28 Feb 2010

Al-Fatihah kepada adik Syafiah Humairah



Secebis doa dan al-fatihah untuk adik Syafiah yang maut akibat di 'belasah' oleh teman lelaki ibunya sendiri..

Aku tak dapat bayangkan kesakitan yang ditanggung oleh adik Syafiah ketika itu--kepala dipijak dan badan dicampak seperti bola!
Begitu lah berita yang dilaporkan... aku pun tak pasti mengapa seorang yang bergelar manusia sanggup membelasah budak berumur 3 tahun?
Bila perkara dah jadi macam ni orang semua pun nak tahu latar belakang adik Syafiah..

berita lanjut korang boleh baca secara online di:



Lalu timbul la cerita2 yang kurang enak tentang perihal ibu kandung beliau dengan teman lelaki ibunya... Perkara yang penting dan utama di sini adalah isu seorang budak 3 tahun yang didera sampai membawa maut...
aku tak nak komen status kawin mak dia yang masih jadi bini orang tapi bersekedudukan dengan teman lelaki atau teman lelaki mak dia yang penagih dadah ker ataupun teman lelaki mak dia pemandu teksi ker
ataupun cerita2 sampingan..Aku tak nak komen pasal perkara2 yang bukan sepatutnya dikomen..

Aku sedih sebab perkara ni terjadi di hadapan padang bola (tempat awam)..
Berani nya si 'Mat' buat macam tu..
sepak budak macam sepak bola depan orang ramai?
komen penduduk:
“Kami (penduduk) bukan tak nak tolong, tapi diugut lelaki berkenaan supaya tidak campur hal keluarganya,” katanya.


Tapi di sini saya ingin menyeru, kalau kes ini berulang kembali, masyarakat jangan pandang ringan... jangan berdiam diri..
aku bukan suruh korang berani tak bertempat..
mula2 nasihatkan dulu si pendera tu,
kalau tak makan saman, tarik si pendera tu dari budak tu, asingkan mangsa dari pendera sebelum keadaan jadi lebih teruk..
kalau rasa korang tak kuat, carik beberapa orang untuk takutkan pendera tu
ataupun buat laporan terus..


Sekarang bukan masa untuk tunding jari sebab kalau mengalir air mata darah sekalipun, adik Syafiah tetap pergi...Doa kan rohnya bersemadi tenang..

Ayuh wahai masyarakat!
Jadi lebih perihatin!

27 Feb 2010

Kentang lenyek ooo kentang lenyek~



Menu hari ini, mak aku nak masak bergedil kentang...

Korang mesti pernah makan bergedil kan? tipu la kalau tak pernah makan bergedil kalau dah namanya tinggal kat Malaysia ni mesti la pernah kan? ;)
ni haa gambar bergedil kalau korang tak tau

Bila mak kata nak masak bergedil kentang jer memang konperm dan tak syak lagi aku laa tukang kopek kulit kentang tuh..
adoi! korang tau kan betapa azabnya nak kopek kentang yang sudah direbus... panas bukan main nak kopek kulit tuh. kalau nak tunggu sejuk plak bukan main lama jer...

Jadi aku pun cuba la nasib (nasib si sabut dan batu), carik kat youtube cara2 mengopek kulit kentang dengan mudah...

Hasilnya-->Walla! akhirnya aku jumpa
korang tengok la sendiri macam mana dieorang hiris dulu kulit kentang tu pastu rebus. lepas rebus tu masukkan dalam ais and then kopek! nampak macam senang jer..
bleh la aku try praktik harini..wahahah (gelak eksited giler ;p)
Selamat memasak semua ;)

Idea2 Hadiah yang sesuai untuk LELAKI


Masa boring2 kadang2 aku melawat blog2 orang lain...macam2 perkara baru yang aku tau dari blog2 orang nih...Terfikir untuk buat topik ini setelah membaca topik ni di blog ini http://www.koleksicinta.co.cc :)
Ok lah, aku buat list ni berdasarkan aku punya pendapat lah kan.. Lelaki tak semestinya terhad kepada boifrend jer tau.. maksud aku mungkin entri ni dapat tolong korang pikir hadiah yang sesuai untuk bapa, atuk ker, bapa mentua ker atau pun golongan yang sewaktu dengannya...

Mula2 tu korang tengok lah dulu apa acaranya, misalnya hadiah untuk birthday ker, hadiah untuk konvo ker ataupun hadiah ulangtahun perkahwinan ker kan... bagi ikut kesesuaian orang tu

1. Sebarang Gajet seperti IPhone/ Blueberi/ Camera SLR/ NoteBook/etc.

Sebutlah nama gajet2 aper ker mesti ramai lelaki yang suka, macam hadiah camera SLR ker (kalau mampu lah kan)...tak pun game bagi yang gila game tue...Gajet ni semua mahal2, jadi selalunya menjadi option yang last sekali... mungkin ramai yang jadikan hantaran benda2 macam ni sebab mahal kan? Aku pun nak IPhone! :) hehe...

2. Jam tangan
Jam tangan yang bergaya ala2 sporty ker bagi yang sukakan sports ataupun gaya ala2 james bond ker bagi yang suka bergaya... Hadiah ni pun kira dalam RM200 ke atas la kot? Jam tangan tu elok jugak korang pilih yang dia berkenan sebab lain2 orang lain juga cita rasanya kan? ;p

3. Pen fountain (pen dakwat basah)
kalau pen parker ker or pen sheffer ker memang nampak klasik... tambah2 pulak kalau korang ukir nama ataupun apa2 wording yang bermakna kat pen tu ;)
Kat midvalley ada engraving service for free (kat Jusco dekat2 dengan surau)

4. Jersi
Ramai lelaki kaki bola... korang tengok lah dia suka team mana kan...(mesti korang tau kan?)
Kalau die suka Machester jangan plak korang beli jersi liverpool! haha... (walaupun jersi tu korang rasa cantik tapi certainly defNOT ok)

5. Perfume
Kalau rasa2 nak beli perfume untuk kekasih hati belilah yang sesuai dengan peribadi...contohnya, ada perfume sesuai untuk orang yang merokok (smoker perlu bau perfume yang sesuai untuk sesuaikan dengan bau rokok--> menurut jurujual di sasa, Midvalley)

6.Kad
paling bujet adalah hadiah kad...
Kad tu boleh DIY (but sendiri) ataupun korang beli kat pasaraya yang berdekatan..
Yang penting apa yang ditulis kat dalam kad tu kan?.. ;)

7. Baju kemeja
em...kemeja tu pastikan korang tau lah saiznya kan. Pilih ikut yang korang rasa dia suka. kemeja ni kebanyakkan kalau nak bagi pada orang yang dah kerja... paling best korang sertakan sekali dengan tie yang matching ;)

8. Peralatan yang berkait rapat dengan hobi..
contohnya, kalau dia suka main badminton atau tenis, hadiah kan lah racket ker atau pun orang tu main alat muzik macam guitar, hadiah kan guitar ker kan.. baru rock ;p
Helmet kalau yang racer motor ker..
haa...kalau orang tu suka kumpul duit, hadiah kan tabung? (relevan ker tak? ;p hehehe..)

9. wallet a.k.a dompet
dompet ni selalunya dia set with tali pinggang..
dompet kulit warna gelap yang selalu nyer lah jadi pilihan.. korang plak macam mana?


10. Kejutan majlis hari jadi
(idea ini di ambil dari link di atas ;) )
korang pakat dengan kawan2 dia anjurkan majlis. mesti terharu kan? ;)


aku bagi idea2 ni untuk tujuan berkongsi pendapat ajer... kalau korang rasa ada idea yang lebih baik, dialu alukan kongsi sekali ;)

Nama pun hadiah, mestilah pemberian yang perlu disertai dengan keikhlasan hati...
Yang penting ketika korang bagi hadiah tu mestilah hadiah yang orang tu suka bukan ikut citarasa kita ajer..

akhir sekali, pandai2 la pilih hadiah yang sesuai dengan bajet... kalau bajet ciput, hadiah DIY lebih bermakna ;) at least ada effort kan?




23 Feb 2010

Lagu rock kapak yang dirindui ;)




Lagu ni zaman sekolah2 dulu fames la. Aku tak baper sgt minat ngan kumpulan mat2 saleh...hahaha...aku minat rock2 kapak ;) pada yg nak karoke tu, lirik ada kat bawah ni eh! Layannnn ~


Kembali merindu - SLAM


Izinkanlah ku titiskan
Airmata keresahanku
Di cengkam kerinduan yang tak bertepi

Biarlah serpihan rembulan
Berguguran ke ribaanku
Agar terang kelam malam
Yang kita lalui

Oh asyiknya
Kalimah cintamu yang kau lafazkan
'Ku cinta padamu'

Ku tebarkan jala cinta
Di persisir pantai hatimu
Yang terbuka menantiku

Segala telah terbukti
Cintamu ternyatalah suci
Bagaikan mimpi
Jadi realiti

Oh asyiknya
Kalimah cintamu yang kau lafazkan
'Kau segalanya'

Ternyata yang indah
Sukarnya di madah
Bak cahaya yang tak tertadah
Sehingga ku sanggup terhimpit
Di dada waktu
Walaupun lena di ulit sepi

Ku kirakan penantian
Penuh siksaan
Rupanya indah
Bak sesaat dalam semaian

Hanya satu pintaku
Ketulusan hati
Agar engkau tahu
Oh...asyiknya
Oh...pedihnya
Penantian

21 Feb 2010

Movie of the week! ;)


Movie: Percy Jackson and the Lightning Thief

Baru selesai menonton cerita ni....

For me ceritanya menarik dan sesuai ditonton oleh semua peringkat umur..
Jalan ceritanya ada tapi kalau korang tak suka cerita imaginasi, maka cerita ini tak sesuai sebab jalan cerita ni macam gila2 sikit dan memang tidak logik dek akal lah kan..
kalau pada aku, ceritanya bagus dan memang menghiburkan lah.... ada babak komedi dan unsur imaginasi yang boleh layan..Okey lahh aku bagi 3 setengah bintang ;)

Sipnosis cerita version aku (bagi sesiapa yang berminat shj..heehee)

Secara umumnya kisah ini adalah tentang pengembaraan Percy Jackson's dan dua sahabatnya untuk selamat kan mak dia yang diculik oleh Hades (dewa Greek).

Awal cerita bila Percy adalah seorang budak kolej biasa yang ada masalah ADHD (Attention deficit hyper disorder) iaitu sejenis penyakit yang sukar untuk membaca, menulis dan mengeja. Rupa2nya dia seorang anak kacukan (kacukan antara dewa air yang namanya 'Poseidon' dan manusia) sebab tu lah dia ada masalah membaca sebab dia hanya boleh baca ayat Yunani purba jer ;)... Ceritanya bermula bila dia dapat tau dia ni anak kacukan setelah tiba2 menjadi suspek sebagai pencuri lightning bolt oleh dewa Zeus. Jadi dia ni jadi orang buruan dewa, dan kena masuk kat sekolah budak2 kacukan (konon2nya kacukan dewa) untuk di training sebagai pahlawan... Percy memulakan pengembaraan nya ke dunia dewa2 untuk cari mak dia yang diculik...

Akhirnya korang kena la tengok sendiri yer ;)







8 Feb 2010

updating blog!



It seems a while I've not updating the blog! ;)


Yeah... I'm back!!!