31 Mar 2011

Nak carik yang biasa2 jer, Itu pun susah



Saya mahu yang biasa2 sahaja
tapi susahnya nak carik yang biasa2

aiseh
susahkan?

kadang2 nak carik yang biasa2 pun memakan masa
ini kan pulak nak carik yang luar biasa kan?

:(


berusaha!!!


:D

30 Mar 2011

Siapakah pilihan anda?


Dalam hidup ni memang banyak pilihan
ada pilihan yang kita tak tahu mana nak pilih
ada pilihan yang tidak ada jalan penyelesaian

kali ni aku nak cakap pasal pilihan pasangan hidup

Apakah kriteria yang anda mahu?
yer la kalau tanya lelaki mesti la dieorang cakap nak perempuan yang cantik manis sebagai isteri kan?
kalau tanya perempuan, dieorang pun akan cakap nak yang hensome2 sebagai suami

kata kunci - ciri-ciri suami/isteri pilihan (macam soalan BM la plak ;p)

mesti korang ada kriteria korang kan?
yer laa kadang2 kita pun tak tau sebab2 kita tertarik kepada seseorang kan?
ada yang kata 'chemistry' la ada yang kata 'takdir' la
semuanya terpulang pada individu kan?

bukan semua orang sama
kadang2 kita tetapkan pilihan yang macam2
tapi sebenarnya ia semua berbalik pada diri individu tu sendiri
kalau dah suka, semuanya baik2
kalau tak suka, semua buruk







Ada orang tu memang laa ramai peminat...
tambah2 lagi artis
tapi kalau nak kawin takkan la nak bergantung pada rupa paras je kan?

benda2 biasa orang akan cakap, mereka nak calon2 yang:

Beriman

Tak perlu diulas panjang lebar... memang nabi pun suruh carik orang yang beriman kan? sekurang2nya dapat la bimbing kita sebagai isteri

Tegas tapi Lembut Hati

Kalau seorang lelaki tu tak tegas, macam mana dia nak bentuk isteri dia kan?

tapi jangan la sampai tegas sampai dera bini plak kan?

Menjaga Maruah

aku rasa seorang lelaki yang selalu menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam tak patut ada dalam list kan? sebaliknya kita bleh tengok dia bertanggung jawab ke tak dengan melihat cara dia layan mak bapak dia.. kalau mak bapak pun tak hormat, macam mana dia nak jadik pemimpin keluarga nanti kan?

Bertanggungjawab

Sudah pasti la kita nak yang bertanggung jawab... ada lelaki yang bila buat salah terus lari... macam tu laa yang jadik sekarang ni ... kesian baby yang dibuang merata2 ..ibu plak dikutuk masyarakat tapi yang lelakinya selalu lari... teruk kan?

Suka melakukan Kebajikan

i like!

Berdisiplin

i like also ;p

Berjimat Cermat-

mesti la bukan seorang yang kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.


yang penting kena saling melengkapi

kalau nak suami soleh, takkan kita ni perangai tak senonoh kan?

kena la seiring dan sejalan (macam lagu uji rashid tu ;p)


jadi, siapakah pilihan anda??

calon A? B? C? sampai Z :)


aku nak calon nama start dari huruf 'I' lah ;D

29 Mar 2011

Hippo kalau mengganas.............


Aku ingat hippo tak kuat
dah ler badan besar
pastu berkubang jer kat pool
aku ada stigma negatif terhadap hippo
walaupun hippo ni comel dan selalu dijadikan maskot tapi aku cukup tak suka hippo
pada aku hippo tu tak comel dan tak cool langsung berbanding haiwan lain
tapi kan, haritu aku tengok ASTRO - animal channel (jangan tanya napa aku tiba2 tengok channel animal planet ;p)
kat rancangan tu aku tengok survival binatang pada musim kemarau
ada satu jer lopak air yang dihuni oleh beratus2 ekor buaya
semua binatang terpaksa bertaruh nyawa nak dapatkan setitis air dari lopak yang dah nak kering kontang tu

tapi ada satu jer binatang yang buaya tak berani kacau
selamba jer binatang tu masuk dalam lopak air tu
dah pulak tu siap join in the club buaya2 tu berkubang...
itu lah mak hippo dan anak hippo
langsung tak takut dengan buaya2 tu
aku pun terkesima
hippo?
kenapa hippo?
aku kagum betul la
rupa2nya hippo punya rahang sekuat buaya punya rahang
aku ingat hippo ni manja2 ala2 fasha sandha tapi rupa2nya bukan
ganas jugak hippo nieh

wahai hippo, aku underestimate kau selama ni
hari ni aku insaf sebab kau memang hebat dan kool

kat bawah ni ada gambar2 dari internet yg aku tak sengaja terjumpa plaks
ganas gak hippo nieh...
kalau korang tak sampai hati tengok aksi2 ganas, dinasihatkan korang jangan tengok ;p
kesian plak aku tengok buaya tu... ish ish..


ceritanya begini:


Pada suatu hari, ada seekor buaya yang nak jadik raja (konon2nya lah)
dia nak conqure kolam tapi kolam tu dihuni oleh sekumpulan hippo yang aman damai
Buaya tu buat hippo rasa sangat menyampah kerana mengganggu ketenteraman hippo2 tu berkubang di kolam....
sebaik saja hippo2 tu rasa tak boleh bersabar lagi, tiba-tiba............

<
<
<
<
Hippo tu gigit si buaya yang berlagak bagus tu..
gigitan dari rahang hippo yang sangat kuat sampai kan buaya tu meraung kuat2
kesian buaya tu
tak tau ler buaya tu masih hidup atau tak...




begitulah ceritanya,

terima kasih ;D

oh!moralofTheStoryFening2Lalat: jangan underestimate orang yang tak cool tapi mungkin mereka sebenarnya cool dan merbahaya (watch out ;p)




27 Mar 2011

Degil sangat...Ya AMPUN!~~


wahai hati-hati yang degil...
lembut laaa kamu
seperti lembutnya kain sutera
seperti lembutnya si penari2 ballet
seperti lembutnya rambut dalam iklan syampoo
(metafora agar kamu lebih bersimpati dengan saya)

apesal laa degil sangat hati kamu nih?
kalau buat gulai mesti liat, kan?

aku tak paham
dan tak mungkin cuba paham
aku tak nak paham
tapi aku nak kau paham aku

ya tuhan, tolonglah lembutkan sikit hatinya
jangan biarkan keras macam batu
biar die paham sikit kesusahan aku
biar die tolong sikit ringankan beban aku nih

harap2 die paham
aku harap sgt2


nampaknya tinggal angan2 jer laaa
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!





13 Mar 2011

Soalan-soalan yang saya selalu kena jawab tahun ini


Ok, kekawan semua,
cuba kamu semua pikir sejenak
tahun ni soalan2 apa yang orang selalu tanya kamu bila jumpa kamu?

tujuan artikel ni untuk suka-suki jer

tapi bila pikir secara serius, rasa nak tergelak sorang2 sebab banyak kot soalan2 yang tak tau nak jawab macam mana

Ok, aku bukan artis atau selebriti tapi ada la lebih kurang macam artis jugak la kot sebab orang suka jer tanya aku soalan-soalan ala2 Abang Nas Ahmad Melodi tu.. hahaha! ;p


Ok, sedia? 1...2....3....

soklan2 terjah bersama makcik pot pet ala2 abg nas ahmad melodi:




soklan faveret: Bila nak kahwin/ langsung/ kenduri atau soalan2 yang sama waktu dengannya..

komen aku: aku dah berkali2 explain yang aku memang nak kawen tapi tunggu masa sesuai... aku bukan nya suka-suki tak nak kawin...
takdir orang lain2... kau jangan nak samakan takdir aku ngan kau..
kau kawin awal takdirnya, aku pulak kawin lambat dari kau
susah sangat ke kau nak terima hakikat tu?

aku cool jer kalau orang tanya soalan bila kawin sebab itu menunjukkan dieorang take care pasal aku...tapi kalau dah bertalu2 tanya soklan yang sama, kau bengang tak? macam soalan dalam iklan tu: burung murai. contoh situasi aku adalah seperti video di bawah (macam soalan contoh SPM ajer ;p):



soklan yang buat aku terkejut beruk: Kenapa sambung PHD, nanti bila habis, nak kerja apa? zaman sekarang tak perlu sambung PHD nak gaji besar2

komen aku: -_- lagi sekali aku terkejut beruk.... apakah? -_-
aku terdiam dan tersenyum aje (konon2 nak berlagak cool ala2 artis kena terjah)
aku bukan nak gaji besar sambung phd nih...dengan rendah diri aku rasa itu bukan lah matlamat hidup aku... aku bukannya kata aku tak perlukan duit tapi bukan sebab itu aku sambung phd...

macam ni la, aku bagi soklan ala2 untuk kau paham untuk menjawab soalan:
kenapa perlu beranak ramai2? zaman sekarang tak perlu anak ramai2, buat beban ajer

apa rasa kau kalau aku tanya soalan tu kat kau??
tapi aku cool ajer sebab aku andaikan mungkin kerana kau takder la paham situasi aku sebab tu la kau cakap2 macam tu kan..
tak apa lah...aku redha jer ngan soalan kau..


soalan ketiga: tesis dah siap ker? dah berapa chapter??

soalan ni soalan biasa...tak mencabar pun sebab jawapan aku sama jer skema nya..
hahaha
iyer, saya masih dalam proses... perlu diingatkan saya seperti kura2 bila menulis tesis (maaf ya kura2 sebab cakap kamu slow macam saya)
tapi aku sedang berhempas pulas sampai perut memulas la ni...
kalau bos tanya lagi laa senak perut...

ook2 aku kena tulis tesis ni...dah melencoong jauh nihhhhh....bila sebut bos jer terus senak balik...adoi!!!

ok la nnt aku hupdate berita2 terbaru dan terkini ya!

-sekian, terima kasih-


**** Owh rupa2nya ada jugak orang buat artikel pasal kes ni... (bukan aku sorang jer yang pikir macam ni....


aku rasa artikel ni macam ditulis oleh orang yang extra sensitif tapi tak apa lah kan, kita berkongsi2 rasa ;D

12 Mar 2011

macam mana nk delete akaun fb ni? (mode: malas-nak-ambil-tau)

amaran: entri ini sedikit emo- kalau anda seorang yang tak suka layan emo2 ni, jgn baca k

saya rasa saya tak perlu pakai celak tebal2 untuk nampak saya ni emo girl hari ini...
saya memang amat sedih+marah+terkilan

SAYA RASA MACAM NAK DELETE JER AKAUN FB SAYA NIH


yer, saya bukan bergurau suka-suki dengan anda
saya rasa emo (mungkin kerana 90% diri saya dikawal oleh hormon angin-kus-kus)

saya tak suka la saya tau berita secara tak langsung terutamanya dari facebook!

apa yang dimaksudkan secara tak langsung?
maknanya - saya tak tau menahu langsung berita kalau tak bukak facebook

orang sekarang macam addicted nak publish segala mala (saya tak salahkan isu ini)

saya bawak kan isu: nak-publish-fb-tapi-berahsia (orang tertentu jer yg bleh tengok?)
sampai terlupa adab nak bagitau ikut mulut atau bertanya kabar dengan sms ke fon ker emel ker
tau2 daah publish kat wall


aku tak kesah kalau orang tu jauh ataupun bukan rapat dengan aku
tapi aku terkilan la

ko rapat dengan aku
dari kecik
rahsia sangat ke nak bagitau aku berita2 ni?
berita orang sakit pun kau nak berahsiah ker?

mungkin aku yang salah
aku yang tak bertanya

tapi aku bukan jenis kepochi
bukan jenis suka tanya benda2 yang kau tak suka aku tanya

apa salahnya aku tahu berita gembira dari mulut kau sendiri?
susah ker nak tulis messege? susah ker?

owh tulis kat wall fb tu lagi senang kan?
tapi kau pernah dengar tak maksud "courtessy"?

politeness?

benda2 ni tak payah cakap...memang takde dalam buku tapi kau patut tahu
benda2 yang tak dibelajar di sekolah


aku hormati la keputusan kau tak nak aku tau rahsia besar kau tu (padahal publish kat fb)


itu la sebab musabab aku nak delete akaun fb aku..
aku tak mau tau dah
apa2 yang tak patut aku tau

biar orang tu sendiri bagitau aku
daripada aku tau pun dari fb

orang yang rapat sekali ngan aku..
bukan orang lain...
pernah tidur sekatil sebantal masa kecik2
sedey tau...sedey


sekian lah emo saya hari ni...

saya tak salahkan kamu tapi hati saya tiba2 rasa sakit

mungkin terluka dan kalau baik pun tinggal parut yang huduh

sekian, terima kasih