28 Feb 2009

CARA JADI JEJAKA IDAMAN

Baru2 ini saya berjumpa dengan kawan lama, Z (bukan nama sebenar) di pusat beli belah. Kami pun bersembang2. Maklum la lama tak jumpakan, lagipun Z belanja makan..hehehe....
Tiba2 soalan cepu emas pun muncul:

Z bertanya kepada saya, macam mana nak jadi jejaka idaman?

Saya pun menjawab, "Nak jadi jejaka idaman ke atau nak memikat perempuan?"

Z, "jadi idaman dengan memikat wanita lain ker?"

Saya, "lain lah, jejaka idaman tu ciri-ciri yang disenangi wanita dan bukan bermaksud wanita itu mesti terpikat pada kamu. Contohnya, Anuar Zain tu jejaka idaman tapi tak semestinya semua wanita yang minat dekat dia tu nak kahwin dengan dia"

Z, "ooooo macam tu ka? tak tau pulak aku"

Saya, "dah tau tak pe"

Z, "Aku minat dengan sorang aweks ni...tapi macam mana nak tahu perempuan tu suka kat kita?"

Saya, "tengoklah cara dia layan kamu macam mana. Kadang2 perempuan tak tunjuk yang dia minat kamu sebab dia pun fikir macam kamu jugak. Takut bertepuk sebelah tangan sahaja. Jadi kamu lah kena tunjuk yang kamu berminat jika kamu minat kan? Macam ambil berat, bagi hadiah kecik (walaupun tak mahal), tak pun pergi amik hati salah seorang keluarga dia"

tambah saya lagi, "perempuan suka lelaki yang pandai buat kelakar. Bukan maksud aku kebudak-budakkan atau tak serius tau. jangan asyik nak ketawa ajer. Tapi lelaki yang buat dia selesa dan jadi diri sendiri. Itu namanya ada chemistry. Ada paham?"

Z, "aku malas la nak pikat perempuan ni. Susah sangat. Kejap aku rasa dia suka aku, kejap dia tak ada respon....Susah2 kau cari la kat aku sorang calon yang nak dijadikan bini"

Saya, "pulok dah. Tadi kata berkenan kat awek tu. proceed jer la... Ko pun bukannya muda dah pun. dah nak masuk umur 30-an. Ko ada kerja tetap, ada rumah, ada semuanya. Aku tak mau la jadi match maker. Pandai2 la cari sendiri.. Hishhh macam budak-budak la ko ni. Kalau malas, suruh jer mak ko carikan ko calon"

Itu lah sedikit sedutan perbualan kami. Susah sangat kah nak memikat perempuan??
Iyer lah kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan? Memikat perempuan ni perlukan kesabaran.

Ini kerana selalunya perempuan tu tak yakin niat kamu tu. Jadi kena la tunjukkan kamu serius berkawan dengannya. Jangan pulak pada masa yang sama, memasang radar lain yaitu memikat lebih dari seorang aweks serentak. Itu carik nahas tu. Walaupun kamu-kamu lelaki ni yakin kamu hensem dan menawan, pantang untuk memikat perempuan adalah jangan curang. Ini belum apa2 dah main kayu tiga mana tak jadik haru biru kan?

*Anuar Zain dan Fahrin adalah contoh jejaka idaman Malaya. Gambar adalah hiasan semata-mata. Tiada kena mengena dengan penulis ya! :p

Sekian lah tips2 untuk memikat. pantun di bawah adalah khas untuk yang masih mencari2 calon hati.. semoga anda dipertemukan dengan insan sebaik insan. Amin~

Berdoa untuk dapat berkat,
Buat jodoh untuk si Hawa,
Pikat jangan sebarang pikat,
Jika hati tidak sejiwa.

No comments: