17 Feb 2009

Mengomen dan Mengomel ~

Ya kepada comen dan comel sekalian (merujuk kepada komen dan mengomel)

Tetiba tergerak hati utk memberi pendapat setelah membaca entry "Kenapa kita selalu lupakan mereka" from 'Made from vinegar & Ice'.

Secara ringkasnya, cerita ini cerita sedih di mana, ex-schoolmate (sekolah rendah) blogger ini telah meninggal beberapa minggu lepas. Blogger ini hanya mengingati nama sahabat dia sahaja dan menyatakan "he was a nice guy".

Persoalan cepu emas dari blogger ini membuatkan aku terdiam dan berfikir sejenak,

"kenapa kita selalu tak ingat orang yang baik? (tidak mengambil tahu perihal kebaikan yang dibuat)"
"kenapa kalau sensasi selebriti itu menjadi perkara hangat untuk dibincangkan? (padahal tiada kena mengena dengan kita)"

Sudah menjadi lifestyle, perkara2 sensasi atau publisiti murahan ini mendapat sambutan dan sentiasa meniti di bibir kita dalam kehidupan seharian. orang2 yang berparty dikatakan ada life, orang2 yang berjuang cth nya melanjutkan pelajaran@ berjuang dimedan perang@ sibuk membuat kebajikan tiada life (Rujuk juga kepada entry saya sebelum ini yang "all glitters is not gold"). Bukan semua yang cantik dan sedap dan nikmat itu bernilai...

Mungkin sebelum ini kita hanya lihat dengan mata kasar sahaja. Hidup penuh glamor, keseronokan itu dikatakan sebagai hidup yang bermakna (tu sebab ramai nk masuk akademi fantasia kot). Bila difikir2 kan semula, betul kata blogger tu yg hidup ini lebih bermakna jika kita dapat memberi sumbangan kepada orang lain dengan penuh keikhlasan tanpa banyak 'mengomel' itu ini. Perkataan yang paling tepat adalah 'hidup ini perlu ada pengorbanan' bukan sekadar kita hidup untuk diri sendiri cth, 'aku nk jadi kaya nnt boleh hidup senang' instead alangkah baiknya jika ditukar paragdigma kita kpd 'walaupun tidak kaya, tapi aku masih mampu memberikan sumbangan kepada insan memerlukan'. wang bukan segala-galanya sebagai alasan tidak memberi sumbangan.

lagi sekali aku setuju kata blogger tu yang "we live in superficial world". Memang lah dunia ini senang kita berjumpa perkara2 yang melalaikan, namun kebaikan dunia susah untuk dicari. mungkin kena memahami dan muhasabah balik apa tujuan kita dilahirkan didunia.

Kadang2 bagus juga membaca blog orang2 kerana dari situ kita akan dapat menilai dan muhasabah diri sendiri. Kita sibuk memperkatakan cerita sensasi sehingga lupa yang sebenarnya hidup ini lebih daripada tu.

Aku mula terfikirkan, apa pula sumbangan aku kepada masyarakat..... Terima kasih blogger 'magenta'. Terima kasih kerana menyedarkan aku.


p/s: aku recommend korang baca entry penuh di 'Made from vinegar & Ice'


1 comment:

shasha said...

sy mmg pembaca setia blog itu...