28 Feb 2009

Malaysia Hotness News------Ringkasan berita hari ini- Utusan

1. Kenaikan tol di tangguh

Komen: Bagus la tangguh. Sekarang kan 'recession'.... lagipun kalau kerajaan tanggung 1 billion disebabkan penangguhan nih kira tolong rakyat la skit, itu kan duit tax payer>duit tax payer tu duit rakyat. Apa salahnya kan? ringankan beban rakyat yang 'bukan-semua-kami-kaya-raya- macam-kamu'. Tapi tak setuju la tol naik. Mentang-mentang la dah tutup 2 tol lepas tu naik kan kadar tol di semua tol. Kalau nak naik tu mungkin kena berperingkat-peringkat. Ini semua mendadak. terima kasih la kerana menangguhkan tol. Perkara2 macam ini amat signifikan terhadap kami rakyat 'biasa'

2. Barangan Kraf Malaysia "terbaik" di Harrolds

Bagus la industri kraf Malaysia dah ke Harrolds. Tapi setakat mana industri ini membabit kan syarikat tempatan kecil? Tak ada pun nama syarikat tempatan melainkan nama2 syarikat orang besar jer (macam menguntungkan beberapa pihak jer---> statement jahat saya). Tapi saya memang setuju dan yakin barangan Malaysia seperti batik, kain tenun, kraftangan seperti seramik, kristal buatan Malaysia memang mempunyai ciri-ciri yang unik. Memang cantik.
Petikan akhbar Utusan:
Pertunjukan fesyen yang mempamerkan 54 rekaan menggunakan fabrik seperti batik, songket dan tenun daripada koleksi Yayasan Tengku Nur Zahirah Foundation, Galeri Seni Edon, Datin Sharifah Kirana, Kartini Illias dan Kraftangan Malaysia dipertontonkan kepada hadirin.

3. Bantah guna perkataan Allah

Kesnya begini ya tuan puan. Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian setelah kes penerbitan Herald
The Catholic Weekly yang dengar kata nak bawa perkara ini ke mahkhamah (kononnya nak saman 'kerajaan Malaysia').
Perintah tersebut berbunyi: ‘‘Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan ‘Allah’, ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘Solat’ adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan “Khusus Untuk Penganut Agama Kristian’

Rujuk kepada: Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh KDN.
Komen: Sedangkan ucapan salam antara Islam dan bukan Islam pun berbeda apatah lagi perkara ini. Perlukah bertengkar sedangkan perkara ini terang lagi nyata, "Untukmulah agamamu, dan untuk akulah agamaku !". (Mestinya Anda mengetahui hal itu bukan?). Jika dibenarkan dan diluluskan undang-undang ini, bukankah akan mengelirukan orang ramai? Apa motif mereka nak guna perkataan 'ALLAH' itu?

4. Keselamatan Parlimen di perketat

Satu Malaysia tahu perkara isu pergaduhan di parlimen. Bukan perkara baru. DI DALAM parlimen pun bergaduh, di luar parlimen pun bergaduh. Isu terbaru Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengeluarkan kenyataan berbaur 'provokasi' menyebabkan sekumpulan individu berhimpun untuk menuntut Pengerusi DAP, Karpal Singh memohon maaf kerana menggunakan perkataan 'celaka' terhadap Pemuda UMNO. Lebih memburukkan keadaaan beberapa orang anggota Parlimen masuk campur dan berlaku insiden tolak menolak sesama mereka.

Akhirnya Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh mengeluarkan arahan:

"Kita cuma akan menghalang serta mengenakan sekatan terhadap mereka yang dikesan boleh mengganggu atau mengancam ketenteraman atau keselamatan Parlimen," Katanya, rombongan seperti kanak-kanak sekolah yang ingin melawat Parlimen tidak akan dihalang memasuki kawasan itu."
Komen: alahai, rasa-rasanya Karpal suka kepada isu2 yang menimbulkan kontroversi namun isu ini kenalah bijaksana menanganinya. jangan cepat melatah dan terus macam hendakkan title 'hero malaya'. Undang2 kan ada. kalau berbalah mulut mana sudahnya. Malu dekat budak2 tadika. Mereka pun tahu berbudi bahasa. Sudah2 muka yang sama keluar tv pastu berlagak hero. Anda tengok lah berita di tv pasti anda perasan. Ramai sangat...


Rasa2 nya cukup la berita untuk harini......... mengulas berita pun letey dibuatnya. Tiada berita signifikan (boleh mengubah paragdigma or something like that). Berita yang sama berulang-ulang kali. Balas-membalas tuduhan mulut buat la di rumah or diluar, jangan buat di tv. Orang-orang yang tak terlibat pon terpaksa menonton aksi2 seperti ini...haiihhhh (mengeluhhh)





No comments: