7 Mar 2009

merungut nanti rezeki lari


Nenek saya pernah berkata kepada saya "pagi2 tak elok merungut, nanti rezeki lari." Jadi sejak dari itu, saya jarang merungut sebab takut rezeki saya lari..hehehe..

Bila difikir2 balik memang tidak elok merungut. Yerlah biasa la tu merungut2 kan...sapa yang tak pernah kan? Tapi merungut banyak pun tak ada gunanya. Saya mengambil konteks percaya kepada rezeki yang tuhan beri. Jika itu bukan rezeki saya, saya akan 'berusaha lagi' mungkin rezeki orang lain barang kali. Mungkin saya tidak cukup berusaha barangkali atau mungkin belum masa saya lagi kot...Rezeki ada di mana2 dan bermacam2 bentuk. Saya tidak pernah gusar orang lain mendapat rezeki lebih dari saya jauh sekali iri hati atas rezeki orang lain kerana pada saya rezeki setiap orang semua dah ditentukan. dan setiap orang ada rezeki masing2 bukan soal nya 'tidak patut dapat' atau sebagainya. Setiap orang juga mempunyai tanggung jawab masing2.

Saya bakal di temuduga nanti. Kalau boleh saya tidak mahu di labelkan "orang-yang-selalu-bertuah" kerana statement itu semacam mengatakan saya tidak layak sahaja. Sedangkan saya tahu saya berusaha keras untuk itu. Walau bagaimanapun saya akan berusaha sehabis mungkin kerana ini akan melibatkan masa depan saya dan juga orang yang bergantung harap kepada saya. Saya tidak kesah apa orang kata kerana rezeki itu ditentukan tuhan. Berdebar jantung ini tuhan ajer yang tahu. Bukan mengharap sangat berjaya dalam temuduga itu tetapi saya sangat berasa tidak sedap hati untuk pergi temuduga ni. Entah kenapa. Rasa mahu tapi 'tidak-rela'......tidak ikhlas kah? atau tak mahu? keliru~

No comments: