12 Dec 2010

tak tahu nak tulis apa tapi nak tulis.... :p


dah lama tak update blog...
agak2 dah 3-4 bulan kot tak jengah blog... *sigh
hehe...


Blog akan di update seberapa cepat yg boleh selepas ini kerana tuannya sedang "ber-THESIS-MOON" :p

4 Oct 2010

Blog untuk suka2


Blog untuk suka2...
tempat berangan
tempat luahkan perasaan
tempat bergosip

jadik, kalau suka singgah la
kalau tak suka, harap dimaafi
tapi macam blog ni catatan peribadi
orang yang suka baca la kan?
kalau tak suka tak payah baca
senang kan?

lately asyik tengok gambar orang blog pasal makanan ajer!!
huhuhu..... ini mengingatkan aku betapa bestnya dok kat Malaysia ni
cukup makan...alhamdulillah~

17 Sep 2010

Selamat Hari Raya kawan-kawan!


Selamat HariRaya!
Check list untuk raya:

kuih raya home made ---> checked!
Bermaaf-maafan dengan semua keluarga ---> checked!
makan rendang, ketupat, kuah kacang---> checked!
sembahyang raya ---> missed coz sakit pompuan ;p
beraya rumah sedara-mara ---> checked!
beraya dekat rumah kekasih hari --> ?? (belummm)
membodek nenek kat kampung supaya bagi duit raya ---> checked (tapi nenek terlupa bagi duit raya sebab kelam kabut nak balik rumah hari tu...sigh~ tuntut thn depan bleh? ;p)
serbu rumah kawan2 ---> belum buat
main mercun ---> lepas tgk budak ilang jari kat tv masa main mercun terus cancelled u! :p


akhir kata, selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin :D




31 Aug 2010

apa erti merdeka?


sedar tak sedar, dah 53 tahun kita merdeka..

aku lahir lepas 30 tahun merdeka..
tapi...

merdeka kah kita?

aku rasa cukup bertuah di lahirkan di Malaysia

tak ada perang-perang
tak ada bom-mengebom
makanan pun cukup

alhamdulillah..

tapi seharusnya kita ingat
di sebalik kesenangan yang kita kecapi itu,
tuhan akan uji kita dengan ujian demi ujian

contohnya, negara kita tak ada yang terbunuh dalam perang2 tapi berapa ramai orang mat rempit mati sia2 atas jalan masa racing?

negara kita tak ada bom-mengebom sesama musuh tapi tengok lah perpaduan kaum kita sendiri... sesama muslim pun giat dok kutuk mengutuk demi menunjukkan diri mereka terbaik..

negara kita makanan cukup sampai makanan boleh di buang2 tapi di sebalik itu, ada juga yang tak kesah halal haram...
walaupun bukan dalam keadaan darurat tapi sengaja pilih makan minum yang diharamkan agama...


Maka, marilah kita sama2 setiap kali lepas solat, doakan juga kesejahteraan anak2 bangsa dan generasi akan datang supaya kuat menghadapai cabaran2 ini..
jangan biarkan mereka alpa dalam kesenangan yang belum tentu menjaminkan sesuatu yang kekal...


Selamat menyambut hari merdeka, Malaysia

8 Aug 2010

privasi yang mengecewakan oranggggg -_-

Pernah tak korang jadik silent reader blog orang lain? mesti la pernah kan?

aku bukan apa, kadang2 dah best2 follow blog orang pastu alih2 keluar msg ni:


"This blog is open to invited readers only"


Frust tau! tapi aku hormatilah "privacy" orang tu... tapi aku rasa dalam dunia blog nih memang lah ada privacy masing2 tapi kalau tak nak orang baca, baik tulis dalam diari jer kan? huhu.....
aku sungguh kecewa sebab dah tak bleh dah baca blog tu -_-" selalunya aku siap buat air milo panas baca blog tu utk lebey penghayatan (sila abaikan ayat dramatis ni)...

p/s: nampaknya kena lah carik blog yang versi kelakar macam tu plak....yeay2 blog hopping toink toink =D

Jadik guru kena tunjuk kan tauladan yang baik




Guru... tak kira la cikgu sekolah ke ataupun cikgu tuisyen ker asalkan mengajar ilmu disebut guru..
aku sekarang ni jadik cikgu tuisyen kat tuisyen centre dpn umah.. setiap hari ada jer benda2 yang berlaku.. betul lah cakap orang telatah budak2 memang menghiburkan.. kadang2 aku tensen gak sebab disebabkan aku tak boleh nak marah budak sebab aku rasa tak sampai hati, kadang2 budak2 tu jadik diluar kawalan..tapi sekarang ni dieorang dah baik sikit sejak haritu aku gastrik ke kelas tuisyen sampai kena mengajar atas lantai (nasib baik berkarpet)...mungkin dieorg trauma kot sebab dieorg ingat aku sakit gastrik haritu sampai hampir terguling atas lantai sebab tensen ngan dieorg yang buat tarian red india versi kanak2 malaysia (walaupun 30% betul..hehe)..bagus jugak sebab sekarang ni dieorang jaga kelakuan dalam kelas sebab takut aku sakit gastrik lagi..

mengajar budak2 darjah 4 nih sangatlah kuat cabarannya.. aku masik berpegang pada prinsip seorang cikgu kena tunjuk teladan yang baik pada murid2.. walau macam mana sekalipun jangan sampai murid2 terdengar cikgu maki2 ataupun cikgu belasah orang ker...
contohnya, aku tak beli meggie depan bebudak tu takut nanti dieorang tiru... lepas tu aku mesti pastikan aku datang kelas awal sebab aku pernah ditegur oleh seorang budak tu..die kata, "disebabkan cikgu suruh kitaorg datang awal, cikgu pun kena datang awal jugak"..maka dengan automatiknya aku lebih awal datang dari dieorg coz tak nak dieorg tiru perangai datang lambat..
dalam kelas, memang aku kawal perkataan yang keluar dari mulut aku...kalau marah sekalipun memang aku tak keluarkan perkataan yang tak elok sbb budak2 tu suka jer tiru perkataan yang baru2 dieorg dgr...

mungkin betul lah ada brader tu cakap,
"Jadi CIKGU membawa erti seseorang yang mempunyai nilai-nilai baik yang menjadi ikutan dan tiruan"

aku teringat jasa cikgu2 aku ...sungguh banyak pengorbanan dieorg.... sanggup bersabar dengan kerenah kiteorg.... aku terfikir jugak, memanglah kadang2 kita rasa kita betul dan terasa hati dengan cikgu...tapi lama2 kita akan sedar juga yang cikgu tetap cikgu yang memberi nasihat kepada kita walaupun kita tak suka ataupun kita marah... itulah pengorbanan cikgu sebab sanggup tanggung risiko dibenci demi mendidik anak muridnya.

terima kasih cikgu2 sekalian!

28 Jun 2010

Remeh-temeh lyrics by Pak pandir




Ada mata pandang

Ada telinga dengar

Ada mulut diam

Ada tangan garu

Ada kaki goyang


Ada otak pandai

Ada akal pakai

Ada bijak gadai

Ada mata pejam

Ada mulut kunyah


Yang remeh dan yang temeh

Berlegar di sekelilingmu

Yang remeh dan yang temeh

Berlegar di sekelilingmu

Buatlah..(buatlah..)

Buatlah tak tahu

Buatlah..(buatlah..)

Buatlah tak tahu


Rela jadi tunggul

Rela jadi patung

Tunggu dilelong

Suruh angguk-angguk

Suruh geleng-geleng


Oh puji lah aku

Ampu lah aku

Senang hidupmu

Ada tangan tadah

Ada maruah campak


Yang remeh dan yang temeh

Berlegar di sekelilingmu

Yang remeh dan yang temeh

Berlegar di sekelilingmu

Biarkan..(biarkan..)

Biarkan berlaku

Biarkan..(biarkan..)

Biarkan berlaku




17 May 2010

dunia online yang sangat "exposed"

Aku nak citer pasal privacy dalam dunia maya @ cyber ni..
Aku rasa macam tak selamat jer dunia cyber nieh..
semalam aku click link kawan aku kat facebook
link nih macam ke page picasa iaitu software utk photo sharing dari google
tetiba plak, google create account picassa aku sendiri (auto) yang link direct kepada akaun blogger aku..
semua gambar2 yg aku upload dlm blog nieh die link dalam photo sharing account picasa tu
tensen betul aku..
walaupun bleh privatekan semua gambar2 tu, tapi still bleh searchable
gambar biasa2 jer yang aku upload tapi aku upload dalam blog ajer, tiba2 google create account photo sharing
semuanya gara2 aku gatal tangan pi click link kawan aku tu~
sekarang aku dah delete semua gambar2 dari blog nieh..


aku rasa dah tiba kesedaran untuk menjaga privacy aku sendiri
aku bukan selebriti atau pun bukan nak jadik selebriti, aku selesa hidup aku nih tak terlalu exposed sangat
lagipun bahaya sekarang
ramai orang yang mereng ataupun psiko, tu yang gerun dengar kan?

moral of the story, google kadang2 sangat membantu tapi kadang2 bawak bencana jugak...
lain kali check dulu privacy setting sebelum sign up apa2
nanti tak pepasal plak carik bala
huhuhu~

16 May 2010

Lagu tema hari ini ;D

Amaze by Lonestar










Every time our eyes meet
This feeling inside me
Is almost more than I can take
Baby when you touch me
I can feel how much you love me
And it just blows me away
I've never been this close to anyone or anything
I can hear your thoughts
I can see your dreams

I don't know how you do what you do
I'm so in love with you
It just keeps getting better
I want to spend the rest of my life
With you by my side
Forever and ever
Every little thing that you do
Baby, I'm amazed by you

The smell of your skin
The taste of your kiss
The way you whisper in the dark
Your hair all around me
Baby you surround me
You touch every place in my heart
Oh, it feels like the first time, every time
I want to spend the whole night in your eyes

Chorus

Solo

Every little thing that you do
I'm so in love with you
It just keeps getting better
I want to spend the rest of my life
With you by my side
Forever and ever
Every little thing that you do
Baby I'm amaze by YOU ;D




2 May 2010

Movie IP MAN 2 review~


sangat teruja nak tengok movie IP Man 2 nieh..
iyer la dulu tengok IPMan 1 sangat best ok..
aku memang suka tengok cerita aksi skit

cerita Ipman 2 ni aku bagi 3 setengah bintang,
personally aku rasa Ipman1 lagi best sebab lagi banyak konflik..
kalau dulu Ipman1 lebih menjurus kepada masalah penjajahan jepun dan perpaduan bangsa cina, kali ni dalam Ipman2 lebih kepada cerita zaman penjajahan bristish sahaja yang mana aku rasa lebih singkat dan padat... it's a great movie anyway ;)


Ipman atau disebut "yip man" adalah tok guru Kung Fu yang terkenal... beliau terkenal sebagai guru yang mengajar "bruce lee" kungfu wing chun..
kalau nak tahu, movie ni bukan setakat kung fu ajer tapi lebih kepada menonjolkan bagaimana orang2 dulu mempunyai semangat juang yang tinggi
aku rasa cerita Ip Man nieh berjaya menonjolkan kehebatan hero cerita ini

banyak juga orang review cerita ni,
it's 'a must see' movie ;D

-*seronok tengok hero yang hensem....tehee ;)

25 Apr 2010

Malas nak potong rambut ;p


gambar repunzel dan rambutnya yg terkenal itew~


Rambut adalah mahkota wanita, ye tak?
mana ada wanita yang sesuka hati membotakkan rambut mereka..
aku selalu jer ada masalah nak potong rambut...
korang tau tak perasaan die macam mana?
perasaan dia macam budak kecik yang ada masalah sembelit ;p
hahaha~ macam tu laa perumpaan aku dan masalah dengan gunting rambut...

aku malas la nak pergi potong rambut -_-
korang tau tak kenapa?
tukang gunting rambut selalu jer komplen rambut aku nih tebal dan lebat sangat..
aku tak tau laa apa masalah dieorang..
dah rambut aku macam ni nak buat macam mana kan?

korang bleh tahan tak kalau masa time potong rambut tu, tukang gunting rambut akan akan sentiasa bebel2 atau pun mengeluh macam ni "kenapa laa rambut u nih tebal sangat?", "susahnya nak potong rambut u nieh, kena potong skit2"

aku rasa macam nak cakap jer kat die, "hello minah, aku bayar laa gunting rambut nih"
tapi aku malas nak banyak songeh kat situ, maklum la nnt kot2 die sabotaj rambut aku..haha!

dah pulak tu, kalau aku pegi gunting rambut, mesti kena charge extra punya lah...
aku tensen lah... aku tak kesah charge extra tapi rambut aku ni bukan macam sarang tebuan yang susah sangat nak potong, aku mintak potong straight cut ajer bukan style yang pelik2
charge extra tu agak2 laa, dah aku dah hint aku ni student (bleh ker hint2 tukang gunting rambut utk dapatkan simpati? haha ;p)

pastu time nak blowing rambut tu, kadang2 tukang gunting rambut tu buat sambil melepaskan batuk di tangga ajer... buat ala kadar.. baik aku buat sendiri kat rumah kan?

dulu, masa kecik2, ayah aku jer potong rambut aku dan adik2...
tak pernah mengeluh pun
ayah aku buat free of charge ajer
semua fesyen rambut sama ajer...
nak tau ker dulu fesyen rambut aku macam mana??

skroll ke bawah....

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>


Tadaaa! gambar nieh kat rumah nenek aku..
posing jer kat piano tapi tak reti main pun sampai sekarang -_-"
cantik tak fesyen rambut aku?
haa...tu ayah aku laa yang potong




kesimpulannya, aku kena carik kedai gunting rambut yang boleh menerima keadaan rambut aku seadanya (cewah macam carik calon suami ;p)

sebelum rambut aku ni jadik macam repunzel, baik aku potong.. hehe

selamat hujung minggu semua!!!
aku doakan korang hepi dan gembira sentiasa ;)

23 Apr 2010

Dah lama tak berinternet ;p


dah lama tak update blog...
bukan bz apa pun cuma malas nak bukak internet..
ada macam2 alasan yang aku list kan di sini "kenapa aku malas bukak internet". antara alasan2 lapuk aku seperti:

1) aku bukan jenis chatting macam zaman sekolah menengah dulu2...dulu aku nih macam burung hantu, malam2 jer chatting mirc.. seronok time tu sebab dapat kenal dengan ramai orang.. tapi sejak dah ada boifren (ewah2) aku dah TAK chatting dah, lagipun ramai giler orang penipu sekarang nih.. kepada adik2 yang nak berchatting pastu blind date tu, aku nasihatkan tak payah laa ambil risiko... bahaya zaman sekarang nih ramai orang kaki penipu..

2) bila ada access internet, aku cuma bukak emel pastu balas emel..
friendster, facebook dsb nya aku macam dah jarang bukak...
bukan aper, masa nak upload page lambat sangat sampai aku boleh tertido.. kadang2 line internet tak stabil..macam biskut chipsmore, kejap ada, kejap tak de

3) aku jarang nak update kepada orang perkembangan diri aku ni sebab tak penting untuk sesiapa tahu pun melainkan kalau orang2 yang concern atau ambil berat tentang aku dah bertanya, jadi aku bagitau. Lagipun, hidup aku ni berubah mode slow pace, maka tak ada sangat perkembangan terbaru pun..

4) hari2 isnin-jumaat aku kerja siang, kadang2 malam..balik umah aku malas dah bukak laptop, lagipun waktu malam aku macam addicted tengok cerita bersiri kat tv sekarang ni..hehe

5) hari sabtu dan ahad selalunya hari aku peruntukan untuk famili aku dan orang tersayang..haha.. poyo jer ayat kan? sabtu dan ahad pun kadang2 kena kerja jadi aku malas nak berinternet

kesimpulannya, aku jarang bukak internet sebab real life aku sekarang amat seronok sampaikan tak bergantung kepada internet untuk dapatkan hiburan..
I'm addicted free to internet ;)
yeay!


11 Apr 2010

Cute, sweet dan cantik- ciri2 gadis idaman?


Wah wah...
tajuk tak hingat! ;D
sebenarnya aku buat tajuk ni bukannya apa..
baru jer tengok preview 'semerah stiletto' kat youtube..
haha..

OK la, aku rasa Lisa surihani sangat lah cute! (sebab aku minat tengok dia belakon ;p)



kalau cute dan cantik macam lisa surihani, mesti la ramai peminat kan? aku rasa life selebriti nih mesti susah kan? yer la nak pegi mana2 pun orang serbu ;)

Ok, berbalik kepada cerita aku yang sebenar, kali ni aku nak cakap tentang kriteria calon suami/isteri...

memang lah lumrah manusia suka yang cantik..
kalau boleh nak carik calon suami atau isteri yang cantik..

tak salah pun kalau cantik tu dijadikan salah satu kriteria untuk mencari calon tapi pada pendapat aku, jangan sampai cantik tu dijadikan kriteria utama..

kriteria utama, calon pasangan mestilah berilmu..
bila aku kata berilmu bukan bermaksud mesti masuk universiti keer atau belajar tinggi2 luar negara ker
pada aku berilmu itu maksudnya tahu membezakan baik dan buruk
demi mendapatkan keredaan Nya..

cantik itu bonus..
lagipun cantik itu kan subjektif..
bergantung pada mata yang melihat dan hati yang menilai bukan?
kadang2 mata boleh terlalai, hati pun boleh tertipu,
jadi, jangan cepat menilai orang berdasarkan paras rupa sahaja..
kadang2 rupa sahaje yang cantik tapi tak hormat orang tua laa, merompak laa, ambil dadah laa, kaki pukul, kaki kikis...
nak buat apa kan?

Cantik fizikal itu tak akan kekal,
lambat laun uban tumbuh, kulit akan berkedut,
tapi yang akan mengekalkan kecantikan diri adalah akhlak dan ilmu di dada..

sama2 lah kita renungkannya..

tepuk dada, tanya selera ;D



30 Mar 2010

Demam = tak best


Dah 2 hari aku demam...
demam biasa2 jer..
simptom2 demam yang aku sangat tensen adalah:


1- sakit kepala berdenyut2
2- badan rasa sejuk sangat walaupun dah pakai 3 helai baju
3- mata rasa tak selesa


Time sakit2 macam ni baru teringat nikmat sihat..
biasa lah kan manusia selalu terlupa...bila kehilangan nikmat baru laa tau rasa nikmat tu macam mana... uhuk uhuk (sedeyyy sebab tak boleh bercergas-cergasan..;p )

aku bukannya dok tercangak tengah panas sampai demam. aku pun tak tau mana datangnya demam nih... redha ajer laa..
nasib baik demam tak teruk..
demam 'ala2 manjer' jer
time demam laa aku bleh mintak extra attention..
ho ho ho!!

panadol kena telan 2 bijik..
activefast jer jalan skit kesannye..
aku harap aku cepat sembuh sebab nak bergonjeng2an hari sabtu nih ;)
hee.... tiap2 minggu tak sabar tunggu hari sabtu
(wink2)

27 Mar 2010

Hits entri: Mimpi kawin


Aku pernah post entri ni dulu...
aku perasan jugak selalu jer ada orang search topic nih yang menyinggah kat blog aku nih
Ada apa dengan mimpi? ada apa dengan kahwin? ;)

Kali ni aku post entri:
"Bagaimana saya mendapat mimpi kahwin?"

Aku rasa la kan, ramai yang mimpi kahwin nih (since ramai yang google kan?)
sama kes macam aku gak ;p

 
sebab2 aku rasa memungkinkan anda mendapat mimpi kawin adalah:


1. memang nak merancang nak kahwin
2. asyik tengok website2 orang kahwin
3. asyik baca majalah orang kahwin
4. tengok rancangan tv rancangan kahwin
5. tengok cincin di kedai2 seperti poh kong, habib, dan sewaktu dengannya


Pertama nya yang aku nak cakap kat sini, bukan semua orang boleh dapat mimpi kahwin..
tak percaya? cuba tanya kawan2 korang
ada tak dieorang mimpi kahwin?
jarang bukan??

jadi kepada sesiapa yang risau sebab dapat mimpi kahwin tu, toksah laa risau sebab ia perkara normal jika anda ada 5 ciri2 yang aku sebutkan di atas. hehehe...

Orang kata mimpi mainan tidur
tapi pada aku, mimpi kawin adalah istimewa sebab bukan semua orang mimpi kawin
ye tak?
hehehe....


gheeee...tak sabarnyer nak kawin!
ho ho ho ;p








21 Mar 2010

Artis kahwin - Zizan Nin


Aku rasa baju dia cantik especially yang perempuan tu
isteri dia cantik lah... tak dapat letak gambar baju tu dengan lebih detail sebab tak dapat google gambar yang lebih clear... tapi seriusly i like the baju nikah... simple but sweet ;)
owh sangat sukaaaa ;D


aku sanggup tak basuh kaki sebelum tidur untuk dapat mimpi kawin pakai baju nikah macam ni lol! hehehe ;P

20 Mar 2010

Use somebody by king of leon


Love this song and the melody!
So I vote this song as the song of the month ;)
Yeay!


The song of MAC is USE SOMEBODY! Let sing together ;p




10 Mar 2010

Redha ajer laa



Kiri kanan tak ada jalan
Yang ada pun jalan mati
tak tahu ke mana nak dituju
nak berlindung dari hujan ribut taufan tapi tempat berlindung pun tak ada

sabar2


Siapa setuju, semua bayi adalah GORGEOUS??


Entri kali ini tentang baby..
Pada aku semua baby adalag comel...
Kalau korang tak setuju, cuba selongkar balik gobok album lama korang masa kecik2 dulu...comel kan?? haa... memang laa baby mana yang tak comel?
semua baby comel, suci, murni...

Kalau nak tengok senyuman yang paling jujur, cuba perhati baby senyum...
senyuman yang jujur dan menawan...
sejuk jer hati tengok kan?




Aku buat entri ni sebab kebelakangan ni banyak kes buang baby kat surat khabar..
Korang bayangkan, macam mana baby tu di buang sesuka hati..
dalam jamban, sungai dan paling menyedihkan kena bakar dengan sampah pun ada..

Kadang2, aku rasa sedih sebab baby tu tak berdosa apa2 pun.. kalau tak nak baby tu, serahkan kat orang... sekurang2nya berilah peluang baby tu hidup..

ada orang nak anak tak dapat2, ada orang pulak senang2 buang anak...
ke mana hilangnya naluri seorang ibu?
ataupun naluri seorang ibu terhapus dek kerana malu?

aku nak kongsi kan nasihat ustaz hasrizal (yang tulis buku 'aku terima nikahnya' klik entri)
"Begins with the end in mind"

Sebelum lakukan apa2, fikirlah semasak-masaknya..
jangan biarkan nafsu mengawal diri

p/s:gambar di atas adalah gambar anak buah saya yang ada iras2 Shin Chan ;D ... BTW, namanya Muhammad Fahim ;D



1 Mar 2010

Niyang Rapik 2010 review/ulasan (chewah macam pembaca ulasan sukan kat tv..hehe)


Ish aku buat entri ni malam2..saja nak amik feel (wahaha..eh sekarang ni kena tukar mode seram..)

Hari sabtu lepas, aku pergi menonton wayang cerita Niyang Rapik ni..
pertama sekali kalau uolls expect nak tengok hantu yang sangat dasyat dalam cerita ini, mungkin anda akan kecewa sebab kemunculan hantu tak adalah kerap... ada beberapa babak jer...


Cerita Niyang Rapik ni bukan cerita merapik2...
Bagus juga jalan ceritanya cuma ia terlalu straight to the point je..
kalau yang ada migrain tu, jangan risau tengok cerita ni sebab tak payah fening2 kepala nak pikir2 eh ;)

cerita ni takde kena mengena langsung dengan puaka Niyang Rapik... patutnya diberi judul nama Dendam Si Tok Ketua kampung ker, aper ker kan... mungkin dengan tajuk puaka niyang rapik, penerbit rasa boleh market kot kan? strategi marketing la katakan...tapi aku rasa tema seram nih tak der la ditonjolkan sangat dalam cerita ni... tajuk jer kasi seram semacam tapi jalan cerita dia bukan lah fokuskan hantu tu ajer.. lebih menjurus kepada persahabatan lima sekawan dalam cerita ni.


ok, cerita ni mengisahkan dendam ketua kampung (lakonan nasir bilal khan) setelah anak beliau, Laila dirogol oleh salah seorang daripada lima orang pelajar lelaki yang buat projek akhir mereka di Niyang Rapik. Secara tak sengaja, Laila terbunuh waktu bertengkar dengan ayah dia dan Tok ketua kampung pun buat ilmu hitam (macam ala2 vodoo) kat kelima2 orang pelajar tu.. apa jadi dengan kelima2 "jejaka-tampan" itu?

Babak akhir korang kena tengok la sendiri, nanti tak suspen seh...

aku rasa cerita ni OK la... dieorang buat kat pengambaran kat tasik kenyir, memang lawa tempat tuh...

Apa2 pun, selamat hari Isnin ya uolls ;D

28 Feb 2010

Al-Fatihah kepada adik Syafiah Humairah



Secebis doa dan al-fatihah untuk adik Syafiah yang maut akibat di 'belasah' oleh teman lelaki ibunya sendiri..

Aku tak dapat bayangkan kesakitan yang ditanggung oleh adik Syafiah ketika itu--kepala dipijak dan badan dicampak seperti bola!
Begitu lah berita yang dilaporkan... aku pun tak pasti mengapa seorang yang bergelar manusia sanggup membelasah budak berumur 3 tahun?
Bila perkara dah jadi macam ni orang semua pun nak tahu latar belakang adik Syafiah..

berita lanjut korang boleh baca secara online di:



Lalu timbul la cerita2 yang kurang enak tentang perihal ibu kandung beliau dengan teman lelaki ibunya... Perkara yang penting dan utama di sini adalah isu seorang budak 3 tahun yang didera sampai membawa maut...
aku tak nak komen status kawin mak dia yang masih jadi bini orang tapi bersekedudukan dengan teman lelaki atau teman lelaki mak dia yang penagih dadah ker ataupun teman lelaki mak dia pemandu teksi ker
ataupun cerita2 sampingan..Aku tak nak komen pasal perkara2 yang bukan sepatutnya dikomen..

Aku sedih sebab perkara ni terjadi di hadapan padang bola (tempat awam)..
Berani nya si 'Mat' buat macam tu..
sepak budak macam sepak bola depan orang ramai?
komen penduduk:
“Kami (penduduk) bukan tak nak tolong, tapi diugut lelaki berkenaan supaya tidak campur hal keluarganya,” katanya.


Tapi di sini saya ingin menyeru, kalau kes ini berulang kembali, masyarakat jangan pandang ringan... jangan berdiam diri..
aku bukan suruh korang berani tak bertempat..
mula2 nasihatkan dulu si pendera tu,
kalau tak makan saman, tarik si pendera tu dari budak tu, asingkan mangsa dari pendera sebelum keadaan jadi lebih teruk..
kalau rasa korang tak kuat, carik beberapa orang untuk takutkan pendera tu
ataupun buat laporan terus..


Sekarang bukan masa untuk tunding jari sebab kalau mengalir air mata darah sekalipun, adik Syafiah tetap pergi...Doa kan rohnya bersemadi tenang..

Ayuh wahai masyarakat!
Jadi lebih perihatin!

27 Feb 2010

Kentang lenyek ooo kentang lenyek~



Menu hari ini, mak aku nak masak bergedil kentang...

Korang mesti pernah makan bergedil kan? tipu la kalau tak pernah makan bergedil kalau dah namanya tinggal kat Malaysia ni mesti la pernah kan? ;)
ni haa gambar bergedil kalau korang tak tau

Bila mak kata nak masak bergedil kentang jer memang konperm dan tak syak lagi aku laa tukang kopek kulit kentang tuh..
adoi! korang tau kan betapa azabnya nak kopek kentang yang sudah direbus... panas bukan main nak kopek kulit tuh. kalau nak tunggu sejuk plak bukan main lama jer...

Jadi aku pun cuba la nasib (nasib si sabut dan batu), carik kat youtube cara2 mengopek kulit kentang dengan mudah...

Hasilnya-->Walla! akhirnya aku jumpa
korang tengok la sendiri macam mana dieorang hiris dulu kulit kentang tu pastu rebus. lepas rebus tu masukkan dalam ais and then kopek! nampak macam senang jer..
bleh la aku try praktik harini..wahahah (gelak eksited giler ;p)
Selamat memasak semua ;)

Idea2 Hadiah yang sesuai untuk LELAKI


Masa boring2 kadang2 aku melawat blog2 orang lain...macam2 perkara baru yang aku tau dari blog2 orang nih...Terfikir untuk buat topik ini setelah membaca topik ni di blog ini http://www.koleksicinta.co.cc :)
Ok lah, aku buat list ni berdasarkan aku punya pendapat lah kan.. Lelaki tak semestinya terhad kepada boifrend jer tau.. maksud aku mungkin entri ni dapat tolong korang pikir hadiah yang sesuai untuk bapa, atuk ker, bapa mentua ker atau pun golongan yang sewaktu dengannya...

Mula2 tu korang tengok lah dulu apa acaranya, misalnya hadiah untuk birthday ker, hadiah untuk konvo ker ataupun hadiah ulangtahun perkahwinan ker kan... bagi ikut kesesuaian orang tu

1. Sebarang Gajet seperti IPhone/ Blueberi/ Camera SLR/ NoteBook/etc.

Sebutlah nama gajet2 aper ker mesti ramai lelaki yang suka, macam hadiah camera SLR ker (kalau mampu lah kan)...tak pun game bagi yang gila game tue...Gajet ni semua mahal2, jadi selalunya menjadi option yang last sekali... mungkin ramai yang jadikan hantaran benda2 macam ni sebab mahal kan? Aku pun nak IPhone! :) hehe...

2. Jam tangan
Jam tangan yang bergaya ala2 sporty ker bagi yang sukakan sports ataupun gaya ala2 james bond ker bagi yang suka bergaya... Hadiah ni pun kira dalam RM200 ke atas la kot? Jam tangan tu elok jugak korang pilih yang dia berkenan sebab lain2 orang lain juga cita rasanya kan? ;p

3. Pen fountain (pen dakwat basah)
kalau pen parker ker or pen sheffer ker memang nampak klasik... tambah2 pulak kalau korang ukir nama ataupun apa2 wording yang bermakna kat pen tu ;)
Kat midvalley ada engraving service for free (kat Jusco dekat2 dengan surau)

4. Jersi
Ramai lelaki kaki bola... korang tengok lah dia suka team mana kan...(mesti korang tau kan?)
Kalau die suka Machester jangan plak korang beli jersi liverpool! haha... (walaupun jersi tu korang rasa cantik tapi certainly defNOT ok)

5. Perfume
Kalau rasa2 nak beli perfume untuk kekasih hati belilah yang sesuai dengan peribadi...contohnya, ada perfume sesuai untuk orang yang merokok (smoker perlu bau perfume yang sesuai untuk sesuaikan dengan bau rokok--> menurut jurujual di sasa, Midvalley)

6.Kad
paling bujet adalah hadiah kad...
Kad tu boleh DIY (but sendiri) ataupun korang beli kat pasaraya yang berdekatan..
Yang penting apa yang ditulis kat dalam kad tu kan?.. ;)

7. Baju kemeja
em...kemeja tu pastikan korang tau lah saiznya kan. Pilih ikut yang korang rasa dia suka. kemeja ni kebanyakkan kalau nak bagi pada orang yang dah kerja... paling best korang sertakan sekali dengan tie yang matching ;)

8. Peralatan yang berkait rapat dengan hobi..
contohnya, kalau dia suka main badminton atau tenis, hadiah kan lah racket ker atau pun orang tu main alat muzik macam guitar, hadiah kan guitar ker kan.. baru rock ;p
Helmet kalau yang racer motor ker..
haa...kalau orang tu suka kumpul duit, hadiah kan tabung? (relevan ker tak? ;p hehehe..)

9. wallet a.k.a dompet
dompet ni selalunya dia set with tali pinggang..
dompet kulit warna gelap yang selalu nyer lah jadi pilihan.. korang plak macam mana?


10. Kejutan majlis hari jadi
(idea ini di ambil dari link di atas ;) )
korang pakat dengan kawan2 dia anjurkan majlis. mesti terharu kan? ;)


aku bagi idea2 ni untuk tujuan berkongsi pendapat ajer... kalau korang rasa ada idea yang lebih baik, dialu alukan kongsi sekali ;)

Nama pun hadiah, mestilah pemberian yang perlu disertai dengan keikhlasan hati...
Yang penting ketika korang bagi hadiah tu mestilah hadiah yang orang tu suka bukan ikut citarasa kita ajer..

akhir sekali, pandai2 la pilih hadiah yang sesuai dengan bajet... kalau bajet ciput, hadiah DIY lebih bermakna ;) at least ada effort kan?




23 Feb 2010

Lagu rock kapak yang dirindui ;)




Lagu ni zaman sekolah2 dulu fames la. Aku tak baper sgt minat ngan kumpulan mat2 saleh...hahaha...aku minat rock2 kapak ;) pada yg nak karoke tu, lirik ada kat bawah ni eh! Layannnn ~


Kembali merindu - SLAM


Izinkanlah ku titiskan
Airmata keresahanku
Di cengkam kerinduan yang tak bertepi

Biarlah serpihan rembulan
Berguguran ke ribaanku
Agar terang kelam malam
Yang kita lalui

Oh asyiknya
Kalimah cintamu yang kau lafazkan
'Ku cinta padamu'

Ku tebarkan jala cinta
Di persisir pantai hatimu
Yang terbuka menantiku

Segala telah terbukti
Cintamu ternyatalah suci
Bagaikan mimpi
Jadi realiti

Oh asyiknya
Kalimah cintamu yang kau lafazkan
'Kau segalanya'

Ternyata yang indah
Sukarnya di madah
Bak cahaya yang tak tertadah
Sehingga ku sanggup terhimpit
Di dada waktu
Walaupun lena di ulit sepi

Ku kirakan penantian
Penuh siksaan
Rupanya indah
Bak sesaat dalam semaian

Hanya satu pintaku
Ketulusan hati
Agar engkau tahu
Oh...asyiknya
Oh...pedihnya
Penantian

21 Feb 2010

Movie of the week! ;)


Movie: Percy Jackson and the Lightning Thief

Baru selesai menonton cerita ni....

For me ceritanya menarik dan sesuai ditonton oleh semua peringkat umur..
Jalan ceritanya ada tapi kalau korang tak suka cerita imaginasi, maka cerita ini tak sesuai sebab jalan cerita ni macam gila2 sikit dan memang tidak logik dek akal lah kan..
kalau pada aku, ceritanya bagus dan memang menghiburkan lah.... ada babak komedi dan unsur imaginasi yang boleh layan..Okey lahh aku bagi 3 setengah bintang ;)

Sipnosis cerita version aku (bagi sesiapa yang berminat shj..heehee)

Secara umumnya kisah ini adalah tentang pengembaraan Percy Jackson's dan dua sahabatnya untuk selamat kan mak dia yang diculik oleh Hades (dewa Greek).

Awal cerita bila Percy adalah seorang budak kolej biasa yang ada masalah ADHD (Attention deficit hyper disorder) iaitu sejenis penyakit yang sukar untuk membaca, menulis dan mengeja. Rupa2nya dia seorang anak kacukan (kacukan antara dewa air yang namanya 'Poseidon' dan manusia) sebab tu lah dia ada masalah membaca sebab dia hanya boleh baca ayat Yunani purba jer ;)... Ceritanya bermula bila dia dapat tau dia ni anak kacukan setelah tiba2 menjadi suspek sebagai pencuri lightning bolt oleh dewa Zeus. Jadi dia ni jadi orang buruan dewa, dan kena masuk kat sekolah budak2 kacukan (konon2nya kacukan dewa) untuk di training sebagai pahlawan... Percy memulakan pengembaraan nya ke dunia dewa2 untuk cari mak dia yang diculik...

Akhirnya korang kena la tengok sendiri yer ;)







8 Feb 2010

updating blog!



It seems a while I've not updating the blog! ;)


Yeah... I'm back!!!

12 Jan 2010

Penggunaan kalimah Allah

Sebenarnya aku bukan nak berkhutbah pasal agama di sini. Cuma mungkin ingin berkongsi pengalaman salah seorang sahabat kepada ibu saya yang pernah menetap di Indonesia..

Ia sekadar pengalaman dan tidak ada niat untuk menyakiti hati sesiapa...

Berikut adalah pengalaman beliau:

"Entah kenapa tergerak hati I utk berkongsi pengalaman I semasa study di Indonesia ( in Central Java, Yogyakarta tobe exact ). Dont get me wrong, bukan niat I nak buktikan apa2 disini hanya sekadar berkongsi pengalaman dgn u all. U know lah I ni kan suka bercerita hal2 kisah benar ( sumpah tak tokok tambah).
This happened almost 40 over yrs ago ( maybe now dah berubah) and I was then staying with a Javanese family where Ibu was a pious Catholic , bapak was a non-practising Muslim ( probably 'Kejawen') and the children had all been baptised in church by the dominant Ibu.. There were about 5/6 Malaysians ( boys & girls) staying at her place at any one time. I used to sleep with her sometimes ( Bapak & ibu had long slept separately ). .She used to read the Indonesian/ Javanese version of the Bible before bed, but she never tried to make me read it or tried to influence me/us. On the contrary she always peeped/ knocked on our doors to check if we had done our Maghrib or Subuh prayer and questioned us if we didnt fast during Ramadhan. Sometimes out of curiosity I did borrow the Bible to read ( the Ind'sia version). Memang saling tak tumpah macam baca kitab Agama Islam 'cos sekali belek dah nampak penuh dgn perkataan 'Allah' everywhere when Jesus was mentioned ( Tuhan Allah).

On Sundays when I tuned on their amateur radio stations ( stasion radio amatur) mesti ada sermon sebijik macam kutbah Jumaat kita lengkap dengan 'Tuhan Allah' being repeated. Initially I was quite confused thinking it was Kutbah Jumaat, but I always got to remind myself that it was not a Friday prayer kutbah/ ceramah Agama. That time we always came across these young handsome smartly dressed Mat Salleh boys ( must be Dutch) cycling to desa2 on their missions ( they spoke fluent Ind'sian) .

Later I moved out to be near my campus. When Bapak passed away we went to pay our respecct, to our surprise Bapak was in a coffin dressed in suits and looking handsome with make-up. We found out later that Ibu had baptised Bapak on his death bed, ( semasa nazak), Nauzubillah. Bapak's family was quite annoyed, so to be fair to everybody she had organised two 'Tahlil' one for Muslims and another night Christian style.

This left a real impact on me, so much so that when I went to Yogya for the first time since I left I went in search of her family again ( last 5-8th Dec 2009). Ibu had long died and the house was taken over by her youngest and only son, no need to guess or ask 'cos when we entered we were greeted by 4 huge dogs and on the wall was a cross with Jesus being crucified and on the console table was Mariam with baby Jesus.

Alhamdulillah a few of my Chinese/ Javanese friends have converted to Islam.
So boleh lah kita ambil iktibar dari pengalaman ini bhwa suatu hari nnt kita pun tidak akan jauh berbeda dari kejadian yg. mengelirukan spt ini memandangkan sekarang sdh banyak buku2 Bahasa Malaysia di pasaran yg boleh ditulis oleh semua bangsa & Agama ( mcm Indonesia),. ... Nauzubillah, Wallahua'lam. .
O.k I have to stop here for now takut my message dissappeared as usual if too long.

luv,

XXX


_____________________________________________________________________


Penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan walaupun 'sesetengah' ulama mengatakan ia tidak mengapa tapi mari kita melihat kesan/impak kepada masyarakat..

Ia menimbulkan kekeliruan dan boleh menyebab kan umat Islam terpesong...Tidak boleh kah bertolak ansur sedikit? mengapa perlu menimbulkan isu ini sekarang? Kesannya, lihatlah provokasi yang dilakukan akan menyebabkan kita berpecah belah... Isu ini nampak memang remeh jika kita menganggap ia remeh. Hakikatnya, ia mampu dijadikan provokasi oleh pihak2 yang tidak bertanggung jawab. Penghakiman Malaysia perlu bijak menangani isu2 seperti ini...



di ambil dari utusan malaysia:

"PPIM percaya pihak Herald mempunyai agenda tertentu apabila mereka menggunakan kalimah Allah dan sudah tentulah bukan sesuatu yang baik untuk semua pihak termasuk penganut agama Kristian sekali kerana tiada siapa yang akan beruntung jika satu rusuhan agama berlaku hanya kerana akibat perkara yang amat remeh"