19 Apr 2009

Review buku- SOAL JAWAB REMEH-TEMEH TENTANG SOLAT

Buku ini ditulis oleh Ustaz Mohamad Nidzam Abdul Kadir dan diterbitkan khas untuk melengkapka ilmu pengetahuan di dalam solat.

Selain buku ini, terdapat lima siri lagi buku yang berkisarkan soal jawab remeh-temeh tentang pelbagai isu agama. Setiap siri menjurus kepada soal jawab persoalan yang specifik. Antaranya adalah siri Zakat, Haji dan Umrah, Nikah kahwin, Puasa dan Muamalat.

Saya membeli buku ini kerana isi kandungan nya dan cara penyampaian penulis berbeza. Saya memilih tajuk solat kerana "solat itu tiang agama". Sedar diri bahawa saya mempunyai kekurangan di sini sana maka, untuk menampung khilaf, saya berpendapat bahan pembacaan saya harus ditambah lebih2 lagi soal solat. Memang lah saya bersolat setiap hari tapi berapa dari solat saya agaknya dikira khusyuk? Mungkin satu pun payah. Moga2 pembacaan seperti ini, dapat menambahkan ilmu di dada, InsyaAllah. Terus terang saya bukanlah seorang yang layak memberi nasihat kepada orang lain, nanti orang kata macam "ketam mengajar anak berjalan". Namun, saya sangat merekemen kan kamu untuk membaca buku ini. Usah malu2 dan segan untuk membelinya.

Buku ini 187 muka surat disampaikan dengan cara amat mudah dengan memaparkan pelbagai masalah khususnya dalam solat yang menimbulkan sedikit kekeliruan di dalam masyarakat. Jawapan dan huraian diberikan dalam suasana santai namun padat dengan hukum2 serta dalil daripada Al-Quran dan sunnah nabi.




Antara isi kandungan buku ini adalah:
Azan dan Iqamat -Adakah solatku diterima?
Solat pelbagai keadaan- Unta takut azab tinggalkan solat
Qada solat-Soalan Yahudi tentang solat
Solat Jemaah
Solat Jenazah
Solat Orang Sakit



Last but not least, walaupun gaya penulisan yang santai dan ringkas namun, saya berpendapat ia tidak sedikitpun mencacatkan matlamat penulis buku ini untuk menyampaikan ilmu kepada pembaca malah pendekatan seperti ini amatlah membantu saya untuk mengkhatamkan satu buku (hehe....saya memang membaca mengikut mood :p)Terima kasih!


P/S: Psst...Jika ada buku best dipasaran, jangan malu2 berkongsi!! Semua jenis buku2 pun saya baca cuma mungkin terbatas waktu untuk membaca maka bahan2 bacaan yang ringkas dan padat seperti ini

1 comment:

DrSam said...

salam singgah,
membaca sememangnya hobi yang amat baik. Tidak ramai dikalangan masyarakat kita suka membaca, apatah lagi berkaitan agama. Terimakasih diatas perkongsian ilmu. Semoga membawa keberkatan.