15 May 2009

tafsir mimpi kahwin

Bangun tidur pagi ni terus confused.
-blur2-

terasa macam baru sahaja melalui perjalanan yang sangat jauh.
Semuanya macam 'real' atau betul.


ish ish...ingatkan betul2 sebab memang rasa real.
aku mimpi aku sedang membuat persiapan kenduri kahwin..
Semua orang gembira, aku gembira.

cincin kahwin pun dah diterima..
di luar rumah riuh rendah dengan suara orang ramai.
Hantaran warna merah siap bersusun.

sumber: semut.onsugar.com
sumber: Jantoo cartoon

Apakah makna mimpi nih eh?
Harap2 petanda baik la kan.
Or hanyalah mimpi yang best!
Mungkin ia adalah psikologi diri sendiri.
tapi memang dalam masa terdekat ni tak terpikir langsung untuk berkahwin macam mana la sesat boleh mimpi kahwin nih..haihhh....
mimpi ohhh mimpi...

kan bagus kalau boleh bermimpi lagi...
mimpi best2 selalu sekejap jer....
hehehe...
tapi yang hairan nya, aku tak pulak mimpi bakal suami.
mimpi berada dalam suasana kenduri kahwin jer...
mungkin mimpi ni akan bersambung?? hehehe
Alahai...kalau cakap panjang2 nanti orang cakap aku dah gatal nak kahwin tapi nak buat macam mana, mimpi ni di luar kawalan aku.

Adakah satu petanda??

Jeng...jeng...jeng...

14 comments:

Lina Chan said...

mana tau kalu mimpi tu bersambung, br dpt jumpa bakal suami.. haha~

iQBaL HaSBuLLaH said...

baru ja bangun tido.. dan mimpi kawen..dalam mimpi 2,bangun tido terus kawen..wahh...terus bukak laptop search maksud mimpi..tkut...

hanya wanita biasa said...

hahaha.... mimpi kahwin tu ada orang kata nak jumpa seseorang... em.... mungkin mainan tidur ja kot sbb tak jadi apa2 pun... ;)

Jijahh @ f.k said...

wahh .. dah tau ke ape maksudnye ???

cik ubi said...

orang kata .
mimpi kawen ,, maknanya ajal dah dekat .

no offense . but then, semua tu kuasa tuhan . kita cuma mampu buat andaian je .

hanya wanita biasa said...

ye ker cik ubi? huhu... tak pernah dengar pulak kalau mimpi kawin tu ajal nak dekat...

tapi ramai jugak yg view topik ni...mungkin ramai jugak yg pernah mimpi kawin.. mesti dieorg takut bila baca komen cik ubi..hehe

tapi ajal maut, di tangan tuhan...
kita tak patut takut dengan mati..yang penting kena laa sedia kan bekalan akhirat sbb kita tak tau bila kita akan mati kan? insaf2 :)

Ms. Wanniey said...

baru jer mimpi kahwin ngan sesorg yang dikenali mlm tadi... rasa mcm real jer mimpi tu... sbb tu google terjumpa n3 ni...

Marina Omar said...

smalam baru je mimpi kawin dgn tunang.. dari persiapan sampai ke mkn damai.. tema warne oren... huhu ape ye maknenya......

Just^me said...

Marina, agaknya sibuk buat persiapan kawin kot sampai termimpi2...hehe... I pun tak tau la maksudnya kan... tapi most yg mimpi kawin ni kebanyakkannya dah nak kawin ;p
agaknya dok pikir jer pasal persiapan sampai terbawak2 dlm tido..hehe

ainiey said...

mimpi sama malam tadi..huhuhuhu..
betul ke apa yg cik ubi cakap tu?.. (O_o)

Just^me said...

ainiey, ajal maut tu di tangan tuhan... kadang2 mimpi ni mainan tidur jer... tapi sebagai orang Islam, mengingati mati adalah sesuatu yang digalakkan bahkan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Umar bin Al-Khattab, sabda Nabi s.a.w. yang bererti; “Perbanyakkan ingatan terhadap perkara yang menghilangkan kelazatan hidup (mati)”. Kami bertanya Nabi; wahai Rasul Allah apakah yang dimaksudkan dengan (هادم اللذات) Jawab Baaginda; iaitu mati

wallahu'alam

Murni Afiqah said...

Salam.
saya semalam mimpi ni jugak. dari dilamar smpai ke kahwin tapi spnjg tu sy asyik ckp dgn diri sendiri, "janganlah ni mimpi. ni bukan mimpi kan." dan lepas akad nikah (dalam mimpi tu la), sy xjumpa suami sy tp terus kena kurung dan dilayan dgn kasar. Astaghfirullahaladzim entah2 ni teguran Allah. takutnya kalau ajal dh dekat dan apa yang jadi di hujung mimpi tu...Allah...seramnya. tapi masih terasa lagi thrill nak kawen tu. terdengar2 ucapan tahniah dr kawan2. terbayang2 wajah suami yg bahagia. dan keadaan bilik sy dikurung. Astaghfirullah..Allahumma ajirna minan Nar...takut gile.

novy safwan said...

saya pula dah dua mlm mimpi yg saya nak khwin . bnyk persiapan dah di buat . .tp bila mlm kedua dlm mimpi . .sya tak pkai inai . .sya pun plik . .serius mcm real sya mimpi . .rmai org kat umah pas tu sibuk buat persiapan . .petanda apakh ini . . ? ? ?

rose arden said...

salam..sy br je mimpi buat persiapan kahwin..tp blm kahwin lg...ada tgk tenet td tafsir mimpi ni..Ya Allah..sy kene bersedia...