30 Mar 2010

Demam = tak best


Dah 2 hari aku demam...
demam biasa2 jer..
simptom2 demam yang aku sangat tensen adalah:


1- sakit kepala berdenyut2
2- badan rasa sejuk sangat walaupun dah pakai 3 helai baju
3- mata rasa tak selesa


Time sakit2 macam ni baru teringat nikmat sihat..
biasa lah kan manusia selalu terlupa...bila kehilangan nikmat baru laa tau rasa nikmat tu macam mana... uhuk uhuk (sedeyyy sebab tak boleh bercergas-cergasan..;p )

aku bukannya dok tercangak tengah panas sampai demam. aku pun tak tau mana datangnya demam nih... redha ajer laa..
nasib baik demam tak teruk..
demam 'ala2 manjer' jer
time demam laa aku bleh mintak extra attention..
ho ho ho!!

panadol kena telan 2 bijik..
activefast jer jalan skit kesannye..
aku harap aku cepat sembuh sebab nak bergonjeng2an hari sabtu nih ;)
hee.... tiap2 minggu tak sabar tunggu hari sabtu
(wink2)

27 Mar 2010

Hits entri: Mimpi kawin


Aku pernah post entri ni dulu...
aku perasan jugak selalu jer ada orang search topic nih yang menyinggah kat blog aku nih
Ada apa dengan mimpi? ada apa dengan kahwin? ;)

Kali ni aku post entri:
"Bagaimana saya mendapat mimpi kahwin?"

Aku rasa la kan, ramai yang mimpi kahwin nih (since ramai yang google kan?)
sama kes macam aku gak ;p

 
sebab2 aku rasa memungkinkan anda mendapat mimpi kawin adalah:


1. memang nak merancang nak kahwin
2. asyik tengok website2 orang kahwin
3. asyik baca majalah orang kahwin
4. tengok rancangan tv rancangan kahwin
5. tengok cincin di kedai2 seperti poh kong, habib, dan sewaktu dengannya


Pertama nya yang aku nak cakap kat sini, bukan semua orang boleh dapat mimpi kahwin..
tak percaya? cuba tanya kawan2 korang
ada tak dieorang mimpi kahwin?
jarang bukan??

jadi kepada sesiapa yang risau sebab dapat mimpi kahwin tu, toksah laa risau sebab ia perkara normal jika anda ada 5 ciri2 yang aku sebutkan di atas. hehehe...

Orang kata mimpi mainan tidur
tapi pada aku, mimpi kawin adalah istimewa sebab bukan semua orang mimpi kawin
ye tak?
hehehe....


gheeee...tak sabarnyer nak kawin!
ho ho ho ;p








21 Mar 2010

Artis kahwin - Zizan Nin


Aku rasa baju dia cantik especially yang perempuan tu
isteri dia cantik lah... tak dapat letak gambar baju tu dengan lebih detail sebab tak dapat google gambar yang lebih clear... tapi seriusly i like the baju nikah... simple but sweet ;)
owh sangat sukaaaa ;D


aku sanggup tak basuh kaki sebelum tidur untuk dapat mimpi kawin pakai baju nikah macam ni lol! hehehe ;P

20 Mar 2010

Use somebody by king of leon


Love this song and the melody!
So I vote this song as the song of the month ;)
Yeay!


The song of MAC is USE SOMEBODY! Let sing together ;p




10 Mar 2010

Redha ajer laa



Kiri kanan tak ada jalan
Yang ada pun jalan mati
tak tahu ke mana nak dituju
nak berlindung dari hujan ribut taufan tapi tempat berlindung pun tak ada

sabar2


Siapa setuju, semua bayi adalah GORGEOUS??


Entri kali ini tentang baby..
Pada aku semua baby adalag comel...
Kalau korang tak setuju, cuba selongkar balik gobok album lama korang masa kecik2 dulu...comel kan?? haa... memang laa baby mana yang tak comel?
semua baby comel, suci, murni...

Kalau nak tengok senyuman yang paling jujur, cuba perhati baby senyum...
senyuman yang jujur dan menawan...
sejuk jer hati tengok kan?




Aku buat entri ni sebab kebelakangan ni banyak kes buang baby kat surat khabar..
Korang bayangkan, macam mana baby tu di buang sesuka hati..
dalam jamban, sungai dan paling menyedihkan kena bakar dengan sampah pun ada..

Kadang2, aku rasa sedih sebab baby tu tak berdosa apa2 pun.. kalau tak nak baby tu, serahkan kat orang... sekurang2nya berilah peluang baby tu hidup..

ada orang nak anak tak dapat2, ada orang pulak senang2 buang anak...
ke mana hilangnya naluri seorang ibu?
ataupun naluri seorang ibu terhapus dek kerana malu?

aku nak kongsi kan nasihat ustaz hasrizal (yang tulis buku 'aku terima nikahnya' klik entri)
"Begins with the end in mind"

Sebelum lakukan apa2, fikirlah semasak-masaknya..
jangan biarkan nafsu mengawal diri

p/s:gambar di atas adalah gambar anak buah saya yang ada iras2 Shin Chan ;D ... BTW, namanya Muhammad Fahim ;D



1 Mar 2010

Niyang Rapik 2010 review/ulasan (chewah macam pembaca ulasan sukan kat tv..hehe)


Ish aku buat entri ni malam2..saja nak amik feel (wahaha..eh sekarang ni kena tukar mode seram..)

Hari sabtu lepas, aku pergi menonton wayang cerita Niyang Rapik ni..
pertama sekali kalau uolls expect nak tengok hantu yang sangat dasyat dalam cerita ini, mungkin anda akan kecewa sebab kemunculan hantu tak adalah kerap... ada beberapa babak jer...


Cerita Niyang Rapik ni bukan cerita merapik2...
Bagus juga jalan ceritanya cuma ia terlalu straight to the point je..
kalau yang ada migrain tu, jangan risau tengok cerita ni sebab tak payah fening2 kepala nak pikir2 eh ;)

cerita ni takde kena mengena langsung dengan puaka Niyang Rapik... patutnya diberi judul nama Dendam Si Tok Ketua kampung ker, aper ker kan... mungkin dengan tajuk puaka niyang rapik, penerbit rasa boleh market kot kan? strategi marketing la katakan...tapi aku rasa tema seram nih tak der la ditonjolkan sangat dalam cerita ni... tajuk jer kasi seram semacam tapi jalan cerita dia bukan lah fokuskan hantu tu ajer.. lebih menjurus kepada persahabatan lima sekawan dalam cerita ni.


ok, cerita ni mengisahkan dendam ketua kampung (lakonan nasir bilal khan) setelah anak beliau, Laila dirogol oleh salah seorang daripada lima orang pelajar lelaki yang buat projek akhir mereka di Niyang Rapik. Secara tak sengaja, Laila terbunuh waktu bertengkar dengan ayah dia dan Tok ketua kampung pun buat ilmu hitam (macam ala2 vodoo) kat kelima2 orang pelajar tu.. apa jadi dengan kelima2 "jejaka-tampan" itu?

Babak akhir korang kena tengok la sendiri, nanti tak suspen seh...

aku rasa cerita ni OK la... dieorang buat kat pengambaran kat tasik kenyir, memang lawa tempat tuh...

Apa2 pun, selamat hari Isnin ya uolls ;D