20 Feb 2009

Mari2 dengar ini cerita~ Dr HM Tuah Iskandar book review



Ya, Buku ini berjudul "TAU TAK APA" dengan tagline nya adalah:
"kita semua mampu kalau mahu"

Mesti anda pernah dengar Dr HM Tuah kan? Pakar motivasi kat Malaysia ni dari segi penulisan dia merupakan salah seorang yang banyak terbitkan buku2 motivasi.

Saya mahu (kalau boleh) semua orang membaca buku ini.
Jika anda rasa stress atau rasa kurang motivasi, silalah pergi ke kedai buku dapatkan buku ni.
Buku motivasi yang santai dan sesuai di baca di hari minggu sambil minum air sirap!
Lagipun bahasa senang paham, macam kawan bercerita kepada kawan. ada unsur2 jenaka,
nasihat dan kadang2 ada tips2 jugak.

Ia tidak mengambil masa yang lama untuk membaca buku ni 318 muka surat aja dan boleh dihabiskan dalam masa 1 hari.

Saya listkan antara topic2 (cream of the cheese) yg saya rasa menarik ya! :

sampah pun berharga pada yang tahu
11 cara tambah rezeki
cerita taugeh (ada 4 chapter pasal taugeh je k!)
tulenkah anda?
tak guna kelulusan kalau jahat
gila meroyan apa?
3 cara lawan penyibuk (saya suka bab ni)
Beza orang maju berniaga
Memantau emosi dengan air
Sejadah terbang

*Ini bukan lah iklan berbayar tetapi pendapat dari kaca mata dan fikiran saya yang tidak seberapa ini. kalau tidak bersetuju, terpulang pada pendapat masing2 ya! :)

Oh ya sila click --> http://www.drtuah.com

terima kasih juga kepada bos karangkraf
Dato Hj Hussamuddin (kawan ayah saya) yang bermurah hati memberi buku ni secara percuma.

No comments: