22 Feb 2009

Bersediakah anda untuk berumahtangga?


OK2. Topik kali ini adalah lebih serius berbanding topik2 terdahulu. Sila serius kan muka anda dan buat2 cun (pada yang cun, buat yg luar biasa cun) kerana topik ini memerlukan emosi yang stabil ya kawan!

Disebabkan tahun ini sahaja, saya menerima sebanyak 10 jemputan perkahwinan (setakat ini -sekarang dah bulan 2) saya terfikir utk buat entry ini memandangkan saya.. ehem2 .. masing single mingle (but not available) hehehe.. mungkin apa yang berlegar di kepala saya, sama menghantui kepala anda. Berikut adalah perkara2 yang perlu diambil kira sebelum melangkah ke alam perkahwinan:

1. Kriteria calon
Anda dah ada calon? mesti ada kriteria yang anda mahu bukan? screening process and exclusion part....
Saya rasa tidak perlu tergopoh2 dalam mencari jodoh kita, kita perlu berusaha dengan cara yang betul. Ada kata-kata mutiara mengatakan, "Jangan mencari suami setampan Yusuf jika diri tidak secantik Zulaikha, tidak perlu diidam suami sehebat Ali jika diri tidak setabah Fatimah, dan tidak perlu didamba suami sesempurna Baginda s.a.w. andai diri tidak sesetia Khadijah (untuk lelaki pun sama ye!). Kita sering terlupa menyedari hakikat diri sendiri. Namun, kita semua berhak untuk mendapatkan yang terbaik kan? Sentiasa memperbaiki diri sendiri dan mencari seseorang yang 'serasi' dengan kita. Kata2 di atas mungkin ditujukan pada orang2 yang "kau-ingat-kau-bagus-sangat?"

2. Stabil kah anda?
Dari segi kewangan kena kumpul duit sebelum kahwin tapi selalu lupa selepas kahwin punya cerita tak ada simpanan atau backup. Pastikan duit cukup ya tuan puan..


3. Fikir tentang duit belanja untuk berkahwin:


Cukup kah? Yang saya selalu lihat: Mas kahwin (ikut negeri), barang-barang hantaran (yg shining mining, blink2, branded), kenduri (khemas, pelamin dan kadang2 pakej ngan katering- sekepala rasa2 nya boleh mencecah RM15) tak termasuk kos jurugambar yang sekarang nih jadi trend2. Nak mak andam@professional jurumekap? Dulu kawan saya punya bulu mata palsu sangatlah mahal~ terkejut mak aii..baru bulu mata palsu.. Baju kahwin nk tempah, ada yang mahal (sebab jarang2 orang pakai atau baju baru) or yang murah skit (dah ramai orang pakai). Kad kahwin macam2 pesyen sekarang nih..pilih jer nk mahal ker murah ker..



2. Sediakah untuk jadi lebih bertanggung jawab?

Contoh paling senang, komitmen utk pergi kursus kahwin dan daftar nikah. banyak prosedur2 dia. Itu belum masuk bab rukun2 nikah dan syarat sah nikah...seorang ibu bertanya kepada anak nya yang merupakan kawan saya (seorang perempuan) sebelum dia kawin, "bersedia ke nak basuh baju orang, nak masak untuk orang, nk jaga orang lain?". (gulp! ...hehehe..... saya tak pass la bab ni takot2 :p..)

3. Bersediakah utk menerima dan memberi?

Iyerlah hidup selepas berkahwin mesti lah berkongsi kan? Sebelum kawin memangla semuanya indah. Selepas berkahwin perlu rasanya perlu menerima kekurangan masing2 dan bertolak ansur dan berfikiran terbuka.


4. Ilmu tentang rumah tangga

Kene tau tanggungjawab or apa2 yang related dengan 'rumah' dan 'tangga'. Kalau fail, susah la nak kawin macam tu kan? Sumber utama adalah buku2 dan internet (bukan surfing baju2 pengantin sahaja, ilmu dan persiapan pun kene surfing juga kan?)

5. Keredhaan Ibu bapa

Keredhaan ibu bapa juga penting untuk mendapat berkat. Orang kata kalau nk kahwin tu kena kahwin dulu dengan ibu bapa (bakal mentua). Jangan la pergi kat Thailand semata-mata nak kawin lari. Bayangkan ibu bapa yang penat2 besarkan anak sampai jadi hensem dan jelitawan, alih2 ada orang nk bawak lari koboi macam tu ajer? (aihhhh!)


Saya percaya pada Qada dan Qada' tuhan. Jika kita berniat baik, InsyaAllah tuhan memberi kesenangan kepada kita. Rezeki orang kita tak tahu; perkahwinan juga rezeki, anak juga rezeki Allah. Kita mampu merancang, tuhan yang menetukan. Oleh itu, saya selalu berdoa yang baik2 dan yang hebat2 belaka untuk keluarga, sahabat2 dan tak lupa diri sendiri.

*Sesiapa yang nak bagi pandangan mengenai topik ini adalah di alu-alukan!

No comments: