30 Mar 2011

Siapakah pilihan anda?


Dalam hidup ni memang banyak pilihan
ada pilihan yang kita tak tahu mana nak pilih
ada pilihan yang tidak ada jalan penyelesaian

kali ni aku nak cakap pasal pilihan pasangan hidup

Apakah kriteria yang anda mahu?
yer la kalau tanya lelaki mesti la dieorang cakap nak perempuan yang cantik manis sebagai isteri kan?
kalau tanya perempuan, dieorang pun akan cakap nak yang hensome2 sebagai suami

kata kunci - ciri-ciri suami/isteri pilihan (macam soalan BM la plak ;p)

mesti korang ada kriteria korang kan?
yer laa kadang2 kita pun tak tau sebab2 kita tertarik kepada seseorang kan?
ada yang kata 'chemistry' la ada yang kata 'takdir' la
semuanya terpulang pada individu kan?

bukan semua orang sama
kadang2 kita tetapkan pilihan yang macam2
tapi sebenarnya ia semua berbalik pada diri individu tu sendiri
kalau dah suka, semuanya baik2
kalau tak suka, semua buruk







Ada orang tu memang laa ramai peminat...
tambah2 lagi artis
tapi kalau nak kawin takkan la nak bergantung pada rupa paras je kan?

benda2 biasa orang akan cakap, mereka nak calon2 yang:

Beriman

Tak perlu diulas panjang lebar... memang nabi pun suruh carik orang yang beriman kan? sekurang2nya dapat la bimbing kita sebagai isteri

Tegas tapi Lembut Hati

Kalau seorang lelaki tu tak tegas, macam mana dia nak bentuk isteri dia kan?

tapi jangan la sampai tegas sampai dera bini plak kan?

Menjaga Maruah

aku rasa seorang lelaki yang selalu menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam tak patut ada dalam list kan? sebaliknya kita bleh tengok dia bertanggung jawab ke tak dengan melihat cara dia layan mak bapak dia.. kalau mak bapak pun tak hormat, macam mana dia nak jadik pemimpin keluarga nanti kan?

Bertanggungjawab

Sudah pasti la kita nak yang bertanggung jawab... ada lelaki yang bila buat salah terus lari... macam tu laa yang jadik sekarang ni ... kesian baby yang dibuang merata2 ..ibu plak dikutuk masyarakat tapi yang lelakinya selalu lari... teruk kan?

Suka melakukan Kebajikan

i like!

Berdisiplin

i like also ;p

Berjimat Cermat-

mesti la bukan seorang yang kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.


yang penting kena saling melengkapi

kalau nak suami soleh, takkan kita ni perangai tak senonoh kan?

kena la seiring dan sejalan (macam lagu uji rashid tu ;p)


jadi, siapakah pilihan anda??

calon A? B? C? sampai Z :)


aku nak calon nama start dari huruf 'I' lah ;D

No comments: