utk amik kat rumah..
--8.45 pagi: aku amik charger dari rumah pastu tetiba time nak masuk dalam kereta, kereta auto lock sendiri... guna remote pun tak nak bukak..aku kaget giler2...sebab semua tesis dan nota2 dalam kereta..aku terus panik2..
--nasib baik jiran sebelah tolong bukak kereta dan die nasihatkan aku guna kereta lain sebab kereta aku maybe takde batteri..terus aku ambil keluar semua nota2 dan tesis keluar dari kereta..
--8.50 pagi: aku call adik lelaki aku yang sedang on da way ke tempat kerja...mujur dia tak jauh dari rumah lagi...die pun patah balik dan ambil aku..kesian dia kena sms bos kata nak hantar kakak yang kereta rosak on her viva day!
--9.10 pagi aku sampai kat IPSIS UiTM.... syukur alhamdulillah sebab tak lambat...tapi alhamdulillah, sesungguhnya Allah itu Maha berkuasa ke atas sesuatu sebab hati aku sangat tenang dan tak panik bila jejakkan kaki kat bilik presentation...ketiga2 pemeriksa semua dah datang... tetiba rasa lapar, teringat roti ikan bilis yang mak bekalkan..aku makan sekeping untuk lalas perut...
--9.30 pagi: tepat waktunya, nama aku dipanggil dan aku pun present tesis aku..alhamdulillah sebab presentation berjalan lancar selama 20minit tepat dan pemeriksa paham presentation slide...
-9.50 pagi-12.25 tengah hari: sesi jawab2 soalan berlarutan...walaupun di asak soalan2, ajaib nya hati ni tenang jer.. mungkin berkat doa mak aku...dan atas sokongan famili dan rakan2... mereka banyak membantu...sehelai demi sehelai tesis aku diselak oleh pemeriksa...setiap helai ada soalan2 yang menanti..setiap soalan jugak aku jawab dengan sungguh2 walaupun kdg2 aku rasa macam nak terkehel kaki ni sebab berdiri lama sangat..lepas selesai, semua pemeriksa suruh aku keluar dari bilik untuk sesi penggulungan sesama pemeriksa..

--12.30 tgh hari: Pengerusi panggil masuk balik ke dalam bilik... lepas tu pemeriksa buat muka sedey (budjet aku failed)..tapi kemudian dieorang senyum and pengerusi cakap, "Hazwanie, you did a good job and with this we grant you a doctor of philosophy."
--aku rasa aku tak ada perasaan sebab semalam aku dah nangis puas2 sampai semua perasaan aku dah takde...tapi hati ni rasa ringan dan syukur sangat2...syukur ya Allah! Allahuakhbar~
--kemudian disusuli dengan jamuan ringkas pagi tu... bihun and kuih vadey a.k.a masalodey... masa tu memang tak lalu makan dah sebab still tak percaya yang aku dah lulus! =)

kemudian aku ucapkan terima kasih kat semua pemeriksa2 aku... petang tu terus balik lab untuk ucapkan terima kasih pada kwn2 yang banyak membantu.. they did a small bbq... alhamdulillah

19 Feb 2012

Kisah fitting baju sandingku

Happy sunday everyone!


this week kind of a bz week for me

preparation for viva thesis for next week (to be precisely on Wednesday) and also preparation for wedding day (another two weeks time) that we called kerja-gila-tergeliat-satu-badan (hoho)

Today nak share cerita my fitting baju sanding... yesterday went for fitting... for twice!


ceritanya begini, sepatutnya semalam me, my mom, my fiancee and my future mother in law patutnya pergi bersama2 sebab sewa dari butik yang sama

tetapi al kisahnya, kita yang merancang, tuhan yg menentukan =)

my mom tak boleh pergi pagi sebab ada tetamu di rumah, so kena pergi sebelah petang

my fiancee pulak vice versa sebab dia kena pergi tempah kek kawin waktu petang


jadi tu sebab aku kena pergi pagi dan petang = fitting 2X baju


but luckily I did 2x!


pagi tu bergegas ke butik tu untuk fitting baju bertandang at his side, the dress was awsome! I very like! some more, I look slimmer? (hahahaha!)

En tunang tak berkelip mata pandang? haha I caught u there syg :p


but UNFORTUNATELY bila fitting baju for majlis at my side, the dress quite not satisfy me...en tunang and his mother pun macam tak puas hati dengan baju tu tapi pembantu kedai tu cakap ok jer nnt lepas bagi dry cleaning dan alter

actually I was not very happy with baju for my majlis walaupun pada asalnya aku memang setuju nak pilih baju tu time bayar deposit haritu tapi tak fitting lagi sebab time tu dah ada orang booking for another wedding


**disclamer: baju yang kita nampak cantik di display tak semestinya cantik bila kita pakai atas badan kita sebab masing2 ada bentuk badan yang berbeza =)



petang nya pulak setelah mak aku tengok2 baju tu, dia pun tak happy jugak..

tapi luckily time aku pergi petang tu Kak Zie ada, Kak Zie bos kat situ and dia sangat professional & dia dengar masalah kiteorang dengan penuh concern dan suggest baju lain which is more better
and pretier (to me lar)

sebenarnya aku bukan sengaja nak tukar2... tapi bila fitting tengok2 baju tu ada bnyk flaws sana sini... aku tak puas hati dengan pembantu kedai tu..agak panas hati dengan dia tapi aku buat tak tau jer sebab malas nak gaduh


sebenarnya kan, pembantu kedai tu dulu was very friendly person (before amik deposit) tapi what i did not like is she keep on complaining about the customer yang lepas2

itu sangatlah tak professional tapi nasib baik Kak Zie ada kat situ, dan dia yang sibuk2 selesaikan masalah kiteorg bila Kak zie setuju tukar baju, pembantu kedai tu mengomel2 macam kita ni menyusahkan dia


dan worst part, sepatutnya dia alter baju tu ikut badan kita sebelum pergi fitting baju tapi dia asyik komplen jer pasal customer2 lain and cakap kat aku dia bz dan tak sempat buat kiteorang punya baju


macam mana tu?bila aku try baju yang tak ikut saiz badan aku maka nampak lah berlimpah ruah sana sini and she should know better macam mana rasanya bakal pengantin tengok baju tak seperti yang diharap kan..

***disclamer: pengantin (especially perempuan) & baju kahwin = dua elemen penting



lain kali aku nak pergi time kak zie ada (Az*ka collection)... malas nak jumpa ngan orang lain sebabnya:

1- pembantu kedai yg tak prihatin terhadap pelanggan >> langsung tak rasa prihatin bila baju tu tak fitting elok dan cakap baju tu ok padahal sebenarnya tak ok


2- pembantu kedai yg asyik mengkomplen pasal customer lain dekat customer>> aku menyampah laa dgn orang macam ni... asyik komplen, komplen, komplen tapi problem aku kau tak settle kan


3- pembantu kedai yang komplen dia penat >>kalau penat, carik kerja yang tak penat? sebab uruskan majlis pengantin memang penat




itu la sedikit sebanyak kisah fitting baju aku sampai 2X (pagi: dgn en tunang dan ibu nya; petang: dgn my mom)


nasib baik shah alam & klang dekat jer

akhirnya, tukar baju lain (yg baru) warna yang sama dengan tema dan I love my dress! hopefully everything would turn out well


amin




***selesai bab baju***




today nak buat food testing ! and discuss about dewan pulak

14 Feb 2012

Idea hantaran =)

Salam to everyone! semoga semua nya baik2 belaka

kali ni just nak share gambar dengan korang

my kazen's hantaran.. mana la tau boleh dijadikan idea kan? I really like the idea..

nampak unik kan?

tema: hijau (warna fav die)

ape yang menariknya, dia guna kipas and kulit kepah/ kerang utk decoration

for me, sangat la kreatif kan?

bagus betul kazen aku sorang ni... selamat pengantin baru dear!

so let the pics do the talking =)



1. jam letak dalam bekas macam kerang...


2.baju kemeja and jeans


3- perfume set


4- coklat! cantik kan dalam bekas congkak mini


Actually ada 7 semuanya tapi ni jer yg aku amik gambarnya =)



hantaran aku pulak macam mana la nanti yer.... tunggguuuuu =)

hehe..








12 Feb 2012

matta fair 2012 di SACC

Salam dear all my friends!




just a quick update on matta fair di sacc...

well, me and my fiance pergi matta fair survey2 pakej2 perlancongan

em..some are quite cheap and some expensive.. hehe..


ada beberapa terms atau words pakej perlancongan yg aku baru tau:


1-ground packej- pakej termasuk makan, tempat penginapan, jalan2 tapi tak termasuk harga tiket pergi dan balik

2-All in fullboard- Tempat penginapan termasuklah breakfast, lunch and dinner

3-Half board = Tempat penginapan termasuklah breakfast and dinner shj

4-All Inclusive = Breakfast, lunch, dinner, snacks, drinks (juice, coffee)




well... a few company promote pakej ke beijing di musim bunga (bulan mei-Jun)

kat beijing ada 3 tempat popular yang boleh pilih:

1- Guilin: terkenal dengan permandangan yang sangat cantik (katanya) dengan sungai Liejang

2-Shanghai: bandar yang terkenal tempat shopping2

3-Guangzhou: tempat bersejarah



well.. pakej dalam RM1300-Rm2500 bergantung kepada agensi perlancongan tu laa..

em... sekarang ni still tengah nak pikir2 lagi nak ke mana utk melancong ;p

well.. maybe macam explorace..takde pakej2 mahal, we are planning utk amik map and mengembara :p kih kih kih


maybe we would go to place that not that expensive.. kat dalam negara asal kan ada pantai and good food! tapi depends on our budjet lah kan...



any suggestion?? em...




(heehee... belom kawin dh planning honeymoon...sebab tiket kena beli awal2 --> ayat cover line ;p )

Bila boring...

Salam semua! :)

harap semua ceria2 selalu hendaknya, hehe


aku dah 4 tahun setengah bergelar pelajar pascasiswazah

kadang2 happy, kadang2 mereng

itu lumrah hidup yang common bg setiap insan..


di lab tak ada hiburan melain kan diri sendiri ;P



pakaian rasmi di makmal - lab coat putih


pengaruh cerita korea :)

cepatnya masa berlalu... rasa macam semalam baru daftar sebagai pelajar..
semoga tuhan mudah kan segalanya..
terutamanya fasa kehidupan baru aku yang bakal berubah lepas ni..
lepas ni tukar status dari student kepada bekerja pulak -_-"
lepas ni tukar status bujang ke isteri orang

sejujurnya aku nerves..
tapi redah ajer...
suka atau tak kena laluinya jugak..
itulah asam garam kehidupan






10 Feb 2012

Good old days... enam tahun yang lalu...

Dear my friends,

Enam tahun yang lalu, teringat lagi saat2 gembira kiteorg nak graduate... me, zela, min, diana, yani and ina... time tu rasa macam dah bebas... konon2nya lepas graduate ni nak kerja, carik duit.. hehe.

kiteorang memang rapat maklum la tinggal pun kat asrama..dah lama tak melawat UM... banyak kenangan kat situ... gelak tawa dan seribu satu cerita terpahat di situ... tengok gambar2 lama ni buat hati rasa tenang sikit. Maybe itu lah dikatakan magis di mana momen indah tersimpan rapi dalam kotak ingatan.. kenangan yang berharga.. sekarang ni masing2 membawa haluan masing2 tp still contact dlm laman muka buku.

gambar2 lama ni still aku simpan mengingatkan aku pada keceriaan dan tawa detik2 nak graduate... momen yang indah dan sangat2 membahagiakan.... skrol down for the pica! =)




left: Ina, Zela, Min, me


Geng2 Biohealth UM 2003-2006



Me at DTC





Three of us! dua2 dh kawen dan ada anak dah =)



Ina, me and zela



sekarang ni aku melalui fasa2 stress walaupun nak graduasi sekali lagi. Moga2 viva lulus itu jer yg aku harapkan. mungkin itu la orang cakap penangan nak dapat segulung ijazah. Ia cumalah sehelai kertas yg tertulis nama kamu tapi untuk mendapatkannya memerlukan pengorbanan.


Harga setem kad kahwin...Drama tragis!

dear all,

semalam telah selamat ku poskan kad2 kawin kpd kawan2 semua...
aku guna setem 50 sen sebab orang kedai tu kata kalau sekitar selangor or kl ok jer guna setem 50sen

harini hati aku tak sedap, terus google harga setem..

sangat la terkejut bila beberapa B2B blog ckp if sampul surat bercorak2 (selalunya kad kawin) akan dikenakan charge 80 sen!!!

arghhh sangat tension ok! macam mana ni..kad dh pos plak tu...besar kemungkinan kad saya tak akan sampai?? (mintak dijauhkan!)
dah pulak tu, sampul kad kawin aku ada corak2 bunga...dah la kena charge extra sebab buat corak2 bunga pastu harga setem plak mahal dari harga kad!

aku bukan tensen sebab harga sangat..tapi aku tensen takut2 kad tak sampai!
yang pos malaysia ni pun satu, orang biasa macam aku ni mana laa nak tau benda2 macam ni... dah la iklan pun tak buat... tensen la macam ni... perlu ker aku hantar semula kad2?


pening & stress mode!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
rase macam nak nangis...esok kena pergi pos opis tanya org tu betul2... menurut sumber dari blog2 lain katanya, harga setem yg kurang akan jadi surat mati atau dengan erti kata lain tak dihantar... aku sangat stress! kena tidooo sekarang! arghhhhhh........

7 Feb 2012

pakej2 perlancongan menarik 2012

Salam semua! :)

today nak update tentang pakej2 travel yang menarik..

List of MATTA State Fairs 2012 as below:


Kepada sapa2 yang suka travel tu, just check Matta Fair punya website. B2B yang sedang mencari2 lokasi honeymoon to bleh la tengok2 pakej2 yg berkenan di hati :)


em...agak2 ada tak orang nak sponsor aku :p ? hehehe.... (berangan jer lebey)


harap2 ada la best offer nnt kat matta fair kan... huhu


6 Feb 2012

Viva voce thesis- arghhh

tension la plak viva kena tunda.. well mungkin ada hikmah disebaliknya
another 18 days for my viva and 32 days till my wedding day


uhukk2 stress!

Fresh Flower Hand Bouquet Contest

Salam dear readers =)



salam maulidur rasul ya



hari ni aku join contest lagi by chocclairissa






cara2 nak masuk contest ni (copy pes dr choclairissa punya blog):
Follow blog http://choclairissa.blogspot.com/
Write most creative entry in your blog and/or your Facebook in Malay or English - why we have to choose you as the winner?
Share contest banner in your blog entry or Facebook.
Drop your link at below comments column form or mail to choclairissa@yahoo.com.sg for our evaluation.







______________________________________________________



Bismillahirahmanirahim..



Pertama sekali, thanks kpd penganjur yg sponsor contest ni


anjuran fresh flower hand bouquet ni sangatlah mengujakan!

keayuan pengantin perempuan akan lebih terserlah dengan bunga segar di tangan ketika hari bahagia.. hatta tak lengkap seseorang pengantin wanita jika tidak mempunyai bunga tangan



tambah2 lagi dengan harum semerbak bunga segar

menambahkan lagi seri pengantin

memang menjadi angan2 saya menggunakan bunga segar sebagai bunga tangan di majlis nanti

untuk melengkapi momen indah itu

terbayang2 bunga segar di tangan menghidupkan lagi suasana

terbayang2 riuh rendah sahabat2 ketika melambung bunga tangan untuk disambut

Alangkah bertuahnya saya kalau memenangi contest ni

(dreaming -_-)

cik choclairissa, saya sertakan 3 rangkap pantun special untukmu:


Sekali pandang hati tertawan,

Dalam hati ada taman,

Bunga segar sungguh menawan,

Bunga tangan menjadi idaman.





Hari-hari makan burger,

Bila jemu tak nak belilah,

contest menarik minat blogger,

kalau ada rezeki alhamdulillah.





terbang tinggi burung cenderawasih,

manakan sama dengan burung nang,

ucapan aluan terima kasih

andai pilih saya jadi pemenang





kalau ada rezeki, alhamdulillah... boleh la cover majlis bulan mac nanti :)

good luck to all bloggers yang join yer

=)






salam sayang,



wanie



Alhamdulillah, menang contest Red Ribbon Kebaya

Salam dear all,


Entri bulan lepas, ada la masuk contest by Mrs Red Ribbon Kebaya


alhamdullillah aku dapat tempat ke-2 :D


Hadiah nya:



sewaan set cadar creamy gold bilik pengantin :D






contest ni dapat la tolong aku sikit2 terutamanya dah nak dekat tarikh kenduri dah ni...




syukur alhamdulillah...




to all B2B, sila ke blog red ribbon utk mendapatkan info tentang baju pengantin, veil, decorasi utk pengantin dan sebagainya... =) tq


3 Feb 2012

Jemputan Kawen :)

Salam to my blogger friends,

saya menjemput bloggers yg follow blog ni/kawan2 blog yang sentiasa singgah di blog saya ini ke majlis perkahwinan saya untuk sama2 berkongsi kegembiraan dan memeriahkan majlis pada 10 Mac nnt. Email saya address kamu untuk saya poskan kad ya? jgn lupa perkenalkan diri/blog kamu ya.. kalau malu nak bg alamat tapi nak datang, email jer k..

email saya di hazwanie84 [at] gmail [dot] com.

semoga hubungan ukhwah dan silaturrahim dapat dieratkan. =)