9 Apr 2009

Manusia yang berhati BUSUK~

Yer saya tau kamu berpangkat tinggi....
Yer saya tahu saya bersalah kerana parking di tempat staff

Tapi....
kalau kamu pandai, jawab la...
mengapa kamu begitu kejam merampas parking lot student untuk dijadikan parking staff?
antara staff dan student, siapa lagi ramai??

saya parking kat tempat parking lot yang banyak iaitu kat staff...tak menjadi masalah kan? dah parking student dirampas....kami tak ada tempat parking.
kami tak kisah jika kena parking jauh tapi dah parking jauh untuk student pun penuh...
saya ni tinggal jauh, mana laa larat nak naik bas.

kamu menganiaya saya dengan MENGUPAH 2 ORANG (SORANG BONCIT & SORANG LAGI MUKA PENYANGAK) untuk meng 'gam' kan kertas sebesar2 cermin tu di tempat driver. saya ulangi sekali lagi, kamu meng'GAM' kan kertas yang bertaip "dilarang meletak kenderaan di sini" di atas cermin kereta kami student2 ni!


Kamu tahu tak tindakan kamu tu merbahaya!....GAM tu susah nak keluar tau tak?? Ni bukan perbuatan orang yang BODOH tapi lebih kepada ORANG YANG BERHATI BUSUK!


saya akui saya salah tapi parking tu lengang dan banyak parking lot lebih, apa salahnya kamu berkongsi parking dengan student? Undang2 melabelkan parking staff tu untuk mengelakkan parking staff penuh. tapi sangat menyedihkan parking tu sentiasa lengang! (staff tak ramai sgt berbanding student tapi tamak nak parking luas2!)

patut la ada pensyarah jeling dengan jelingan MAUT bila nampak student parking... Mungkin tidak senang berkongsi parking dengan student- SANGAT PENTINGKAN DIRI sendiri! dah pandu kereta besar.. tak pandang kami insan yang kerdil...

HELLO...tanpa kami student yang sengkek ni, sapa nak bayar gaji kamu? sedar la sikit..
dongak langit tak ingat nak jejak tanah... SANGAT MENJENGKELKAN!
Ini parking yang sebesar2 alam untuk staff yang seciput tuh...adakah kamu rasa ia berbaloi?

perkara ini sangat memalukan kalau orang di luar sana tahu. kata nak memajukan bangsa tapi tengok laa sendiri.... kerana parking pun KAMU NAK BERKIRA.....MEMANG KAMU berhati BUSUK~

YA! HATI KAMU SUNGGUH BUSUK~

saya sangat marah dan beremosi sekarang... Ini lah entry pertama saya yang sangat EMO.....
sebusuk2 saya, saya tidak akan mendedahkan nama orang yang terlibat~

SAYA ORANG BERMARUAH, BUKAN MACAM KAMU BUSUK!


SAYA NAK HADIAHKAN POTRET KHAS UNTUK KAMU (SAYA RASA SESUAI UNTUK KAMU)...
SCROLL KE BAWAH (mesti kamu berdebar2 kan? maklumla saya orang pertama yag beri kamu hadiah)

>
>
>
>
SAMA KAN MUKA NYA DENGAN KAMU?



Kamu suka??





3 comments:

DreamCatcher said...

sabar-sabar... amik kertas tu n gam balik je kat kereta mereka.

epol said...

kat ne nie??rasanye sume U pon camtu..staf tak seberapa tapi kalo student parking dia la org first nak rantai2 moto n saman kete (sepakat ngan pihak keselamatan U lak tu)..hampeh

myjaehee said...

penah kena kejar ngn pak gate time kat u sbb x bayar saman.... hahaha

anti toi ngn pak gate2 nih.