8 Mar 2009

Men are 'collectors,' women are 'shopaholics'??


Shopaholics adalah istilah mat saleh tapi istilah B.M adalah 'kaki shopping'. Masalah lupa kawalan diri ketika shopping biasa dialami wanita. hehe (termasuk lah saya yang tak berduit sangat ni pun). Memang membeli tu satu keseronokkan kan??

Kalau nak tahu ada tanda2 boleh dikenal pasti adakah anda kaki shopping? (fakta di bawah adalah hasil daripada interview saya dengan encik "google" dan juga skit2 daripada pengalaman sendiri :p) :-

1. Kaki shopping ni selalunya berbelanja ketika sedang hati bersedih atau beremosi kerana bagi kaki shopping ini adalah satu cara untuk melepaskan tensen.

2. kamu berbohong kepada keluarga konon2nya barangan yang kamu beli murah dari yang sepatutnya (padahal new arrival mana pernah murah kan?) semata-mata tak nak kena bebel atau marah ataupun alasan yang selalu diberi "saya tak ingat harga barang ni"



3. Mengabaikan keperluan seharian contohnya, sanggup berjimat tak makan ataupun bergelap sebab tak bayar bil elektrik ataupun tak mandi sebab tak bayar bil air semata-mata untuk simpan duit bershopping.


4. Selalu memberikan alasan jika ada orang menasihati supaya berjimat cermat seperti, "I just had to buy that," "I couldn't live without it," "It wasn't that expensive."....em....bila takder duit saper nak jawab dek non oii....


5. Menyesal selepas memborong sakan barang2 kat supermarket sebab sebenarnya kaki shopping ni tahu akibatnya. Akibat bershopping sakan, habis duit simpanan lepas tu hutang keliling pinggan...haaa.. pening2.....

6. Tak boleh hidup tanpa kredit kad. Sikit2 guna kredit kad (macam dalam kisah benar kat tv tu beli roti ngan butter pun nak pakai kredit kad)..... kredit kad lah punca masalah hutang tertunggak krisis zaman sekarang. Bunga-bunga bank bukan bunga-bunga cinta tau....


7. Kebanyakkan kaki shopping ni selalunya membeli dalam keadaan yang tergesa2. Contohnya, 'ketiga2 kasut ni cantik, saya mesti beli ketiga2 kasut ni...MESTI BELI HARI INI JUGA, kalau tak nanti orang kebas!!!'...tiba2 perasaan tamak pun melanda...kajian ada sebut, kaki shopping ni mesti membeli belah bagi menghilangkan rasa ketagihan yang melampau kerana deria otak kaki shopping nih beri signal euphoria (rasa high -macam ketagih dadah) semasa membeli belah...

8. Kaki shopping ni bukan tidak pernah insaf malah pernah beberapa kali untuk berjimat cermat tapi memang susah kan? macam diet jugak lah..bila dah biasa makan sedap2 tiba2 kena diet mestila rasa jangal kan? kalau tak kuat iman memang diet tah ke mana, kita pon ke mana. Rasanya dalam hal ni kena semangat kuat kan?



Jadi kena fikir betul2 sebelum kita mengaku kita ni 'shophaholic', sebab saya tengok ramai juga yang berbangga dengan title itu..tak tau kenapa....Mungkin title 'shophaholic tu lambang kemewahan terunggul ataupun citarasa tinggi, saya tak pasti. Yang pasti pendapat peribadi saya, saya rasa shopaholic tu macam satu tabiat yang kurang sihat..rasanya saya ada sikit2 keinginan untuk membeli belah tapi kadang2 berjimat juga sebab takot tak cukup duit nanti sendiri yang susah! Shopping sakan2 tanpa perlu risau apa, saper yang tak nak kan? Tapi biarlah berbelanja dengan berkhemat...kalau nak shopping sapa boleh halang, dah duit sendiri kan, tapi kalau tak ada duit risikonya pon tanggung la sendiri....hehehe.....

"Tepuk dada, tanya selera masing-masing"


*gambar perempuan pening tengah kira-kira huntang

*Last2 tabung ayam jugak jadi korban.. :p

No comments: