25 Apr 2010

Malas nak potong rambut ;p


gambar repunzel dan rambutnya yg terkenal itew~


Rambut adalah mahkota wanita, ye tak?
mana ada wanita yang sesuka hati membotakkan rambut mereka..
aku selalu jer ada masalah nak potong rambut...
korang tau tak perasaan die macam mana?
perasaan dia macam budak kecik yang ada masalah sembelit ;p
hahaha~ macam tu laa perumpaan aku dan masalah dengan gunting rambut...

aku malas la nak pergi potong rambut -_-
korang tau tak kenapa?
tukang gunting rambut selalu jer komplen rambut aku nih tebal dan lebat sangat..
aku tak tau laa apa masalah dieorang..
dah rambut aku macam ni nak buat macam mana kan?

korang bleh tahan tak kalau masa time potong rambut tu, tukang gunting rambut akan akan sentiasa bebel2 atau pun mengeluh macam ni "kenapa laa rambut u nih tebal sangat?", "susahnya nak potong rambut u nieh, kena potong skit2"

aku rasa macam nak cakap jer kat die, "hello minah, aku bayar laa gunting rambut nih"
tapi aku malas nak banyak songeh kat situ, maklum la nnt kot2 die sabotaj rambut aku..haha!

dah pulak tu, kalau aku pegi gunting rambut, mesti kena charge extra punya lah...
aku tensen lah... aku tak kesah charge extra tapi rambut aku ni bukan macam sarang tebuan yang susah sangat nak potong, aku mintak potong straight cut ajer bukan style yang pelik2
charge extra tu agak2 laa, dah aku dah hint aku ni student (bleh ker hint2 tukang gunting rambut utk dapatkan simpati? haha ;p)

pastu time nak blowing rambut tu, kadang2 tukang gunting rambut tu buat sambil melepaskan batuk di tangga ajer... buat ala kadar.. baik aku buat sendiri kat rumah kan?

dulu, masa kecik2, ayah aku jer potong rambut aku dan adik2...
tak pernah mengeluh pun
ayah aku buat free of charge ajer
semua fesyen rambut sama ajer...
nak tau ker dulu fesyen rambut aku macam mana??

skroll ke bawah....

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>


Tadaaa! gambar nieh kat rumah nenek aku..
posing jer kat piano tapi tak reti main pun sampai sekarang -_-"
cantik tak fesyen rambut aku?
haa...tu ayah aku laa yang potong




kesimpulannya, aku kena carik kedai gunting rambut yang boleh menerima keadaan rambut aku seadanya (cewah macam carik calon suami ;p)

sebelum rambut aku ni jadik macam repunzel, baik aku potong.. hehe

selamat hujung minggu semua!!!
aku doakan korang hepi dan gembira sentiasa ;)

23 Apr 2010

Dah lama tak berinternet ;p


dah lama tak update blog...
bukan bz apa pun cuma malas nak bukak internet..
ada macam2 alasan yang aku list kan di sini "kenapa aku malas bukak internet". antara alasan2 lapuk aku seperti:

1) aku bukan jenis chatting macam zaman sekolah menengah dulu2...dulu aku nih macam burung hantu, malam2 jer chatting mirc.. seronok time tu sebab dapat kenal dengan ramai orang.. tapi sejak dah ada boifren (ewah2) aku dah TAK chatting dah, lagipun ramai giler orang penipu sekarang nih.. kepada adik2 yang nak berchatting pastu blind date tu, aku nasihatkan tak payah laa ambil risiko... bahaya zaman sekarang nih ramai orang kaki penipu..

2) bila ada access internet, aku cuma bukak emel pastu balas emel..
friendster, facebook dsb nya aku macam dah jarang bukak...
bukan aper, masa nak upload page lambat sangat sampai aku boleh tertido.. kadang2 line internet tak stabil..macam biskut chipsmore, kejap ada, kejap tak de

3) aku jarang nak update kepada orang perkembangan diri aku ni sebab tak penting untuk sesiapa tahu pun melainkan kalau orang2 yang concern atau ambil berat tentang aku dah bertanya, jadi aku bagitau. Lagipun, hidup aku ni berubah mode slow pace, maka tak ada sangat perkembangan terbaru pun..

4) hari2 isnin-jumaat aku kerja siang, kadang2 malam..balik umah aku malas dah bukak laptop, lagipun waktu malam aku macam addicted tengok cerita bersiri kat tv sekarang ni..hehe

5) hari sabtu dan ahad selalunya hari aku peruntukan untuk famili aku dan orang tersayang..haha.. poyo jer ayat kan? sabtu dan ahad pun kadang2 kena kerja jadi aku malas nak berinternet

kesimpulannya, aku jarang bukak internet sebab real life aku sekarang amat seronok sampaikan tak bergantung kepada internet untuk dapatkan hiburan..
I'm addicted free to internet ;)
yeay!


11 Apr 2010

Cute, sweet dan cantik- ciri2 gadis idaman?


Wah wah...
tajuk tak hingat! ;D
sebenarnya aku buat tajuk ni bukannya apa..
baru jer tengok preview 'semerah stiletto' kat youtube..
haha..

OK la, aku rasa Lisa surihani sangat lah cute! (sebab aku minat tengok dia belakon ;p)



kalau cute dan cantik macam lisa surihani, mesti la ramai peminat kan? aku rasa life selebriti nih mesti susah kan? yer la nak pegi mana2 pun orang serbu ;)

Ok, berbalik kepada cerita aku yang sebenar, kali ni aku nak cakap tentang kriteria calon suami/isteri...

memang lah lumrah manusia suka yang cantik..
kalau boleh nak carik calon suami atau isteri yang cantik..

tak salah pun kalau cantik tu dijadikan salah satu kriteria untuk mencari calon tapi pada pendapat aku, jangan sampai cantik tu dijadikan kriteria utama..

kriteria utama, calon pasangan mestilah berilmu..
bila aku kata berilmu bukan bermaksud mesti masuk universiti keer atau belajar tinggi2 luar negara ker
pada aku berilmu itu maksudnya tahu membezakan baik dan buruk
demi mendapatkan keredaan Nya..

cantik itu bonus..
lagipun cantik itu kan subjektif..
bergantung pada mata yang melihat dan hati yang menilai bukan?
kadang2 mata boleh terlalai, hati pun boleh tertipu,
jadi, jangan cepat menilai orang berdasarkan paras rupa sahaja..
kadang2 rupa sahaje yang cantik tapi tak hormat orang tua laa, merompak laa, ambil dadah laa, kaki pukul, kaki kikis...
nak buat apa kan?

Cantik fizikal itu tak akan kekal,
lambat laun uban tumbuh, kulit akan berkedut,
tapi yang akan mengekalkan kecantikan diri adalah akhlak dan ilmu di dada..

sama2 lah kita renungkannya..

tepuk dada, tanya selera ;D