9 Feb 2009

Review- Sifu dan Tongga


Review ringkas ttg filem ini:

Filem ini mengisahkan Mila (Fouziah Gous) telah diculik sekumpulan wartawan yang diketuai Tammy (Erra Fazira) bersama Izaq (Azad Jazmin) yang mahu membuktikan kewujudan masyarakat yang masih hidup seperti di zaman batu. Hero cerita ini adalah dua sahabat, Sifu (Saiful Apek) dan Tongga (Nabil Raja Lawak) berganding bahu mencari Mila di KL. Pengembaraan Sifu dan Tongga penuh dengan pelbagai dugaan. Segalanya serba baru dan pelik bagi mereka setelah bertahun2 hidup terasing di belantara.


_________________________________________________________________


Saya telah menonton cerita ini semalam bersama adik2 saya tersayang. Mereka peminat Nabil (raja lawak musim ke-2). Saya lagi sungguh teruja nak tengok lakonan pertama Nabil (sebab bg saya dia adalah 'inteligent comedian'- dia tidak buat lawak bodoh).
Saya sertakan pandangan2 org2 yg berkaitan dlm review kali ini:

Bicara Razak Mohaideen (director)

“Kalau diperhatikan, setiap babak juga ada diselitkan dengan sindiran-sindiran tertentu dan mengajak penonton memikirkan senario dunia tanpa teknologi,” katanya pada majlis pratonton Sifu & Tongga di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bicara wartawan hiburan:

Ramai wartawan hiburan yang
meng'review' kan cerita ini sampah and tagline promo filem ini adalah "kelucuan tahap kritikal" tidak seperti yang diuar-uarkan.

Bicara SAYA (Inversible^third^eye)


Bagi saya, cerita ini lemah dari jalan skripnya. (imagine org yg tak pandai buat lawak buat skrip? =Shukor Mohaideen : (Scriptwriter) {-_-} (keluarga Razak Mohaideen ker?)

Nasib baik filem ini banyak dibantu oleh pelakon2 yang berlakon. Selain Saiful Apek : Sifu (Pelakon Utama), Nabil : Tongga (Pelakon Utama), Fouziah Ghous : Mila (Pelakon Utama), filem ni ramai menggunakan pelakon jemputan yang popular (di Malaysia). Kalau takde pelakon2 ini, saya berani mengatakan filem ini tak laku. cth:

Erra Fazira : Tammy (Pelakon Utama)
Piee : Chief (Pelakon Pembantu)
Datuk Jalaluddin Hasan : Director Of Human Rights Association (Pelakon Pembantu)
Rozita Che Wan : Pegawai Polis (Pelakon Pembantu)
Azwan Ali : Mak Nyah ATM Machine (Artis Jemputan)
Shamsul Ghau Ghau : Jurujual Kedai Elektrikal (Artis Jemputan)
Jaafar Onn : Pelayan Kedai Makan (Artis Jemputan)
Din Beramboi : Jurujual butik (Artis Jemputan)
Ruminah Sidek : Makcik Tua (Artis Jemputan)
Iqram Dinzly : Ketua Mat Rempit (Artis Jemputan)



Heroin yang tak banyak bercakap dlm filem ini- hanya menjerit dgn pithing yg menyakitkan telinga sampai menyusup kalbu- wit wit~


Ok2 lah Razak Mohaideen, saya tidak mahu mengutuk anda, sejujurnya tapi filem ini yang bernilai 1.6 juta tidak seperti nilai yg dilaburkan.

Lucu tidak semestinya:-
1.
kena pakai cawat (seperti zaman batu),
2. kena cakap pelat (seperti budak tadika),

3. kena melompat2 seperti org gila


Saya tahu kebanyakkan filem Razak Mohaideen mengambil pendekatan yang dekat dgn masyarakat cth anak mami. Filem Sifu dan Tongga juga adalah salah satu filem yg bagi saya 'ada idea tapi tidak kesampaian'. Ada beberapa babak yang menjadi tapi tidak membantu jalan cerita. Lawak cuma lawak, jalan cerita hampess..

Babak yang saya suka (ikut ranking):

1. Babak Azwan Ali berlakon sebagai Mak Nyah ATM Machine. Walaupun sebagai artis jemputan, dalam banyak2 babak, babak ini lah yang berjaya membuat saya ketawa (TQ Azwan Ali).
2. Nabil dengan aksi yang selamba - a good starter for a new actor! Thanks~ Nabil
3. Erra Fazira berlakon jadi watak jahat (lakonan beliau bertambah maju - sebelum2 ni gedik sgt..cuma kurangkan sedikit control keayuan jika berlakon watak jahat, ok)
4. Aksi di escalator -Nabil naik escalator turun pastu kena bebel ngan makcik tua (Ruminah Sidek) yang cuba utk ajar Nabil naik lif


Bagi saya:
"Filem yang gagal adalah ketandusan idea yg bernas, rendah kretiviti yang genuine dan kekurangan nilai seni itu".



Pesanan kepada Nabil:
"anda boleh berjaya lagi cuma pilih la skrip dahulu. sejujurnya saya merasakan anda lebih baik daripada penulis skrip filem sifu dan tongga ni. kalau awak buat skrip pun lagi baik!! Nabil tidak perlu bergandingan dengan pelakon senior utk fames kerana lawak anda ada class~."



4 comments:

epol said...

huhu..actually memang sy tak minat lansung dengan cite razak mohaideen nie..sebab:

1. byk sgt cite pasal lawak org utara..(sampai dah jemu)
2. lawak yang nak memaksa penonton gelak
3. skip@ dialog yang digunakan kekadang tu ntah ape2 je bile kite tengok..

4. citer dia sangat bosannnnnnnnn...

**tak heran pon kalo wartawan cakap sifu & tongga cite sampah..

Invisible^third^eye said...

em....org yg ada duit tapi tak pandai buat filem kan? tragic sungguh industri filem nih. Tunggu Upin & Ipin keluar, nampak preview mcm best. Hopefully cerite upin & ipin meng'cover' balik kekecewaan cerita melayu sekarang.

Ajami Hashim said...

:-)

Mardiah Mohamad Thani said...

hmm memg tak bes pun citer nih. menyedihkan