18 Feb 2009

bye2 kepada pakwe itu

Merujuk kepada blog 'nasi lemak coco crunch'

saudara epul senaraikan 4 ciri awek yang patut korang tinggalkan, aku pulak senarai kan 8 ciri pakwe yang patot ditinggalkan (jangan marah en epul, sekadar utk bacaan umum tau):~



1-Kurang pegangan agama
Selalunya tgk2 time solat jumaat. Adakah si dia itu pemonteng tegar? kalau solat jumaat seminggu sekali pon ponteng, inikan pula solat 5 waktu. Nanti macam mana nak bimbing anak orang?



2-Selfish
Semua salahkan perempuan jer. itu ini tak kena. Pastu semua kerja2 perempuan yang buat. Dari zaman berpacaran, makwe yang kena drive, bayar tambang bas, bayar makanan, bayar segala-galanya sehingga zaman kahwin, isteri kena masak, kena jaga anak itu ini padahal lelaki dok goyang kaki duduk di kedai kopi.



3-Panas baran
Pantang sikit angkat tangan atau pun kadang2 kaki pun naik jugak. Ikut hati nak tengking2 dan pukul makwe (anak orang tuu). Dengan makwe ala-ala tentera punya train tapi depan suku sakat kekawan manis umpama tebu. haaa..lagi satu, suka membelasah juga orang2 yg tidak berkenaan yang berhampiran dgn tempat pertengkaran.

Hi5 Emoticon

4-Childish
Tak nak komitment dan berasakan hidup ini muda selama-lamanya. Makwe setia giler tapi tak dipinang2 nya atas alasan tak bersedia, sudah2nya sbb makwe dah makin tua dan tak cantik lagi, terus carik perempuan muda2.

Hi5 Emoticon


5-Mata keranjang
Jumpa perempuan dahi licin, ala2 aiswarya rai terus jer curang. Dah pulak tu, curang senyap2. Makwe sendiri tak nak lepas, tamak nk dua2 makwe. ape kes?

Hi5 Emoticon


6-Pengotor
pengotor bukan comot ya! pengotor adalah tidak mandi berbulan-bulan sampai bau pun mcm bangkai.
Hi5 Emoticon

7-Kedekut
Duit kau duit aku, duit aku, duit aku lah~
Hatta belanja aiskrim pun kedekut




8-Psiko
namapak smart dan bergaya, tapi macam ada masalah mental sikit. Mungkin stress atau memang begitu. Sikap yang ganas tiba2 sehingga mencederakan diri sendiri dan orang yang tidak berkenaan

Hi5 Emoticon


Oleh itu, saya sangat lah setuju jika en epol katakan pilih lah pasangan yang serasi. Mau2 yang memahami, jangan lah asyik nak harapkan terbaik daripada orang lain tapi diri sendiri hampehhh~~~


hehehe............................

p/s: entry kali ini tidak ada kena mengena dengan emosi terlampau. Ia adalah pandangan umum semata2 penulis tau! :p

5 comments:

epol said...

yeahh..i like ur entry...ngeee~


ciri2 yang anda senaraikan mmg sgt bersetuju utk para awek2 tinggalkan..sy dgn rela mengangkat kedua belah tgn tanda sokongan..haha


1-Kurang pegangan agama
-lelaki lah yang memimpin wanita ke arah kebaikan..kalo lelaki tu haprak bercinta dengan seorang perempuan yang alim pasti perempuan alim tu akan berubah kepada haprak juga..ye saya sokong...


2-Selfish
selfish merujuk kepada ego seseorang lelaki..memang penyakit lelaki yang susah nak dikikis

3-Panas baran
lelaki yang menengking dan memukul wanita sangat dayus lagi haprak..ye saya sokong...


4-Childish
childish nie keanak2kan kan??hehe
bukan semua lelaki camtu..sengaja melengahkan utk kahwib ke apa..sebelom berkahwin byk perkara yang seseorang lelaki tu kena fikirkan..persediaan kewangan,agama dan tanggungjawab...bukan senang utk urusan nikah kahwin nie..(tapi bukan untuk mereka yang sengaja 'menyusahkan' :p)


5-Mata keranjang
tak dapat dinafikan..80% lelaki adalah mata keranjang (gelak jap)...tapi bila seseorang lelaki tu dah menyanyagi seseorang dengan ikhlas dia takkan curang..cuma mata keranjang tu (tengok pompuan cantik) tu normal la kan..hehe


6-Pengotor
ada ke lelaki tak mandi berbulan2??hahha tapi lelaki pengotor nie leh diberi nasihat dan teguran kan??kalo dah busuk n tak dgr kata ape lagi..pepandai la yek..ye saya sokong...


7-Kedekut
ikut situasi..kalo lelaki tu still blajar mmg patut berjimat sedikit..tapi kalo dah tahap tahi idong masin nak beli coka coki pon kemut tu mmg setaraf haji bakhil la kan..ye saya sokong...


8-Psiko
kalo dah gila tu nak tgu apa lagi kan..hahaha ye saya sokong

**entri yang menarik..seronok baca entri anda yang daripada pandangan seorang perempuan..apa pon tepok dada tanya seleralah..tym bercinta kentut pon bau wangi..ngee~

shasha said...

I deserve some credit for this post sbb sy ada contribute a few points kan?haha nway anda telah di-tag so sile bt,klau x tak buat,xbleh jd jiran dah!!:p

Lina Chan said...

hai~
entry yg menarik..

bukan niat nak menghentam..
tp itu hakikatnya kan?
kadang2 lelaki tak puas hati ngan ppuan..
n ppuan gak ada certain things tak puas hati ngan lelaki..
that's normal..

apapun suka la entry kali ni..
trus i follow ur blog utk menanti entry yg lebih menarik..

:)

Invisible^third^eye said...

Thanks pengomen2 kali ini.

Invisible^third^eye to Lina Chan: Thanks and welcome2 to this blog

Invisible^third^eye said...

Invisible^third^eye to shasha: haaa...lupa nak acknowledge sumbangan meja sebelah...thanks my dear partner in crime@! :p