27 Apr 2009

Swine Flu A.K.A Selsema Babi

Oh tidak! Dulu selsema babi hanya berlaku dikalangan babi2 sedunia tapi tiba2 kes selsema babi ini menular kepada manusia. Sekarang kalau kamu nak pergi ke Mexico untuk ariba ariba (sambil menggoyang2kan badan) maka, berhati2 hati lah!

Kalau dulu statistik selsema babi ni ada la dalam satu atau dua kes tapi tahun 2009 ni terdapat 9 kes baru di U.S!

Apa yang perlu anda tahu tentang selsema babi ini??

1. Ia tidak berjangkit jika anda memakan babi yang dijangkiti virus ini,
2. Jangan anggap remeh terhadap virus ini sebab ia adalah virus kelas A yang terdiri daripada jenis H1N1, H1N2, H3N2, and H3N1.
3. penyakit selsema babi ini menyerang sistem pernafasan melalui udara. Ia boleh merebak melalui bersin ataupun batuk oleh pesakit yang dijangkiti selsema babi.

Apa yang perlu dilakukan jika anda atau famili anda menunjukkan simptom2 seperti di bawah:


1. Simptom yang pertama adalah seperti batuk, kurang selera makan dan pening2

2. Sesetengah orang yang dijangkiti akan mengalami sakit tekak, sakit badan, selsema, muntah, nausea dan diarrhea.

Kanak-kanak yang menunjukkan simptom:

Simptom 1 & 2 dan apa2 simptom seperti di bawah:

-penyakit selsema telah pulih namun ia terjadi semula dengan di tambah batuk dan demam yang serius
-lebam pada kulit
-tidak mahu minum air
-menghadapi masalah kesukaran bernafas
-Demam dan ruam
-menghadapi kesukaran berjalan

Orang dewasa -simptom:

Simptom 1 & 2 dan apa2 simptom seperti di bawah:

- Tiba2 keliru dan pening
-menghadapi masalah pernafasan
-muntah yang berterusan
-sakit pada dada dan bahagian abdomen

Jika anda ada tanda2 seperti di atas, anda dinasihati pergi cepat2 jumpa doktor untuk buat pemeriksaan lanjut. Memang di Malaysia ni katanya belum merebak lagi tapi dengan keadaan wabak yang merebak cepat ini, tak mustahil ia sampai ke Malaysia...Jangan panik dan jika anda ada symptom2 ini, sila ke hospital yang berdekatan untuk tindakan selanjutnya.




1 comment:

armouris said...

lagi info tentang swine flu kat sini - FAQ on Swine Flu