27 Feb 2010

Idea2 Hadiah yang sesuai untuk LELAKI


Masa boring2 kadang2 aku melawat blog2 orang lain...macam2 perkara baru yang aku tau dari blog2 orang nih...Terfikir untuk buat topik ini setelah membaca topik ni di blog ini http://www.koleksicinta.co.cc :)
Ok lah, aku buat list ni berdasarkan aku punya pendapat lah kan.. Lelaki tak semestinya terhad kepada boifrend jer tau.. maksud aku mungkin entri ni dapat tolong korang pikir hadiah yang sesuai untuk bapa, atuk ker, bapa mentua ker atau pun golongan yang sewaktu dengannya...

Mula2 tu korang tengok lah dulu apa acaranya, misalnya hadiah untuk birthday ker, hadiah untuk konvo ker ataupun hadiah ulangtahun perkahwinan ker kan... bagi ikut kesesuaian orang tu

1. Sebarang Gajet seperti IPhone/ Blueberi/ Camera SLR/ NoteBook/etc.

Sebutlah nama gajet2 aper ker mesti ramai lelaki yang suka, macam hadiah camera SLR ker (kalau mampu lah kan)...tak pun game bagi yang gila game tue...Gajet ni semua mahal2, jadi selalunya menjadi option yang last sekali... mungkin ramai yang jadikan hantaran benda2 macam ni sebab mahal kan? Aku pun nak IPhone! :) hehe...

2. Jam tangan
Jam tangan yang bergaya ala2 sporty ker bagi yang sukakan sports ataupun gaya ala2 james bond ker bagi yang suka bergaya... Hadiah ni pun kira dalam RM200 ke atas la kot? Jam tangan tu elok jugak korang pilih yang dia berkenan sebab lain2 orang lain juga cita rasanya kan? ;p

3. Pen fountain (pen dakwat basah)
kalau pen parker ker or pen sheffer ker memang nampak klasik... tambah2 pulak kalau korang ukir nama ataupun apa2 wording yang bermakna kat pen tu ;)
Kat midvalley ada engraving service for free (kat Jusco dekat2 dengan surau)

4. Jersi
Ramai lelaki kaki bola... korang tengok lah dia suka team mana kan...(mesti korang tau kan?)
Kalau die suka Machester jangan plak korang beli jersi liverpool! haha... (walaupun jersi tu korang rasa cantik tapi certainly defNOT ok)

5. Perfume
Kalau rasa2 nak beli perfume untuk kekasih hati belilah yang sesuai dengan peribadi...contohnya, ada perfume sesuai untuk orang yang merokok (smoker perlu bau perfume yang sesuai untuk sesuaikan dengan bau rokok--> menurut jurujual di sasa, Midvalley)

6.Kad
paling bujet adalah hadiah kad...
Kad tu boleh DIY (but sendiri) ataupun korang beli kat pasaraya yang berdekatan..
Yang penting apa yang ditulis kat dalam kad tu kan?.. ;)

7. Baju kemeja
em...kemeja tu pastikan korang tau lah saiznya kan. Pilih ikut yang korang rasa dia suka. kemeja ni kebanyakkan kalau nak bagi pada orang yang dah kerja... paling best korang sertakan sekali dengan tie yang matching ;)

8. Peralatan yang berkait rapat dengan hobi..
contohnya, kalau dia suka main badminton atau tenis, hadiah kan lah racket ker atau pun orang tu main alat muzik macam guitar, hadiah kan guitar ker kan.. baru rock ;p
Helmet kalau yang racer motor ker..
haa...kalau orang tu suka kumpul duit, hadiah kan tabung? (relevan ker tak? ;p hehehe..)

9. wallet a.k.a dompet
dompet ni selalunya dia set with tali pinggang..
dompet kulit warna gelap yang selalu nyer lah jadi pilihan.. korang plak macam mana?


10. Kejutan majlis hari jadi
(idea ini di ambil dari link di atas ;) )
korang pakat dengan kawan2 dia anjurkan majlis. mesti terharu kan? ;)


aku bagi idea2 ni untuk tujuan berkongsi pendapat ajer... kalau korang rasa ada idea yang lebih baik, dialu alukan kongsi sekali ;)

Nama pun hadiah, mestilah pemberian yang perlu disertai dengan keikhlasan hati...
Yang penting ketika korang bagi hadiah tu mestilah hadiah yang orang tu suka bukan ikut citarasa kita ajer..

akhir sekali, pandai2 la pilih hadiah yang sesuai dengan bajet... kalau bajet ciput, hadiah DIY lebih bermakna ;) at least ada effort kan?




1 comment:

faralovexx said...

jalan2 lepas sahur...try tips ni laa.. :P thnx 4 sharing