31 Dec 2011

saya sudah buat HIV test! yeay!














Alhamdulillah, hari rabu yang lepas selesai sudah HIV test


mula2 tu tak tau pun sebelum buat HIV test kena buat appointment





tapi nasib baik laa ada terbaca kat blog bride-2-be yang lain yang sekarang ni dieorang dah buat peraturan yang sapa2 yang nak buat test HIV kena buat appointment dulu di klinik2 kerajaan yang dilantik..



memandangkan saya tinggal di shah alam, lokasi klinik yg terdekat adalah di:


Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam
No. 2 Persiaran Kayangan Seksyen 7

40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan


Monday - Thursday

2.30pm - 4.00pm
03-5518 6531 (kerani dia malas nak layan, cakap hari apa nak buat appoinment then dieorg takkan melayan apa2 soalan lain atau ramah2..terus letak je fon before kita habis soalan... dari blog B2B yg lain pun dieorg kata benda yang sama)





Time saya pergi tu klinik agak ramai orang..maklumla budak2 ptpn pun buat medical check up hari yang sama plak


memang Q lama laa jawabnya...Kalau nak jimatkan masa, mintak pasangan anda cari parking dan anda masuk dulu..

ambil nombor giliran sementara dia cari parking

incase kalau ramai orang, tips ni boleh membantu jimat kan masa anda


tapi selalunya klinik ni tak ramai orang cuma time saya pergi tu kebetulan memang horror...

orang ramai dan pack sampai tempat duduk penuh...

trick yang saya guna untuk jimat masa - ambil nombor giliran dulu then
lepas dah ambil nombor, pergi ke tingkat 1 baru ambil borang HIV test,


then boleh teruss tunggu giliran di tingkat bawah (tempat ambil nombor giliran tadi)..

takde laa buang masa kan? sementara isi borang tu, tunggu la giliran dipanggil




hoho....lepas tu, kaunter pendaftaran akan panggil nombor anda, die charge RM 1 utk seorang...


pegawai tu akan bg nombor giliran pulak n suruh anda pergi ke bilik 13 untuk ujian HIV..


ingatkan dia amik banyak darah rupa2nya dia amik setitis darah je nak test...


hulur la jari yang rasa2 korang nak


dalam a few sec, dah selesai...


tunggu la kat luar bilik tu sampai die panggil nama


dia akan bagi borang yang korang dah isi tu



kalau non-reactive maknanya negatif result laaa (yeay! dh bleh kawin ;p)


then kalau nak buat talasemia test,


pergi kat kaunter pendaftaran tadi dan daftar nak buat ujian talasemia


sebenarnya dieorg just screen FBC (full blood count) bukan buat ujian talasemia...kalau hemaglobin rendah, baru la dieorg buat ujian talasemia


so kalau korang tak mengalami sindrom kekurangan heamaglobin, tak payah buat pun tak apa


Setakat FBC test tu, biasa laa... kalau korang buat medical check up pun selalu dia akan check


tapi kalau korang ada sejarah keluarga yang ada talasemia atau heamaglobin korang rendah, risiko nya tinggi jadi digalakkan buat test talasemia ni...




lepas buat ujian HIV, saya dan en tunang pergi makan ganti darah setitik itew ;p


hahaha...



anyway, test HIV ni valid 3 month before wedding










current mode: Pening nak buat peta untuk kad kawin -_-"










No comments: