18 Apr 2009

Aku terima Nikahnya- book review



Aku Terima Nikahnya adalah salah satu karya dari Hasrizal Abdul Jamil @ dikenali dengan gelaran Abu Saif.

Bagaimana saya boleh membeli buku ini dan membacanya?
Hehe... Bukan kerana saya ingin berkahwin dalam masa terdekat ini tapi sekadar ingin menambah ilmu pengetahuan. Buat pengetahuan anda sekalian, semakin usia saya bertambah, saya merasakan adanya keperluan untuk kita menambahkan ilmu. bukan sekadar ilmu perkahwinan tetapi ilmu yang lain2 juga ya (saya akan meng'review' buku lain kemudian ya). Jangan macam tin kosong...bunyinya kuat tapi tin 'kosong'! dan jangan pula menyombong diri dengan pengetahun secetek air pantai yang surut kerana ilmu Allah itu lebih luas umpama lautan. Siapalah kita untuk menyombong diri, kita hanyalah hamba-Nya yang kerdil..

Setelah membaca buku ini, saya merasakan buku ini banyak memberi input yang berguna terutamanya kepada pasangan yang di ambang perkahwinan dan juga pasangan yang telah berkahwin.

saya tertarik dengan petikan di dalam buku ini:

"Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin. Kerana rumah tangga bukan Utopia cloud nine. Ia adalah kombinasi suka dan duka."

Setelah membaca buku ini, emosi dan rasional saya menyatakan buku ini bukan sekadar buku biasa2. Ia banyak memberi pengajaran yang berguna sesuai dengan motto penulis "ERTI HIDUP PADA MEMBERI". Terima kasih!

Penulis amat teliti dan memberikan tips2 yang bernas yakni bukan sahaja teori tetapi mempunyai nilai input yang boleh dipraktikan dalam kehidupan seharian (jarang2 ada buku sebegini).
Setiap helaian mempunyai kisah yang tersusun dan saling berkait antara satu sama lain.
Antaranya adalah:

1. ERTI SEBUAH PERKAHWINAN
2. KITA DAPAT APA YANG KITA BERI
3.LAYANAN TERBALIK IBU BAPA YANG PELIK
4. ABI RAKSASA, UMMI DINOSAUR
5.MENCARI KEKASIH
6.DALAM DERITA ADA BAHAGIA
7. CINTA TANPA SYARAT
8.TIGA HOSPITAL, TIGA SUASANA

Dalam buku ini digariskan panduan bercinta mengikut Islam. Penulis buku ini berulang2 kali menasihati pasangan yang bercinta untuk berfikir secara 'sense of begin with the end in mind'
Bagaimana Islam itu indah.... larangan dalam Islam tidak mencacatkan cara pergaulan dan cara kehidupan seharian.

Buku ini juga menceritakan bagaimana penulis menghormati keluarga sendiri dan keluarga mertua. Dalam bab 'Biar mati anak, jangan mati adat", penulis menceritakan kisah peribadi penulis sendiri tentang majlis perkahwinan beliau. Beliau menyatakan sebahagian tanggungjawab berumah tangga adalah sifat mengambil hati dan menyesuaikan diri dengan keluarga dan sensitiviti keluarga mentua contohnya maafkan kebiasaan yang ada (adat) dan bertolak ansur untuk meminimumkan kebiasaan yang agama tidak suka.

Owh ya! untuk meng'review'kan buku ini adalah sangat panjang. Saya mengambil masa 6 jam untuk membacanya (227 muka surat). Malah saya tidak jemu mengulang2 setiap helaian buku ini kerana bagi saya, cara penulisan penulis sangat jujur menceritakan kisah hidup beliau dan cabaran yang beliau harungi dalam hidup berumah tangga.

sila ke link penulis... beliau ada blog untuk artikel terkini!

Click --> http://saifulislam.com

dan tidak lupa, isteri beliau juga ada blog. Click juga ke http://ummusaif.com


Saya amat meng'rekemen' kan anda untuk membeli buku ini!!!!!!
Bagi yang sudah ada, kongsi2 lah dengan rakan sebab ia adalah bahan bacaan yang sangat menarik disamping memberi input yang berguna.

No comments: