5 Aug 2009

Puisi "Kita Pasti Dirisik"

Got this poem from Demi Pena


Kita Pasti Dirisik

Pertunangan sejak azali,

Di hujung hidup nanti…

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut,

Hantarannya sakit dan nazak,

Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis,

Pengantin dimandikan…

Dipakaikan baju cantik putih,

Wangian gaharu dan cendana,

Keranda jadi pelamin,

Pengantin bersanding sendirian…

Diarak keliling kampung,

Berkompangkan azan dan kalimat kudus,

Akad nikahnya bacaan talkin,

Berwalikan liang lahat,

Saksi pula nisan-nisan,

Siraman – renjisan air mawar,

Keluarga terdekat menepung tawar,

Tiba masa pengantin,

Menunggu sendirian.

Malam pertama bersama Kekasih,

Di kamar bertilamkan tanah,

Dan Dia menuntut janji.

Sucikah kita tatkala berpadu?

Pernahkah taubat sepanjang hayat?

Atau terkubur bersama dosa?

Dan Dia Kekasih itu,

Menetapkanmu ke syurga,

Atau melemparkan dirimu ke neraka.

No comments: