11 Apr 2010

Cute, sweet dan cantik- ciri2 gadis idaman?


Wah wah...
tajuk tak hingat! ;D
sebenarnya aku buat tajuk ni bukannya apa..
baru jer tengok preview 'semerah stiletto' kat youtube..
haha..

OK la, aku rasa Lisa surihani sangat lah cute! (sebab aku minat tengok dia belakon ;p)



kalau cute dan cantik macam lisa surihani, mesti la ramai peminat kan? aku rasa life selebriti nih mesti susah kan? yer la nak pegi mana2 pun orang serbu ;)

Ok, berbalik kepada cerita aku yang sebenar, kali ni aku nak cakap tentang kriteria calon suami/isteri...

memang lah lumrah manusia suka yang cantik..
kalau boleh nak carik calon suami atau isteri yang cantik..

tak salah pun kalau cantik tu dijadikan salah satu kriteria untuk mencari calon tapi pada pendapat aku, jangan sampai cantik tu dijadikan kriteria utama..

kriteria utama, calon pasangan mestilah berilmu..
bila aku kata berilmu bukan bermaksud mesti masuk universiti keer atau belajar tinggi2 luar negara ker
pada aku berilmu itu maksudnya tahu membezakan baik dan buruk
demi mendapatkan keredaan Nya..

cantik itu bonus..
lagipun cantik itu kan subjektif..
bergantung pada mata yang melihat dan hati yang menilai bukan?
kadang2 mata boleh terlalai, hati pun boleh tertipu,
jadi, jangan cepat menilai orang berdasarkan paras rupa sahaja..
kadang2 rupa sahaje yang cantik tapi tak hormat orang tua laa, merompak laa, ambil dadah laa, kaki pukul, kaki kikis...
nak buat apa kan?

Cantik fizikal itu tak akan kekal,
lambat laun uban tumbuh, kulit akan berkedut,
tapi yang akan mengekalkan kecantikan diri adalah akhlak dan ilmu di dada..

sama2 lah kita renungkannya..

tepuk dada, tanya selera ;D



No comments: