28 Feb 2010

Al-Fatihah kepada adik Syafiah Humairah



Secebis doa dan al-fatihah untuk adik Syafiah yang maut akibat di 'belasah' oleh teman lelaki ibunya sendiri..

Aku tak dapat bayangkan kesakitan yang ditanggung oleh adik Syafiah ketika itu--kepala dipijak dan badan dicampak seperti bola!
Begitu lah berita yang dilaporkan... aku pun tak pasti mengapa seorang yang bergelar manusia sanggup membelasah budak berumur 3 tahun?
Bila perkara dah jadi macam ni orang semua pun nak tahu latar belakang adik Syafiah..

berita lanjut korang boleh baca secara online di:



Lalu timbul la cerita2 yang kurang enak tentang perihal ibu kandung beliau dengan teman lelaki ibunya... Perkara yang penting dan utama di sini adalah isu seorang budak 3 tahun yang didera sampai membawa maut...
aku tak nak komen status kawin mak dia yang masih jadi bini orang tapi bersekedudukan dengan teman lelaki atau teman lelaki mak dia yang penagih dadah ker ataupun teman lelaki mak dia pemandu teksi ker
ataupun cerita2 sampingan..Aku tak nak komen pasal perkara2 yang bukan sepatutnya dikomen..

Aku sedih sebab perkara ni terjadi di hadapan padang bola (tempat awam)..
Berani nya si 'Mat' buat macam tu..
sepak budak macam sepak bola depan orang ramai?
komen penduduk:
“Kami (penduduk) bukan tak nak tolong, tapi diugut lelaki berkenaan supaya tidak campur hal keluarganya,” katanya.


Tapi di sini saya ingin menyeru, kalau kes ini berulang kembali, masyarakat jangan pandang ringan... jangan berdiam diri..
aku bukan suruh korang berani tak bertempat..
mula2 nasihatkan dulu si pendera tu,
kalau tak makan saman, tarik si pendera tu dari budak tu, asingkan mangsa dari pendera sebelum keadaan jadi lebih teruk..
kalau rasa korang tak kuat, carik beberapa orang untuk takutkan pendera tu
ataupun buat laporan terus..


Sekarang bukan masa untuk tunding jari sebab kalau mengalir air mata darah sekalipun, adik Syafiah tetap pergi...Doa kan rohnya bersemadi tenang..

Ayuh wahai masyarakat!
Jadi lebih perihatin!

No comments: