2 Feb 2009

Pantun dan gambar bunga

Gambar di bawah diambil bersemperna "pertandingan orkid" di Shah Alam City Centre (SACC). Oleh itu, saya selitkan juga pantun untuk menjadikannya lebih bermakna. Saya tidak pandai berpantun tetapi waktu sekolah dahulu, saya selalu berpantun dalam penulisan@karangan supaya cikgu BM bagi markah lebih..hehehe...Ada sesiapa hendak membeli? saya menjual nih...

tema: BUNGA

1.



Kecantikan wanita umpama bunga,
bunga bertambah cantik disinar mentari,
Biarpun kulit sehitam kerak belanga,
Dalaman cantik seteguh harga diri.


2.

Ada bermacam jenis bunga di taman,
Sayangnya kembang cuma seketika,
Tambah manis dalam senyuman
hati senang, teman pun suka.

3.


Matahari memancar terang,
Bunga indah teguh di dahan,
Biar apapun kata orang,
Yang benar tetap di ketahui Tuhan

4.


Kajang tuan kajang bertempat,
Kajang hamba musafir hina,
Bunga tumbuh hanya setempat,
Sabar itu letaknya di mana?

5.


Bunga orkid sama cantik bunga raya,
Dipetik gadis indah rupawan,
Ramai orang hendak jadi kaya-raya,
Berapa orangkah hendak jadi dermawan?

6.


Bunga harum sudah di petik tangan,
Girangnya hati menjerit suka,
Usah lalai leka berangan,
Dalam sukapun ada duka

*Pantun di atas adalah hak milik blog ini.






©

No comments: