27 Feb 2011

Sedikit nota kaki untuk hari ini ;)


gambar hiasan semata2

Jangan sesekali mengeluh.. ataupun memikirkan kamu bernasib malang...
tak ada istilah "malang", "nasibkurang baik" ataupun "sial" sebenarnya..
perkataan2 itu semua istilah yang diwujudkan oleh manusia...
sebenar2nya adalah istilah yang betul adalah "ujian ataupun cubaan" yang tuhan turunkan untuk menguji kesabaran hamba-Nya
bila ditimpa masalah atau pun sesuatu yang tidak kita tidak rela ianya berlaku,
ucaplah
"La Haula Wala Quwwata Illa Billah" bermaksud tidak ada daya dan kekuatan kecuali kekuatan Allah.

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)

ramai lagi orang yang ditimpa ujian tuhan di luar sana...

yang mengkagumkan saya, mereka sangat tabah sehinggakan tiada setitik pun air mata yang jatuh... semangat juang yang tinggi betul kan?

yang penting kita tabah dan banyak2kan berdoa semoga tuhan membantu meringan kan sedikit ujian yang diberiNya... kerana kita hambanya yang tak berdaya dan kepadaNya jua kita meminta.



1 comment:

Ice Rose Princess said...

cartoon tu mmg tersangatlah kena! haha