9 Apr 2011

Cabaran kerja di lab @ situasi seorang penyelidik sepenuh masa a.k.a pelajar


Aku bukan nak komplen atau perkara2 yang sewaktu dan sezaman dengannya
ini adalah hidup aku
(cer citer, cer citer)
Ok2, aku paham mesti korang eksaited nak dengar
best citer nih
sebab aper best?
sebab aku la citer (hahahaha ;p)

citer ni bermula di sebuah lab
cerita pasal aku...
bukan pasal saper2 (aku nak jadik pelakon utama kali nih ;p)

aku ulang:
harini aku citer pasal aku jer (macam selalu laaa ;p)
aku dapati ramai yang konfius
apa aku buat kat lab
pastu tanya aku soalan yang mendepressed kan aku (sebagai seorang scientist yg berdedikasi, soalan2 ini laa selalu orang tanya.. hehe)
contohnya, "susah tak buat kerja lab?"

Nak aku citer??
meh aku citer..
nanti tak payah aku dok ulang...ulang... dan ulanggg lagi
tak larat laa nak explain kerja lab yang aku dan kekawan aku buat
pertamanya, kerja2 lab ni tak ada pengakhiran
jangan harap ler korang jumpa ayat macam cerita cinderella tue --->"happily ever after"

tak ada istilah "habis cerita"
tak ada istilah "tutup buku"

dalam lab,
aku la pelajar
aku la scientist (konon2nya)
aku la jugak mekanik tak terlatih (memang aku ada rekod menjahanamkan beberapa barang ;p)


Ok2 la.... aku umpamakan kerja aku seperti ini:




part paling sakit adalah bila hipotesis tak seperti yang diharapkan
pada waktu ini laa kemurungan sedunia berlaku (maksud aku, aku laa tu)
kena "think & TRY AGAIN"
cuba banyak2 kali sampai kau berjaya
buat benda yang sama ulang2
ia adalah proses yang sangaatttt mencabar kesabaran
aku cakap betul... tak percaya, tanya orang yang buat kerja lab..sure die angguk2 (yer la tu ;p)
kadang2 tak dapat apa yang kita nak terpaksa ubat hipotesis
jadik hipotesis baru (konon2nya lah)

Untuk korang lebih memahami nya, gambar ini sudah cukup menjelaskan situasi aku :


Ok, kenapa hipotesis tak sama dengan kenyataan??

itu semua kuasa tuhan (ayat berserah dan redha amat penting di lab ;))
benda2 hidup ni memang kita tak boleh control
kita buat eksperimen dengan harapan sama macam hipotesis
tapi selalunya memang tak samaa
kan? kan?

Lepas tu memang time2 memerlukan data, mesin yang aku guna kat lab akan tiba2 problem..
kadang2 macam aku cakap tadi laa
kena jadik mekanik tak bertauliah
kadang2 elok jer mesin tu...tapi kadang2 macam hampess: masa ni encik engineer akan di panggil ("tolong2, mesin dah nazak")
selalunya encik engineer la penyelamat keadaan (walaupun kadang2 dieorang heran macam mana mesin bleh problem padahal bila dieorang datang mesin jadik elok tiba2, mesti dieorang ingat aku bohong... mengada2 mesin nih...macam benda hidup plak... mesinnn ohh mesinnn;p)

n


Bila nak analisis data, bukan sahaja otak yang pening, laptop pun ada potensi pening2 lalat
biasa la tu laptop 'hang'
biasa la tu laptop 'crashed'
biasa la tu laptop 'takbolehON' hanya boleh OFF jer
memang biasa benda2 jadik macam nih
memang biasaaa
benda2 pelik jadik




Aku nak proses2 ni mengajar aku
jadik orang yang lebih kuat
fizikal (sebab kena jadik mekanik) dan mental (sebab otak selalu diduga kejadian tak terjangka)
korang nak tak jadik orang yang lebih kuat??

nak??


sila daftarkan diri untuk jadik pelajar sepenuh masa dan buat eksperimen
sekarang!!


syarat2nya terbuka kepada semua yang mempunyai :
1- hati yang cekal (hati mesti baik jugak)
2- tangan yang boleh buat kerja lab
3- sanggup buat kerja 25 jam sehari sampai dapat results
4- otak dalam keadaan elok dan sihat sebab kalau tak sihat, nanti bila masuk lab, sure sakit manjang...


kawan2 aku yang kat lab semua hebat2
tak percaya,
tanya dieorang
bertahun2 kerja lab akan buat kita jadik
kuat fizikal dan mental

betul tak??
(ayat iklannnn...patutnya berbayar nieh..hehehe)


p/s: aku tulis untuk suka2
aku tulis untuk aku
aku tulis untuk kawan2 tersayang aku baca
aku tulis untuk sesiapa yang nak baca

ok laaa
tata ;D


No comments: