31 Aug 2010

apa erti merdeka?


sedar tak sedar, dah 53 tahun kita merdeka..

aku lahir lepas 30 tahun merdeka..
tapi...

merdeka kah kita?

aku rasa cukup bertuah di lahirkan di Malaysia

tak ada perang-perang
tak ada bom-mengebom
makanan pun cukup

alhamdulillah..

tapi seharusnya kita ingat
di sebalik kesenangan yang kita kecapi itu,
tuhan akan uji kita dengan ujian demi ujian

contohnya, negara kita tak ada yang terbunuh dalam perang2 tapi berapa ramai orang mat rempit mati sia2 atas jalan masa racing?

negara kita tak ada bom-mengebom sesama musuh tapi tengok lah perpaduan kaum kita sendiri... sesama muslim pun giat dok kutuk mengutuk demi menunjukkan diri mereka terbaik..

negara kita makanan cukup sampai makanan boleh di buang2 tapi di sebalik itu, ada juga yang tak kesah halal haram...
walaupun bukan dalam keadaan darurat tapi sengaja pilih makan minum yang diharamkan agama...


Maka, marilah kita sama2 setiap kali lepas solat, doakan juga kesejahteraan anak2 bangsa dan generasi akan datang supaya kuat menghadapai cabaran2 ini..
jangan biarkan mereka alpa dalam kesenangan yang belum tentu menjaminkan sesuatu yang kekal...


Selamat menyambut hari merdeka, Malaysia

8 Aug 2010

privasi yang mengecewakan oranggggg -_-

Pernah tak korang jadik silent reader blog orang lain? mesti la pernah kan?

aku bukan apa, kadang2 dah best2 follow blog orang pastu alih2 keluar msg ni:


"This blog is open to invited readers only"


Frust tau! tapi aku hormatilah "privacy" orang tu... tapi aku rasa dalam dunia blog nih memang lah ada privacy masing2 tapi kalau tak nak orang baca, baik tulis dalam diari jer kan? huhu.....
aku sungguh kecewa sebab dah tak bleh dah baca blog tu -_-" selalunya aku siap buat air milo panas baca blog tu utk lebey penghayatan (sila abaikan ayat dramatis ni)...

p/s: nampaknya kena lah carik blog yang versi kelakar macam tu plak....yeay2 blog hopping toink toink =D

Jadik guru kena tunjuk kan tauladan yang baik




Guru... tak kira la cikgu sekolah ke ataupun cikgu tuisyen ker asalkan mengajar ilmu disebut guru..
aku sekarang ni jadik cikgu tuisyen kat tuisyen centre dpn umah.. setiap hari ada jer benda2 yang berlaku.. betul lah cakap orang telatah budak2 memang menghiburkan.. kadang2 aku tensen gak sebab disebabkan aku tak boleh nak marah budak sebab aku rasa tak sampai hati, kadang2 budak2 tu jadik diluar kawalan..tapi sekarang ni dieorang dah baik sikit sejak haritu aku gastrik ke kelas tuisyen sampai kena mengajar atas lantai (nasib baik berkarpet)...mungkin dieorg trauma kot sebab dieorg ingat aku sakit gastrik haritu sampai hampir terguling atas lantai sebab tensen ngan dieorg yang buat tarian red india versi kanak2 malaysia (walaupun 30% betul..hehe)..bagus jugak sebab sekarang ni dieorang jaga kelakuan dalam kelas sebab takut aku sakit gastrik lagi..

mengajar budak2 darjah 4 nih sangatlah kuat cabarannya.. aku masik berpegang pada prinsip seorang cikgu kena tunjuk teladan yang baik pada murid2.. walau macam mana sekalipun jangan sampai murid2 terdengar cikgu maki2 ataupun cikgu belasah orang ker...
contohnya, aku tak beli meggie depan bebudak tu takut nanti dieorang tiru... lepas tu aku mesti pastikan aku datang kelas awal sebab aku pernah ditegur oleh seorang budak tu..die kata, "disebabkan cikgu suruh kitaorg datang awal, cikgu pun kena datang awal jugak"..maka dengan automatiknya aku lebih awal datang dari dieorg coz tak nak dieorg tiru perangai datang lambat..
dalam kelas, memang aku kawal perkataan yang keluar dari mulut aku...kalau marah sekalipun memang aku tak keluarkan perkataan yang tak elok sbb budak2 tu suka jer tiru perkataan yang baru2 dieorg dgr...

mungkin betul lah ada brader tu cakap,
"Jadi CIKGU membawa erti seseorang yang mempunyai nilai-nilai baik yang menjadi ikutan dan tiruan"

aku teringat jasa cikgu2 aku ...sungguh banyak pengorbanan dieorg.... sanggup bersabar dengan kerenah kiteorg.... aku terfikir jugak, memanglah kadang2 kita rasa kita betul dan terasa hati dengan cikgu...tapi lama2 kita akan sedar juga yang cikgu tetap cikgu yang memberi nasihat kepada kita walaupun kita tak suka ataupun kita marah... itulah pengorbanan cikgu sebab sanggup tanggung risiko dibenci demi mendidik anak muridnya.

terima kasih cikgu2 sekalian!