1 Mar 2010

Niyang Rapik 2010 review/ulasan (chewah macam pembaca ulasan sukan kat tv..hehe)


Ish aku buat entri ni malam2..saja nak amik feel (wahaha..eh sekarang ni kena tukar mode seram..)

Hari sabtu lepas, aku pergi menonton wayang cerita Niyang Rapik ni..
pertama sekali kalau uolls expect nak tengok hantu yang sangat dasyat dalam cerita ini, mungkin anda akan kecewa sebab kemunculan hantu tak adalah kerap... ada beberapa babak jer...


Cerita Niyang Rapik ni bukan cerita merapik2...
Bagus juga jalan ceritanya cuma ia terlalu straight to the point je..
kalau yang ada migrain tu, jangan risau tengok cerita ni sebab tak payah fening2 kepala nak pikir2 eh ;)

cerita ni takde kena mengena langsung dengan puaka Niyang Rapik... patutnya diberi judul nama Dendam Si Tok Ketua kampung ker, aper ker kan... mungkin dengan tajuk puaka niyang rapik, penerbit rasa boleh market kot kan? strategi marketing la katakan...tapi aku rasa tema seram nih tak der la ditonjolkan sangat dalam cerita ni... tajuk jer kasi seram semacam tapi jalan cerita dia bukan lah fokuskan hantu tu ajer.. lebih menjurus kepada persahabatan lima sekawan dalam cerita ni.


ok, cerita ni mengisahkan dendam ketua kampung (lakonan nasir bilal khan) setelah anak beliau, Laila dirogol oleh salah seorang daripada lima orang pelajar lelaki yang buat projek akhir mereka di Niyang Rapik. Secara tak sengaja, Laila terbunuh waktu bertengkar dengan ayah dia dan Tok ketua kampung pun buat ilmu hitam (macam ala2 vodoo) kat kelima2 orang pelajar tu.. apa jadi dengan kelima2 "jejaka-tampan" itu?

Babak akhir korang kena tengok la sendiri, nanti tak suspen seh...

aku rasa cerita ni OK la... dieorang buat kat pengambaran kat tasik kenyir, memang lawa tempat tuh...

Apa2 pun, selamat hari Isnin ya uolls ;D

No comments: